*

Friday, 31 December 2010

Sambungan Cuti-Cuti Malaysia

Menyambung perjalanan " Cuti-Cuti Malaysia " ..kami sampai ke Kuala Terengganu lebih kurang jam 3.00 petang. Sepanjang perjalanan hujan saja. Kami risau juga..kalau-kalau tiada bilik hotel yang kosong. Waktu berhenti rehat makan tengahari dan solat..papa cuba menghubungi hotel Grand Continental..tapi semua bilik dah penuh. Papa cuba pulak menghubungi Hotel Primula Beach Resort. Ada banyak bilik kosong dan ada promosi lagi. Harga yang di tawarkan lebih rendah dari biasa. Papa buat tempahan untuk satu malam. Bilik dah ditempah..jadi kami tak perlu risau lagi..

Kami buat keputusan hendak singgah di pasar payang dulu untuk membeli belah. Esoknya tak perlulah kami tergesa nak checkout. Selesai membeli sedikit keperluan..tiada apa yang di beli pun..saja jalan-jalan cuci mata. "Jangan tidak"..kata orang..belilah sepasang kain sutera dan dua helai baju kaftan buat pakaian tidor. Tujuan sebenar nak singgah kekedai emas. Tambah-tambah pulak ..semalam ada keluar berita di TV..mengatakan  yang harga emas turun sedikit..

Datang keTerengganu nie..kalau tak beli  singgah kedai emasnya rasa tak puas. Kalau tak beli..cuci-cuci barang pun takpe..heheh. Akak dah lama berhajat nak menukar barang kemas lama akak yang dah tak boleh di pakai lagi..yang akak beli semasa anak masih kecik2 lagi. Semuanya dah tak muat. Sayang kalau di biarkan saja..lebih baik akak tukar jadikan satu barang kemas dan nampak lebih sedap di pandang. hehehe..
Walaupun nilainya susut..cuma tinggal 65- 75 peratus..tapi akak masih dapat untung..kerana nilainya sudah berkali ganda sekarang nie. Kalau nak di bandingkan harga semasa  di KL dengan harga di Terengganu dan Kelantan jauh lebih murah. Dulu pernah terbaca dalam satu forum..tak ingat forum apa..ada mengatakan bahawa emas Terengganu dan Kelantan kualiti emasnya lebih rendah dari emas di KL. Tapi kalau kita beli emas 99.9..tak perlulah kita takut pasal kualiti. Dah tentu tulin. Kalau akak nak ambil cash pun boleh..tapi akak lebih suka tukar pada barang kemas. Tambah sedikit lagi RMnya..dah boleh dapat barang yang di hajati. Selain boleh dipakai buat perhiasan diri..boleh juga di jadikan eset buat bekalan dihari lebih tua nanti.

Dalam perjalanan hendak ke hotel..kami baru perasan ada sebuah hotel yang baru siap pembinaannya. Papa kata ..kita cuba menginap di hotel ini nak? Papa pun singgah dan cuba bertanya..rupanya banyak lagi bilik yang kosong dan hotel ini baru saja 3 bulan beroperasi. Harganya pun tak mahal..cuma RM153++  semalam. Makanannya..boleh di katakan .. " Can do la ".. asal kenyang janji sampai waktu makan tengahari nanti..makan yang ringan2 aje..



2 comments :

  1. Wah! Seronoknya bercuti...

    ReplyDelete
  2. nor..inilah saat yang paling seronok..selepas penat bekerja..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..