gambar ikhsan dr cik google
Tuesday, 30 November 2010
umar yg cute
Curi2 masa pagi ni..dalam kesibukan yang amat sangat..menjejak link blog kawan di SB. Tertarik dengan n3 umar yg cute ni. Kita berkongsilah ye.. apa yang di tulis olih umar yg cute ni..
Sunday, 28 November 2010
sedih..sedih dan sedih..
Orang tua-tua kata..jangan suka-suka sangat...nanti menangis. Memang betul pun..atau secara kebetulan saja. Baru minggu lepas kakyon dapat kegembiraan berganda..minggu ini pulak..dapat kesedihan berkali kali ganda..huhuhu..
Apalah yang nak di sedihkan kan..dah adat kehidupan begini..kena terima hakikat yang semua benda di dunia ini bukan hak mutlak kita sorang. Sampai masanya semua perkara kita kena kongsi juga akhirnya kan..berkongsi perasaan..rasa sedih dan gembira..rasa duka dan lara..semuanya kena telan saja..
Terasa kehilangan..walaupun tak hilang. Terasa tak puas..walaupun dah puas.Terasa rindu..bila teringat masa kecilmu..semuanya ada di situ..itulah perasaan seorang ibu..buat anak-anak ku..

Friday, 26 November 2010
murid yang baik
Salam dan selamat sejahtera.
Malam ni curi masa sikit nak update blog ni. Bz sangat..sampai tak sempat. Kalau ada masa pun sekejap2 aje BW. Sambil duduk kat pangkin ni..tengoklah ye..akak tepek gambar cucu akak, pada hari yang dia terima hadiah penghargaan akhir tahun ari tu..
Dalam banyak2 kelas yang akak lalu lalang kat situ..semuanya hingar bingar, kelas ni aje..suasananya cool aje.
Lepas ambik hadiah, memasing terus masuk kelas, duduk diam.. baiknya murid2 ni..kalaulah semua murid baik camni..senang cikgu..tak pening kepala. Sampai mak abah nak ajak balik pun dia tak mahu..katanya.."cikgu belum suruh balik "

Sunday, 21 November 2010
Tun Mahathir pernah masuk kedalam Kaabah
Blogwalking petang tadi menemui blog hasrulhassan. Tertarik dengan n3 nya..kakyon pun minta izin copypaste.
Tulis beliau didalam blognya...
Saya tak pasti berapa ramai antara kita yang mengetahui mengenai fakta ini. Ya benar, Tun Mahathir adalah antara pemimpin negara yang pernah masuk ke dalam Kaabah. Beruntungnya Tun Mahathir kerana beliau adalah yang dipilih untuk masuk ke dalam dan merasai pengalaman yang hebat berada di dalam Kaabah. Dan kepada anda semua, agaknya apa yang ada di dalam Kaabah, boleh rujuk posting saya: The Interior of The Kaabah yang dibuat September lalu.
berita seterusnya....jom keblog beliau..

Majlis Perkahwinan Elyana
Elyana, salah seorang artis yang bagi kakyon sangat berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian sudah pun selamat bergelar isteri orang semalam pada 19 November 2010
Hari ini majlis persandingannya pula berlangsung. Elyana nampak sangat berseri, cantik dan anggun dengan busana warna merah hati.
Tahniah kakyon ucapkan kepada Elyana dan suami. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat melayari bahtera perkahwinan. Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata. Tahniah juga buat Syida dan Em.
Sekitar majlis perkahwinan penyanyi Elyana untuk saudara mara dan jiran tetangga sahaja. Majlis yang santai, ringkas dan meriah...walau pun acara persandingannya agak lewat dari yang dijadualkan. Elyana nampak anggun dengan pakaian pengantinnya.

Saturday, 20 November 2010
kehidupan baru
Kemas-kemas halaman rumah yang sekangkang kera nie..cantas2 apa yang patut dan bubuh sedikit baja. Pokok2 ni pun macam baby..nak di belai2 dan di manja..kalau tak tumbesaran nya pun terbantut..heheh
Tengok pokok yang lepas di cantas bertunas baru..rasa seronok dan gembira..sbb lepas ni mesti mengeluarkan bunga yang lebih banyak dan segar..begitu lah ibaratnya kehidupan ini kan.. Selepas apa yang kita lakukan..sorong tarik, tambah tolak..darap campur..pasti ada berubahan baru dan mendapat balasan dan ganjarannya..

Friday, 19 November 2010
Noor bertanya..
salam
kak yon sudilah kiranya berkongsi harga bag itu dan gambar penuhnya
takpun bgtau style number bag tu
:)
noor
Atas pertanyaan noor ini..kakyon tepek resit ajelah ye..bukan nak tunjuk2 atau apa..sekadar nak berkongsi maklumat aje.
Website yang Chempaka bagi semalam..telah menjawab kemushkilan kakyon. Ternyata di blog tersebut harganya lebih rendah..huhuhu. patutlah ramai orang suka membeli belah di internet ye..rupanya, boleh dapat harga lebih rendah dan boleh jimat duit ek!
mari lah terjah blog puan lini halim..

Undangan Majlis Perkahwinan Elyana
Esok..insya Allah..kakyon akan menghadiri majlis perkahwinan penyanyi Elyana. Kakyon dan keluarga Elyana agak rapat dan kami pun tinggal setaman di perumahan lama kakyon. Ibu Elyana yang kakyon panggil Syida..sangat peramah dan mesra. kakyon pun suka berkawan dengannya..bukan kerana dia ibu Elyana..tapi kerana baik budi bahasa..mudah mesra. Yang penting..boleh menjadi seorang pendengar yang setia...
Thursday, 18 November 2010
made in china?
Barang yang di oder dah ambik..tergesa-gesa sampai tak sempat nak pereksa. dah sampai rumah baru perasan..ada sedikit kemushkilan. betulke nie? "made in china" entah-entah tiruan dikatakanya asli..akak pun tak pasti..sebab pertama kali akak beli. kalau ada kawan-kawan yang dah biasa dengan jenama coach ni..boleh bagi pandangan..akak nak kan kepastian..huhuhu..
Wednesday, 17 November 2010
komplen
Kalau takde komplen..bermakna bagus ke?
tak semestinya kan! sebab..kekadang orang malas nak komplen..walau perkhidmatan yang di berikan tak memuaskan hati...
Kalau komplen pulak ..dikatakan cerewet !
cerewetke kita..kalau kita rasa tak puas hati dengan perkhidmatan yang kita dah bayar?
Susah ekk..nak meningkatkan tahap cara pemikiran orang kita..
gambar hiasan saja..tenpayaki salmon makan kat Jusco
Tuesday, 16 November 2010
Shopping..less 30%
Hati bertambah gumbira lagi..hari ini bodyguard kakyon, Oya cuti..heheh. Adalah kawan nak ajak jalan-jalan cuci mata kat One Utama. Ubat reles tension kan jalan-jalan cuci mata. Tapi ni bukan sesi cuci mata..tercuci dompet sekali..hihi
Tujuan nak carik benda lain..terembat benda lain pulak. Kalau dah rezeki Allah nak bagi..benda yang tak dirancang..InsyaAllah..mampu kita miliki. Sebenarnya kakyon dah lama berhasrat nak memiliki satu jenama henbag nie. di sebabkan harganya yang agak mahal.. kakyon tanggohkan dulu hasrat itu. Hari ini.. terlalu pulak depan kedai henbag itu lagi..alamak! tercabar betullah perasaan akak nie..tak tahan! nak jugak! nak jugak!..heheh. alah..akak malas nak pk panjang2..beli ajelah..
Monday, 15 November 2010
kegembiraan berganda
Beberapa hari berduka nestapa..hihhi..macam dialog cerita purbakala pulak..hari ini kakyon mendapat kegumbiran berganda. Nak tau apadia?
Sunday, 14 November 2010
rindu sangat
Tetiba terasa sangat rindu kat suasana di taman perumahan rumah lama. Rindu kat kawan dan jiran setaman. rindukan keramahan dan kemesraan mereka. maklumlah sudah bertahun-tahun tinggal di situ..kami dah akrab seperti saudara sendiri.
kat sini..kehidupan jadi sunyi sepi..takde jiran nak di ajak berborak..jauh sekali nak bergossip..hehe. yang ada hanyalah seorang apek kat depan rumah tu..yang bolehlah buat bertukar-tukar senyuman sumbing..huhuh

kalo beritau papa..dia kata..ini pilihan awak kan..awak yang suka sangat nak pindah sini...jadi jangan nak komplen ye..ahkak jugak yang kena..: (
sabar ajelah!! sabar tak sabar..memang tak sabar ni.. nak menunggu tahun baru.

Friday, 12 November 2010
macam-macam rasa ada
Sekarang ni..perasaan akak bermacam -macam rasa ada. tapi.. bukan macam ikan masak 3 rasa tau! rasa sayu.. rasa marah..rasa nak nangis..rasa nak merajuk..rasa gembira..rasa hebat! bercampur aduk.. stressss sangat!! agaknya sampai bila ye?
tak sabar rasanya menanti hari yang di tunggu..semuga cepatlah masa berlalu..dan semuanya berjalan dengan lancar..dan kembali seperti sediakala...
tak sabar pulak nak pergi bercuti ..s'pore.. pastu phuket..yuuhoo!!!

Thursday, 11 November 2010
gelagat cucu
wahh! wah! wahh!..bukan main posing ye kamu berdua..boleh pinjam mata Pia! nak buat iklan jap! heheh
Nak pinjam hidung Aye ler..unik nya hidung kamu..
asal merajuk aje nyorok,,nyoroh bawah meja pulak tu..Afie..Afie..
peace no war..itulah agaknya kata Affan..hehe
Wednesday, 10 November 2010
Kenapalah taknak bayar hutang
Memang geram sangat dengan orang yang mungkir janji ni. Janji cukup bulan..sampai dah habis bulan. Bulan baru dah timbul dah nak sampai cukup bulan lagi...apara mana janji? akak geram tau..orang selalu ambil kesempatan di atas tak kisahnya akak. Mentang akak ni buat tak kisah..kau orang nak pijak kepala akak eh?
Akak tengok kau bergaya sakan..rumah kau berhias bagai nak rak..takkan hutang pun kau tak bolih bayar! Bukan banyak sangat! kau tak pikir ke..duit yang kau guna setiap bulan tu duit orang. Kalau orang tu tak izin dan tak redha..kau yang akan dapat sahamnya..

Tuesday, 9 November 2010
Cerita Lawak Dari Blog Bakihuna..
Blogwalking ni seronok tau. Kadang-kadang kita terjumpa blog-blog yang menarik perhatian kita dan selepas itu akan ada kunjungan seterusnya. Blogwalking semalam menemui blog Bakihuna. Article nya sangat menarik perhatian kakyon dan terus minta tukar link...
Cerita di bawah ni cerita lawak dari blog Bakihuma..
Cerita di bawah ni cerita lawak dari blog Bakihuma..
Monday, 8 November 2010
Gambar Kenangan part 2
Ada pulak gambar raya 2010 lepas. Adik-adik kakyon berlainan ibu dtg beraya. Syawal kali ini baru mereka ada kesempatan datang. Terima kasih lah di atas kesudian kalian berdua berkunjung ke teratak kakyon..kakyon juga mengalu-alukan kunjungan adik-adik yang lain. Bermulalah sejarah baru dalam hubungan kekeluargaan..ibarat air di cincang tidak akan putus..
Gambar Kenangan part 1
Hari ini memunggah segala khazanah, harta karun dalam cik lappy ni. Penuh sangat dan sarat dengan muatan ntah apa2..sampai tak boleh nak lalu..berat yang amat sangat. Banyak harta karun yang akak buang. korek punya korek..terjumpa lak gambar kenangan..tahun bila ntah. tengoklah terer ke tak terer cucu-cucu akak ni..hihihhi..sampai atuk pun termenung sambil menepok dahi..heheheh
Inilah harta kakyon..buat penghibur hati..
macam-macam gaya ada..tak termasuk yang sorang lagi tu..hehe
Rahsia Psikologi Warna
Salam dan selamat sejahtera..
N3 kali ini kakyon suka main warna-warna pulak. Dunia dan kehidupan kita kan penuh dengan warna-warna. Segala macam warna ada. Terpulang kepada kita sendiri untuk memilih warna -warna yang kita sukai dan mencorakkannya dalam kehidupan kita menjadi lebih berwarna warni..
" kehidupan ibarat sehelai kertas putih..kitalah yang mencorakkannya mengikut pilihan warna masing-masing"
Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Sunday, 7 November 2010
Rahsia Warna Kegemaran Wanita
Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.
MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
sumber dari sini..

Friday, 5 November 2010
happy depavali
Beberapa hari lepas, pergi ke Klang, nak mencari barang2 keperluan untuk buat hantaran. Tak sangka pulak ramainya orang kat kedai tu. Macam pesta nak menyambut hari raya pulak. Baru akak perasan..rupanya tak lama lagi nak menyambut depavali.. pastu hari raya haji. Bershopping sakan orang yang nak menyambut raya tu. Gilang gemilang nampak gaya sambutannya. Banyak yang blink..blink tau..meriah gitu. Dah upgrade!!Nampak gaya kita dan keluarga kita pun kena upgrade juga. Dahlah sekarang jatuh no dua, taknak lak jatuh no tiga pulak nanti..
Selamat hari depavali!!
ketagih
Akak ni dah ketagih berblogke? asyik nak berblog aje! apa di carik ntah? nak carik kawan? kat luar sana tu kan ramai kawan sebaya! nak carik duit? tak jugak! biz online pun.. cukuplah untuk topup tipon, beli tudung, beli baju..itu aje. Nak kejar trafik? dulu2 tak kisah pun pasal trafik. ikut sukalah siapa nak singgah dan baca apa yang akak tulis. Akak sekadar mengisi masa lapang aje.Ia sekadar luahan hati, kisah kehidupan, cerita apa2 aje yang akak rasa nak kongsi kat sini...
Thursday, 4 November 2010
darah naik
Sudah biasa duduk berehat dan bersantai..tetiba terasa banyak sangat kerja nak dibereskan. Hanya tinggal tak sampai sebulan..banyak lagi kerja yang belum selesai. Jangan fikir banyak2..nanti darah naik!!..huhuhu. Memang pun darah dah naik tinggi ni..setinggi air banjir yang naik kat kedah tu..dalam kepala hotak ni pulak..dah macam tsunami dan meluap-luap macam gunung merapi kat indonesia tu nak meletus..heheh. Walau bagaimana pun situasinya..perancangan mesti di teruskan dan harap-harap, insyaallah.. semuanya berjalan dengan lancar.
Oleh kerana tekanan darah dah naik..hari ini berehat-rehat sahaja di rumah..
Tuesday, 2 November 2010
tulisan buruk!
Alangkah beruntungnya orang2 yang mempunyai tulisan tangan yang cantik dan unik ye! dia bangga mempamerkan tulisan tangan nya di mana saja dan bila2 masa saja..
Bagaimana pulak dengan orang yang mempunyai tulisan tangan yang buruk..hahaha
Nak menulis depan orang pun malu..takut di tertawakan..hahaha. segan nanti orang kata.. "makk aii..tulisan budak ni macam cacing kerawit kepanasan "...kahkahkah
Semalam pesan pada oya..kakyon nak suruh dia tulis kad jemputan untuk kawan dan kenalan keluarga.
Dia kata...ala ibu tulislah sendiri..tulisan adik buruk lah.
Eh! tulisan ibu lagi buruklah!
dia kata..suruhlah papa tulis...
Ala.. tulisan papa lagi buruk!
kihkihkih..kami ketawa..
Habis kalau semua orang tulisan buruk..sapa yang nak tulis tangan ni ?
dia kata.. suruh lah along...angah..ateh !
Ermmm..kalau nak nunggu suruh dia org yang tulis..tak berposlah jawabnya..
dia kata..nantilah adik taip aje..pastu tampal kat sampul..kan senang. taklah lengoh nak menulis satu2..!
heheheh...senang ajekan..selesai masaalah.
kesimpulannya..segala kekurangan, kelemahan yang ada, ada cara untuk menutupnya dengan alasan tersendiri..

gambar ihsan google

"Tolong Top Up Kan Untuk Sayer!!!"
Pertama kali akak join GA ni..
Ntah kenapa bila ternampak tajuk kat blog azatie kat side bar blog akak, akak terus terjah blog dia. Baca, terus tertarik nak join pulak.
Tajuk ni dah biasa bagi akak. Sebab akak ni jual kad top up. Inilah dia ayat yang selalu keluar kat tipon akak."Tolong Top Up Kan Untuk Sayer!!!" hehehe
Kenapa lah nak join?
Selalu akak aje yang topupkan untuk diaorang..kali ni akak nak merasa pulak orang topupkan untuk akak..kalaulah ada rezeki kan qierana..
1. sudikan la diri jadi follower blog qieranna - sudah
2. add qieranna kat bloglist korang - pun sudah
3. copy + paste gmbr yg tak cantik kat atas tu
kat entry + sidebar beserta link - cantik apa..
4. guna tajuk entry "Tolong Top Up Kan Untuk Sayer!!!"
5. tag kat 2 org kwn...lebih pun bagus jugak - tengah fk saper
6. tinggalkan link kat entry nih...sng skit nak cari korang balik.....
salam..
Salam dan selamat sejahtera..
Lama akak tak update blog. Adalah sibuk sikit membuat persiapan majlis pernikahan anak akak yang akan berlangsung pada 27-28/11/10 di sebelah pihak perempuan. Di pihak kami pulak akan di adakan pada 5/12/10. Tetiba rasa macam tak cukup masa pulak nak buat persiapan. Dahlah sibuk dengan urusan harian, bercampur pulak dengan undangan marhaban, jemputan perkahwinan, meraikan kawan2 yang nak menunaikan haji. Macam ni lah akak sekarang ni. Sekejap di sana...sekejap di sini.. Malam ni ada di sini..baru boleh online. Bolehlah akak balas kunjungan kalian. Kalau disana..akak susah nak online..maklum gune berokband..teramatlah lembabnya...
Kalau disini guna stremix..lajulah sikit.. :- )
Sehingga selesailah majlis itu nanti..akak minta maaf ye..sekiranya kunjungan kalian ke mari tidak mendapat balasan dari akak. Akak mengucapkan ribuan terimakasih kepada yang sudi berkunjung dan memberi komen. Insya Allah ada kelapangan nanti..akan akak balas kunjngan kalian..
Terimakasih sekali lagi..

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)