*

Thursday, 28 October 2010

budak hilang

2 comments :
Kakyon terpanggil untuk copy paste entry dari blog Garuda untuk menyeru sesiapa juga pembaca blog kakyon yang mempunyai maklumat atau pun penah ternampak Adik Lee Xin Ru, sila hubungi segara Pegawai Polis IPD Raub Pahang berkenaan kerana maklumat anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa adik Lee Xin Ru. Moga usaha kita dapat membantu menjejak kanak-kanak malang ini.



SPG : Kepada rakan-rakan blog, sila sebar-sebarkan maklumat ini dan sesiapa yang ingin copy entry ini, amat dialu-alukan. Copy entry ini ke blog anda dan sebar-sebarkan kepada yang lain. Moga usaha kita ini mendapat balasan yang setimpal daripadaNya...

ke jb lagi

6 comments :
Semalam bila papa balik kerumah, papa beritahu yang hari ini kami akan ke Jb lagi. Alamak! baru nak relex2 kat rumah beberapa hari ni..nak layan cerita tv..tak pun nak tunggu berita gempa bumi..gunung berapi  merapi dan tsunami..lagipun dah janji dengan adinda..dia nak dtg rumah. Akak pun berangan nak masak soto. Lama tak memasak..papa pun dah teringin nak makan.
 Bila SMS adinda..dia kata " its ok kak..jumpa minggu depanlah"

jam 9 pagi baru bergerak..nak kena sampai JB kul 2 ptg. Bekpes belum lagi. Singgah sekejap kat petrol station shell USJ.. bukan nak isi minyak..tapi beli bekpes..boleh makan dlm keta. Macamana papa nak makan.. sedangkan dia memandu. Ahha..ahkaklah yang jadi dayangnya..menyuapkan dia makan sambil dia memandu. Waktu nilah dia nak bermanja2, kalau bukan waktu ni..hampeh..maleh den nak suap2 haih..hehehe
apa bekpes kami berdua?

ini saja yang ada..alhamdhulillah kenyang juga..

Sampai perhentian Seremban..papa kata nak isi minyak..station petronas jadi pilihan. Tengok ramai orang berkumpul..ada apa tu? jom singgah jap tengok! ah..kemalangan lah tu ! berapa punya lajulah tu ..sampai terpusing macam tu..


Sudah  pukul 12.20 pm..dah sampai  kawasan air hitam. Perut pun dah berkeroncong. alamak...tenaga cik lappy ni dah berkurang pulak. Semalam terlupa nak bagi makan kenyang2..hehe..

Tuesday, 26 October 2010

paul sotong dah mati ?

9 comments :
Baru dengar berita dari TV3..yang Paul sotong mati dalam akuarium kediamannya. Sebab-sebab mati tak pulak di beritakan.

Paul , sotong si tukang tilik ni.. jadi famous lepas berjaya meramal kemenangan Jerman ke atas England dalam salah satu game untuk Piala Dunia baru ni. Kecoh betullah dunia bolasepak dek kerana sotong Paul ni. Bukan setakat di Jerman dan di internet,  kat Malaysia pun kecoh juga..



sekadar mengisi ruang..

2 comments :
Inilah aktiviti akak sekeluarga setiap tahun..ada kelapangan rezeki dan waktu..kami kumpul ramai-ramai pergi jalan-jalan cari makan ( taklah ramai sangat..4 orang anak, 2 orang anak menantu dan 5 org cucu..tahun depan insya-Allah tambah lagi seorang menantu dan seorang lagi cucu ) Kali ini..kami ajak kenalan rapat keluarga kami..En. Wan sekeluarga.
Destinasi kali ini..ke Melaka Bandar Bersejarah. Plan asal nak ke Cerating Pahang.. jauh sikit. Tapi disebabkan ada ahli yang tak buleh bercuti..plan pun bertukar. Melaka dekat sikit, macam balik kampung aje..hehhe. Seronok tengok cucu-cucu happy, enjoy sesama mereka...









 model of de yer

semua orang berkaroke..takan En.Wan dengo aje..

Oktober, besday anas n oya. selebret sekali kat kenny roggers, kek secret receipe di Mahkota Parade


ada ole-ole

2 comments :
Dalam kepenatan dan kekalutan kegiatan harian, ada sesuatu yang membuatkan hati ini sedikit gembira. Ada cenderahati/ole-ole dari Australia yang di beri olih seorang kawan yang baru pulang dari bercuti disana. Bila agaknya ada peluang hendak ke sana ye ?? Nampaknya..kena rajin lagi mengumpul RM...nak penuhkan tabung melancung ...hehehe


Ole-ole from Mr.Mrs Goh

Sunday, 24 October 2010

juara tersungkur

8 comments :
Kesihan sunggoh ye..kalau benar-benar terjadi macam tajuk di atas tu.
Dah betul-betul yakin akan jadi juara..tetiba di penghujung pertandingan jatuh tersungkur. Alamak, mana nak letak muka!Orang yang paling hampirlah..yang beruntung! dapat rezeki tergolek..hahaha



Tajuk diatas takde kene mengena dengan gambar ni. Gambar ni..akak ambik secara kebetulan, cucu akak main kejar-kejar sampai terjatuh. Kebetulan kamera ada di tangan..apa lagi..klik..klik..klik..cantik pulak..hihih

Syian affie..sib baik tak luka.....

Thursday, 21 October 2010

pandang dengan senyuman

6 comments :
.....jom! kita ke CIMB.

pandang sebelah mata

8 comments :
Apalah punya bangang/begong ke budak maybank sorang ni. Macamlah akak ni tak pernah berurusan dengan bank..nak perlekeh-lekehkan akak plak. Jangan tengok orang sebelah mata tau!! dan jangan tengok kulit buku aje..baca dulu isinya!!. Jangan kau tengok akak ni pakai sempoi aje..macam nenek ( memang nenek pun..heheh ) kau ingat akak ni tak uptodate macam kau. ntah-ntah..akak ni lebih uptodate dari kau!!( perasaaaan kejap )

Wednesday, 20 October 2010

gigi dan senyuman

1 comment :
Senyuman itu satu sedekah.



Mudahnya memberi sedekah..hanya dengan senyuman. Tapi kenapa susah sangat nak memberi senyuman.?
Mungkin ada sebab tersendiri kut..  mengapa susah sangat nak bersenyum senyuman..hehe
Lainlah nenek ni..selamba aje senyum..walaupun gigi dah rongak..hahahha..

Akak baru lepas kemas-kemas rumah. Simpan barang kaca yang cenonit cenonit  ni...banyak sangat. Nak lapangkan rumah..senang nanti nak buat kenduri. Rumah kecik aje.. masuk pelamin dah penuh separuh ruang tamu rumah.
Sambil bungkus barang-barang cenonit dgn surat khabar..sambil baca-baca berita lama. Jumpalah satu artikel dlm Metro Ahad, berkenaan tip-tip penjagaan gigi bayi. Akak taip semula jadikan n3 hari ini.

 Beberapa petua menjaga gigi anak..

- ibu disaran berjumpa doktor gigi selepas pantang bertujuan memberi pendidikan bila dan bagaimana menjaga keberhihan mulut  bayi.

- elak membari anak menghisap susu dari botol untuk tidur malam. sebaliknya minta anak menghabiskan susu sebelum tidur.

- bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat ( antara 3-4 tahun )

- beri sedikit air masak kepada bayi anda ketika dia berusia 3-4 bulan bertujuan membersihkan mulutya dari sisa susu .

- apabila anak berusia 10-11 bulan beri dia minum banyak air masak dari cawan

- apabila anda dapati anak mula mengalami masaalah kerosakan gigi, bawa dia berjumpa doktor.

- sediakan air masak stiap kali makan.

- minum air manis dengan mengunakan penyedut minuman, sebaliknya minum air masak terus dari cawan atau gelas.

- jangan sediakan air manis ketika makan. jadikan air masak sebagai air "rasmi" keluarga.

- bermula umur 12 tahun, anak anda perlu menjalani pemereksaan gigi sama seperti anda iaitu 2x setahun.

salam..jangan lupa senyum selalu..


Monday, 18 October 2010

hilang tensyen

3 comments :

Hilang tension akk.. bila dapat memiliki barang yang akak hajatkan. bila keluar saje iklan..akk terus buat pre oder.
Hari sabtu lepas..selesai saje perhimpunan keluarga di rumah akk..akk terus pergi ambil  di Sunway Piramid. memang rasa berbaloi bila dapat memiliki barangan hasil dari usaha titik peluh sendiri.

NOKIA N8..hilang segala kata-kata..apabila dapat memilikinya..

Ada pulak orang yg teringin ..nak minta tolong akk belikan..hehe..
Papalah tu..terpengaruh juga dia dengan tayangan perdana N8 akk ..
dia jeles u..hihihi



Friday, 15 October 2010

pergi IKEA lepas tension..

2 comments :
Biasala..kalau tengah tension ni..
klau tak makan..shopping..
kalau tak shopping pun..dapat jalan cuci2 mata pun... jadilah..

papa !..boleh tak hantar/teman kita pegi IKEA ?
nak ngada2..bukan tak bleh drive sendiri..
Hari ini harijumaatlah..nanti takut tak sempat balik nak solat jumaat!
Alah!..kita pergi kejap aje..nak beli langsir..
aik! langsir lagi? Hari tu kan dah beli kat nilaii !
Itu langsir lain..yg ni langsir lain!

Susah/malas juga nak xplain banyak2..huhu. bukannya dia nak paham/atau buat2 tak paham?
 Dah selamanya kita buat benda yg sama kan..takan tak paham2!!..aduhhh..!!

Kononnya.. 
benda yang nak di beli cuma day curtain saja..bila dah mencuci mata..mata pun terus jadi terang. selimut, pengantung serbaguna dan refil pelekat habuk pun akak rembat.

Pada akak IKEA ni dah sinonim dengan akak  berkaitan day curtain nya. Kak dah guna day curtain nya sejak IKEA mula beropeasi lagi. Walau pun cuba nak tukar beli dikedai lain..tapi tak sama dan akk rasa serba tak kena. Beli yang IKEA punya..baru rasa ada kelass gitu mak!...harga pun tak mahal..cuma RM34 untuk 2 helai..murahkan!

tetiba terasa sunyi..

2 comments :
Pernahkah anda merasa seperti di pinggirkan..atau tidak di pedulikan?
Kenapa ye..kalau  merasa begitu?
Memang benar di pinggirkan dan tidak di pedulikan
Atau...
semulajadinya...perasaan begitu hadir bersama meningkatnya usia...

takde siapa tanya..
apa aku buat..
takde siapa tanya..
apa aku makan dan minum..
takde siapa tanya..
aku sihatke..
takde siapa tanya..
apa yang terbuku dihati ku ini..
takde siapa tanya pun ..
adakah aku gembira menikmati hari-hari tuaku..
sekian lamanya aku memberi perhatian kepada semua orang di sekelilingku..
salahkah aku meminta sedikit perhatian...dikala aku memerlukan..
tiadakah sedikit pun waktu ..untukku..huhuhuhu..
sibuk sangatkah..sehingga tak bertanya berita..
bagaimana? sudah siapkah semuanya?

bertanya begitu..sudah cukup bagi ku..
sekurang2nya..ada orang ambil tahu..

aku bukanlah seorang badang..yang boleh melakukan kerja sorang2..heheheh
( kalau dulu memang buat kerja sorang )
aku hanyalah seorang nenek..
kuasa dan kudratku menurun..bukan menaik..
daya kreativiti  dah tak berapa menjadi..
kekadang..emosi menguasi diri..

apalah..aku merepek nih..
tengah tension tau... tetiba terasa macam tak cukup masa pulak. banyak sangat kerja nak di bereskan.waktu dah dekat ni...
Takde sapa boleh/nak tolong aku tau..melainkan diri aku sendiri..hihihi


Monday, 11 October 2010

ada urusan ke JB part 6

4 comments :
...bersambung lagi pasal perjalanan seharian akak ke JB..
Saat mentari melabuhkan tirainya..
Dah nak senja ni ..radio KLASIK FM suka main lagu ala2 nostalgia gitu. Akak pun jarang dengar radio ..kecuali dlm kereta papa. Kalau dalam kereta akak, akak suka layan kalau tak HOT FM, ERA atau SURIA. Selalunya..senja2 kat rmh ngadap cik lappy atau ngadap tv..sementara nunggu solat maghrib.heheh. 
Hari ini layan Klasik FM dalam kete papa.
Tengah syoookkk di buai kenangan silam..heheh....tetiba kuar pulak lagu allahyarham Tan Sri Saloma. Lagu Madah Pujangga. bukan madah berhelah ye!
Macam tahu2 aje Dj radio tu  kuar kan lagu tu. Memang terimbau betulah..kenangan lalu akak...ekekekk
Senikata pun dah ingat2 lupa...seiring dengan usia..hihihi
Jom layan kenangan akak..hahah
Mata bertentang mata..
Lidah kelu untuk berkata..
Khayalan jauh mengembara..
Sejauh pandangan mata..
Bila tangan kau  genggam..
Beta lupa keliling alam..
hanya  nikmat yang terasa..
lahir dari jiwa ke jiwa..
Nafas ku hela..
Dengan sepuas-puas kalbu..
Kuntum bunga membawa rindu..
Langsung ku teringat padamu..
Kenangan pun menjelma..
Hanya kadar perintah waktu..
Adat muda menanggong rindu..
Demikian madah pujangga..
Syahdunya rasa hati..sesekali mengimbau kenangan bersama orang yang kita sayangi. Hargailah pasangan kita selagi masih ada hayat ini. Semuga Allah memberi kami hidayah dan kesihatan yang baik untuk kami meneruskan sisa2 hidup kami..ntah berapa lama lagi. Semuga liku2 kehidupan kami berlalu pergi bersama usia yang kami tinggalkan pergi..dan mengharapkan jalan di hadapan terbentang luas untuk kami tempohi bersama tanpa ada halangan sehingga hayat kami..InsyaAllah.....

ada urusan ke JB part 5

No comments :
...dah lewat petang2 ni taklah akak mengantok. akak offerkan diri nak drive..kut2 papa nak berehat pulak.
kata papa.. "takpe.. kita tak letih lagi..."
fuhh!! Hebat betul papa ni kan !...dah drive 8 jam..kata tak letih lagi !!. papa makan apa ni. Umor dah 62 tahun..tapi macam 26 tahun...heheh. yang penting papa tak merokok dan amalkan gaya hidup sihat. Happy selalu dan selalu ringan2kan minda..heheh
Sibuk bercit cat ngan papa..macam2 cerita keluar. cerita dari masa muda sampai ketua ni. Bukan senang nak borak lama lama dengan papa. Kalau kat rumah..tak sampai 1jam duduk.. ada aje halnya. kalau tak papa yang ada hal..akak lah pulak yang ada hal. kejap2 ada call..ntah apa2lah. Ada peluang mcm inilah best..boleh rewind sweet memory kami..ekekekek..
Tengah gelak mengekek2..ada call pulak. Ucu call..bagitau ada perhimpunan keluarga pada 16/10/10 ni. Wah! besar besaran gayanya majlis ni. Nak himpunkan keturunan MEGAT SRI RAMA . Ok..kita join ajelah..kata papa. Tunggu nanti n3 pasal perhimpunan tu nanti.....


ada urusan ke JB part 4

No comments :
gambar dr cik gogle

..5.30 baru lepas solat kat R&R Pagoh. Buat Solat jamak asar dan zohor sekali. Lepas solat singgah minum petang kat situ. Minum teh tarik dan kueh pau aje.
Terpandang..ada tiga remaja baru sampai. Duduk bertentangan hadapan kami. Seorang perempuan dan 2 lelaki. Akak namakan lelaki A dan B. Mereka  berbincang2 nak makan ape. Sekali pandang akak boleh agak yang  lelaki A itu adalah pasangan perempuan tu. Cara dan gaya mereka berpandangan dan senyum ketawa mesra mereka. Kedua2 lelaki tersebut membeli makanan. Tetapi lelaki B pulak yang membelikan makanan utk perempuan itu. oh! tekaan akak salah.  Ghupanya silelaki B adalah pasangan perempuan tu. Mereka duduk bersebelahan  dan lelaki A duduk berhadapan dengan perempuan tu. Lelaki B leka makan..lapar sangat agaknya...atau kontrol diri tak nak tunjuk reaksi.Tetapi perempuan tu..berborak saje dengan silelaki A. sekejap2 pandang si A..semyumannya manis meleret2..sampai ke telinga..dan muka merah beseri2..malu2 kucing gitu. Akak tak nampak pulak reaksi muka silelaki A..sbb dia membelakangkan akak..

Ni mesti.. kes syoook kat kawan boyfren sendiri..kesian...

ada urusan ke JB part 3

No comments :
...anak siapalah ni...
Cikgu kelas memandu tu dulu..ajar memandu macam ini ke?
 ntahlah bebudak2 sekarang ni..
kalau berlaku sesuatu..sapa yang susah?
emak bapak kamu juga yang susah tau!!

Sunday, 10 October 2010

ada urusan ke JB part 2

1 comment :
...dah siap punggah kotak-kotak tu semua..kotak kecik2 aje..baru rasa lega. Dah selesai tugas. Nak kemana kita? ada nak singah mana2 ke?
nak kemana pulak!
terus balik ajelah!
ehhh..boringnya..takde benda nak di kunyah. yang ada cuma kacang goreng..ubat mengantuk papa..hehhe
tak sukalah  makan kacang..nanti sakit gigi..dahlah gigi semua longgar..nak jumpa doktor gigi pun tak sempat.
teringat..ada lebihan jajan kat dlm laci keta masa pergi bercuti hari tu..tengok2 ada lagi sekeping Kit Kat. ermmm..serta merta hati ku jadi tenteram....
" have a break, have a Kit Kat "
kalau makanan sedap..orang kata..makan sampai menjilat jari..
tapi akak makan Kit kat ..sampai menjilat plastik !!
sebabnya...sebab dah cair kena panas..hehehe..

Saturday, 9 October 2010

ada urusan ke JB part 1

No comments :
...sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke Johor Baru ..papa layan ajelah radio dia..apa lagi kalau bukan klasik FM. akak sempat jugak bukak blog..tinjau blog kawan2...sempat lagi bagi komen skali..
Pukul 2.30 pm..dah masuk tol Senai. Target sampai pukul 3pm. kira cepat juga dah ni. Kemana nak di halakan barang ni papa? Ha'ah..ambik dokumen tu..bak sini!
 Tengok2 takde alamat kat anvelope tu. Hah sudah!
Lupa nak tanya..nak hantar ke kilang yang mana satu. Kilang Flextronic kat kawasan perindustrian Senai ni ada banayk. Dah puas papa bercalling2ke Shah Alam..baru ada jawapan. Alamat ada tertulis dalam DO tu.
Kenapalah tak ditulis siap2 kat anvelope tu alamat sipenerima. Yang tukang bawak pun..kenapalah tak tanya siap2 kemana nak di halakan semua barang2 yang di bawak tu..
heheh.. 2x5=5x2...



ada urusan ke JB

No comments :

Barang baru siap dipacking. pukul 10.30 baru nak bertolak dari kilang di Shah Alam ke JB. Bertolak? bila nak sampainya..kalau bertolak! 
baru nak bergerak...
Ada call pulak dari courier services. kata kakak India tu ( suara macam kakak, selalunya yang buat kerja2 logistik ni abang2. sudah kehabisan  abang2 ke..sampai kakak2 pulak buat kerja ni ) ada barang sampai kat rumah..tapi rumah takde orang. Apa barang pulak ni. seingat akak..takde oder brg online..kalau ada pun belum buat payment lagi.
 Ah..apape ajelah..bila kita nak cepat..ada ada aje halnya.Baliklah sekejap..tengok apakah brgnya.
Ghupanya PI Wimax yang akak oder semalam dah sampai. Katanya minggu depan baru dapat. Alih2 hari ni dapat. Cepatnya servis diaorang..nak lariskan baranglah katakan..servis kenalah tip top...
bekas dia.. punyalah cantik..

Lama lagi nak sampai ni..baik akak tidor..boleh rehat2kan minda..heheh
" awak ni..asal masuk aje dalam kete, tak sampai 5 minit dah ngorok..siap bunyi lagi..kroohh..kroohh..kroohh! kalau ngadap tenet..dah pukul 12 malam..tak ngantok pulak! "
Adehhh..selepuk kena batu jemala patik!
Alah..papa ni! kat dalam keta nilah baru kita rasa nak berehat tau! bes tau tidor dalam kereta yang tengah bergerak..macam tidor dalam buaian..hehe
Punyalah sedap tidor..sampai terlepas Air Keroh.
Kenapa papa tak singgah Air Keroh? nak makan tengahari kat situ!
Awak asik berkeroh aje..malas nak kejutkan!
Adehh!! lagi2 ahkak yang kena..
kita singgah ajelah  kat pagoh!

makan tengahari..meehoon soto aje..

desertnya..buah manggis.sebunjut RM10..habis sapan makan dua orang..

kenapa lambat sayang..

2 comments :
 
Alahai..lambatnya..
Semalam papa balik aje..tergesa-gesa nak ke workshop. Nak tukar tayar kereta ke  nak check kereta. macam tulah bunyinya.
 Esok nak kena pergi Johor hantar barang. Inilah kerja kami..kena standby bila2 masa. Tak kisahlah kan..janji ada masyuuuuk!
 

Friday, 8 October 2010

jangan pandang belakang

1 comment :
Dik!!!
jangan pandang belakang tau!!
nanti ada orang tau..sape adik! pakai baju corak polka dot pulak tu..sama macam baju tetamu rumah kakchik@ella adik..heheh

talipon nokia lama ku

2 comments :

Cantik tak talipon nokia ni..heheh.Talipon nokia model tahun 2001.dulu2 kemain sikit punya bangga kalau dpt pakai talipon ini.Saja akak simpan nak jadikan dia barang antik. Dah rosak pun.kalau nak repair pun dah takde spare partnya kut.akk simpan ajelah buat kenangan dalam almari antik akk..


manalah tau kan ..kut2 ada permintaan dari peminat antik..baru akk letgo..

Thursday, 7 October 2010

sambung kisah kenilai 3..

2 comments :
.....sampai aje kat rumah, buatlah kerja pengukuran. hehhe..macam kontraktor pulak. Bapak, mak n anak sekali sibuk. Bapak yang ukur..emak yang cakap..anak yang tulis..lengkap. Dah siap ukur semua..tipon budak indon yang keja kat kedai tu..siap pesan kat dia, suruh tukang jahit bangla tu jahit elok2..cantik2. Ok kak.. kita buatkan..sehari siap..katanya.
Seperti yang dijanjikan..pergilah ambik langsir tu.
Fuyoo..cantik! pada pandangan mata akak lah.
papa pun kata.. lawaa!.
Sampai rumah..tak saba2 nak pasang.
Takkan nak pasang sekarang?  tunggulah harinya nanti!
ahh! dah siap.. pasang ajelah!
nak buat apa tunggu2 lagi!
tup..tap..klik..klak..bung..bang..bengonggggg...
aduhh!!!..apasal terlebih panjang ni....
memetor-metor.. akak marahkan si indon dan si bangla tu..papa pun terkena tempias sekali..huhuhuhu..
geramnya..
Cuba ukur semula..kan  boleh suruh dia alter! ayat nak bagi akak ni sejuk hati ler tu..
taktau camne bolih salah bagi ukuran tu. bila disemak balik, apa yang di catit kat kertas tu tak sama dengan apa yang di ukur. Ini lah akibatnya..kerja yang sepatutnya boleh di buat sorang..di buat ramai2..hehheh

Wednesday, 6 October 2010

kisah ke nilai 3...

6 comments :
Apa khabar hari ini teman-teman blogger sekelian..
Sihatlah hendaknya ye.... ini ayat biasa..dalam surat orang dulu2 ehh..
Apa lah yang akak nak ceritakan ni. kisahnya..sudah 2 hari akak ni berulang alik ke nilai tiga, semata2 langsir punya pasal..heheh geram betul. bukan salah siapa ..salah diri sendiri.

Kisahnya..pergi ke Nilai tu nak cari bahan untuk majlis perkahwinan anak akak Dec ni. Dah beres semua..saja gatal kali masuk kat kedai langsir. Apa lagi dah terbekenan kat satu kain yg biasa2 aje..tapi mata hati kata.. nak yg tu jugak. booking bayar deposit dan balik. nanti call bagi ukuran...

sambung nanti.. nak kuar dah lambat ni..boss akak dah tunggu kat offis..setiausaha..terperok kat rumah lagi..heheh

Tuesday, 5 October 2010

jawapan teka gambar

6 comments :
Salam teman-teman blogger yang rajin berkunjung ke pangkin nenek ni..
Terasa rindu sangat..sebab dah lama tak duduk kat  pangkin. Sejak kebelakangan ini..akak agak sibuk sikit..keluar pagi balik petang. Bila malam dah letih..nak berblogwalking pun tak sempat..inikan pulak nak buat n3.Kalau ada kesempatan pun..akak blogwalking balas kunjungan kawan-kawan. Itu pun kalau ada jejak..kalau takde..kak tak dapat nak balas balik..sebab kak ni tak pandai nak tengok2 tempat lain..pandai tengok jejak kat shoutbox aje. Perkara wajib buat dulu..tak nak berhutang..heheh

Ini n3 tertanggoh. Sepatutnya buat pada hari minggu. Disebabkan masaalah akak tak sempat..malam ini akak nak umumkan pemenang pada n3  "main ringan-ringan " iaitu teka gambar. Ada empat orang teman akak yang cuba untuk meneka. Terimakasih kepada  Azzah8, kaknab ( maaf ye kaknab..akak tak dapat nak jejak kaknab..jadi tak boleh nak link kan. harap kaknab tinggalkan jejak kat Sb ye.), Idashazana dan Haszuraida Ishak kerana mencuba.
Azzah8 telah meneka dengan tepat..iaitu buah peria katak. Mesti azzah baca n3 akak yang lepas2 ekk. Terimakasih ye Azzah.
Hadiahnya cuma topup bernilai RM5 sahaja ye.Itu saja hadiah yang mampu untuk sigmen " main ringan-ringan "
Azzah nanti bagi no pon nye ye..
Nak tunjuk gambo penuh buah peria tu..cable camera ni pulak ntah mana2 agaknya..pueh den carik tak jumpo..sok2lah kalo dah jumpo..den tepek kek sini..

Sunday, 3 October 2010

Tun Dr Mahathir Mohamad

5 comments :
Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana Menteri Malaysia ke 4, yang akak sayangi dan sanjungi dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, untuk mendapatkan rawatan jangkitan kuman di dada.


Tun diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Melbourne Khamis lalu untuk berucap di seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne.

Sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan beliau...semuga beliau cepat sembuh.

Friday, 1 October 2010

Peringatan dari Nuffnang

5 comments :
KATAKAN TIDAK PADA CLICK FRAUD YE!!!



Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .
Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd