*

Thursday, 30 September 2010

Bercuti Sehari

8 comments :
Hujung-hujung tahun ni..macam biasalah...papa bizi sangat..
 Dah hujung-hujung usia ni..Allah limpahkan lagi rezeki..kami terima dengan rasa  bersyukur sangat..
Papa kata..ada rezeki jangan di tolak..walau pun sedikit..kita buat sedaya mampu. InsyaAllah..Allah akan tambah rezeki lagi..kalau kita buat dengan ikhlas..jangan bersungut..
 Disebabkan rezeki inilah..kita ada kerja..disebabkan kerja inilah..kita jadi sihat. Cuba kalau kita takde kerja..duduk saja2. Mesti macam2 penyakit singah kat badan kita. Kalau di fikir2 betul juga. Ramai kawan2 yang sebaya yang duduk rehat dah mula sakit sini sana..: (

Letih..kesian dia. Kalau papa bizi..akak pun bizi juga. Bukan senang jadi kopilot merangkap setiausaha sulit nie..hehehe...

Apa kata kita pergi bercuti..sehari pun jadilah!
boleh aje..
kemana?
kemana-mana ajelah!!..

Memula nak ke Swiss Garden..penuhlah pulak..hari biasa pun penuh. Kami ni jenis kalau nak bercuti tak merancang pun.. tergerak nak berjalan..terus pergi. Lainlah.. kalau bercuti anak beranak..kena rancang dulu. anak-anak semua berkerjakan..

kat Legend pun ok pe!




agak-agak kalau taknak mandi kat swemningpul ( sebutan cucu akak pada perkataan swimming ).boleh becanda di tepian pantai.sambil goling-goling atas pasir..hehhe

psst..rasa seronok menempoh usia emas ni..kalau kita sudah buat persediaan awal. Berakit-rakit kehulu..berenang-renang ketepian. Boleh tolong sambungkan ayat ini tak?

gambar kenangan

2 comments :
Gambar kenangan bersama ustaz Zamri kat majlis doa selamat dan berendoi anak sulong puan Nina pada 26 sept lepas.
Bacaan doa selamat olih ustaz zamri..marhaban dan berzanji dari kumpulan kami...kalau ada sesiapa berhajat bolehlah jemput kami..jauhke, dekatke, InsyaAllah kami pergi..

Luahan hati..

No comments :
Teringat dulu masa akak kecik2..mak selalu marah. Tak tau kenapa mak asyik marah2 akak aje..ada aje benda yang tak kena. Kekadang rasa nak merajuk..macamlah akak ni anak tiri aje. huhuhuhu.
Tapi..rupanya ada sesuatu di sebaliknya..

Tuesday, 28 September 2010

N3 tertanggoh..

6 comments :


N3 ni tertanggoh..sbb bz banget minggu lepas..
Hari khamis minggu lepas ..akak pergi ke klinik mata..ada temu janji. Kononnya nak buat listik.ehh betulke ejaan nya nie, nak hilangkan rabun..kekonon nya malas nak pakai cermin mata. Bila doktor mata tu pereksa mata akak, katanya.. mata akak ni sihat..cuma ada sedikit katarak...biasalah dah umur macam akak ni..
Kalau nak buat listik..boleh tahan 3 tahun aje..lepas tu balik pada asal..kena buat balik..banyak kerja katanya..
Katanya lagi..kalau nak senang ..akak buat operation mata..buang kanta asli..masukan kanta baru...
ngeeeee..bunyi macam ngeri aje. Tahan sepanjang hayat..hihihihi

Sepanjang hayat tu berapa tahun? Hanya Allah saja yang tahu..
Bukan soal sepanjang hayat yang nak di kisahkan..soal bayarannya yang jadi pertimbangan...Mahal tu.!!.
Sebelah mata aje RM6200..duabelah mata jadi RM12400. bukan tak mampu..tapi berbaloike..kalau nak di kira ukuran sepanjang hayat tadi. sila beri pandangan..

Alahai..sayangnya En.Nuffnang saya

5 comments :
Salam semua..
Saat N3 ni ke udara..chewahhh!.. macam kat radio pulak..akak otw pergi jalan2 bercuti..ke pantai timur. Jalan2..sambil menghirup udara segar..
Saat ni pulak.. En Nuff rajin bertandang. Tak dapatlah akak nak mengupkan trafik. Nak buat macamana ekk? kalau ada rezeki menyinggah...adalah. kalau takde..akak akan mula semula. maklumlah blog akak ni..orang tak kenal pun. Kalau tak berblogwalking..orang tak perasan pun kewujudan blog akak ni. Apa pun akak ucapkan berbanyak terimakasih pada yang sudi singgah dan baca n3 akak yang apa2 ntah!..heheh  dan komen sekali. Jangan lupa juga..tengok-tengoklah iklan tu. Terimakasih juga pada En.Nuff..yang sudi memberi ruang iklannya disini.Terimakasih sekali lagi..hingga jumpa lagi..sayang semua sekali..

Monday, 27 September 2010

Teater Muzikal Tun Mahathir

1 comment :
Saat N3 ni keluar..akak bertiga beranak sedang menonton teater muzikal Tun Mahathir di istana Budaya. Masa menaip ni teruja sangat..tak sabar nak tunggu masa nak pergi...macam kanak2 tadika nak pergi rombongan plak..heheh.
Teruja sebab apa?

main ringan-ringan

6 comments :
Salam semua teman dan pengunjung blog kakyon yang ini..
Pagi - pagi dah masuk rumah adinda ku ( gelaran manja ) dan baca n3 terbaru dia..ada di sini. Ada perkataan " main ringan-ringan ". Boleh jadikan tajuk ni..heheh..
apa yang ringan tu ?
main!
main apa?
jom main teka gambar..heheh...
jom kita ringan-ringankan minda..betulke ayat ni..
tak kisahlah janji paham..

agaknya.. apa kebenda dalam gambar ni...cobaa tekaa..
bukan jawab percuma saja tau..ada hadiahnya...
tapi ciput ajelah....sebab akak ni bukan jutawan..nak bagi hadiah mahal-mahal.
jadilahkan..janji ada....




nak tahu hadiahnya apa?
kena jawab lagi  tau.....
kak bagi klue ekk.. dalam bentuk pantun..

sekadar nilai yang tak bernilai
serendah RM5 hingga mencecah ribuan
dari kedai mamak sampailah ke online
menjadi tumpuan semua golongan

Jawab kat ruangan komen ye. jawapan kat shoutbox tak di ambil kira. Tarikh tutup jawapan pada hari ahad 3/10/10..selamat mencuba.
Esok akak nak pergi bercuti...yuuhuuuu...

Friday, 24 September 2010

Lepas gerammm..

2 comments :
Kenapa ada orang suka mendesak ekk? akak nie jadi orang paling tak suka mendesak dan di desak. Rimaslah..akak lebih suka kalau sesuatu perkara tu berlaku secara netural. Secara rela. Jangan lah paksa..paksa..
Geram tau..grrrrrrrrrrkkkkkh
Bukan apa..akak geram tau.. kena buat benda yang akak tak suka. Ape2 lah..benda yang akak tak suka. Cubalah paham sikit ye..Itu saja.



Thursday, 23 September 2010

Nuffnang ku..

6 comments :
.....bersambung dari hari semalam..takde idea nak buat n3...
apa kata akak buat n3 pasal Nuffnang..boleh tak?
malulah pulak! Cik Nuff akak ni zzzzzzzzzzzzzzzz aje..macamana nak kejutkan dia dari tidor lena ekk?
last dapat BE..bulan march lepas. pastu tak keluar lagi dah. Harap-harap boleh dapat BE lagi..boleh menabong buat pergi melancong...hehehe..

Wednesday, 22 September 2010

Rahsia minda orang kaya dan orang susah

6 comments :
Selamat malam ..
Baru balik dari ronda-ronda ke blog teman-teman. Alamak! Dahsyatlah  n3 memasing. Macam-macam cerita ada. Akak pulak ketandusan idea nak wat n3. Takde cerita menarik nak di kongsi.
Apa pun ..hasil perondaan akak..akak terjumpa dan tertarik dengan n3 dari blog currentlife2u. Lupa pulak nama empunya blog. Jom kita baca n3 dia



Rahsia Minda Orang Kaya dan Orang Susah

Salam 1 Malaysia,Salam 1 Blogger & selamat sejahtera..


Cuba anda perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.
(Hampir sama dengan Malaysia)

Pada umur 65 tahun:
- 1 jadi jutawan
- 4 hidup senang
- 5 masih bekerja sebab terpaksa
- 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan
- 36 mati
Hehehe...

Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada 100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?
Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan orang susah:

#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
      Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.
      Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.
     Orang susah hanya nak kaya.

#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.
     Orang susah berfikiran sempit.

#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
     Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
      Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
     Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
     Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
     Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
       Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
       Orang susah memilih dibayar melalui masa.

#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
       Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

#13: Orang kaya bertindak walaupun takut.
       Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan.
       Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.
**sama2 kita jana minda berjaya..

KEJAYAAN ANDA,ANDA TENTUKAN



Kenangan Bersama Allahyarhamah Dato' Sosilawati

2 comments :
 Pertama kali akak jumpa dalam satu majlis..dapat pulak duduk sebelah dia.. rasanya segan nak bertegor sapa..maklumlah kita ni siapa? Tapi.. dia tegor akak dulu..akak pulak yang jadi malu..
Itulah sikap allahyarhamah Dato' sosilawati..walaupun sekali bertemu..akak boleh andaikan dia seorang yang tidak sombong dan merendah diri. Sangat peramah..rajin bertanyakan itu.. ini.  Semuanya..tinggal kenangan saja. Ada sedikit cerita tentang dia..kat sini.. dan  kat sini..

Tuesday, 21 September 2010

Kualiti atau Kuantiti

3 comments :
Baru semalam terfikir nak buat n3 pasal kualiti atau kuantiti. Rupanya bloger otai  En. Ben dah jadikan tajuk n3nya hari nie. Walaupun isi ceritanya tidak sama...tajuk tetap sama. Takpe kan En. Ben ?

Berbalik kepada tajuk itu..semalam Oya belikan akak sebotol jus mangosteen plus. Dia kata jus ini..sangat sesuai  diminum  orang seusia akak..untuk meningkatkan sistem imunity dalam badan.

Bukan jus  ini yang akak nak kisahkan..Tapi sikap oyah tu yang buat akak terharu sangat. Selalu saja ada buah tangan untuk akak dan papanya. Selalunya akak tak kisah sangat..kalau dia bagi/beli kan akak dan papanya  apa-apa barang..kami terima saja. Tapi semalam..lain pulak rasanya..sebab dia fikirkan tentang kesihatan akak dan papanya. " ibu ! ..adik belikan ibu jus ni..nanti minum sama-sama dengan papa ekk ! "
Jadi sebak pulak..sob..sob..

Alhamdhulillah..sebagai ibu/bapa..kita tak pernah nak minta apa-apa balasan dari anak. Kalau dapat anak yang ingat akan jasa kedua ibu bapanya...sebagai ibubapanya..tersangatlah bersyukur..kerana di kurniakan seorang anak yang tahu bersyukur dan membalas jasa kedua ibubapanya. Walaupun seorang..seperti ada ramai orang..Amiin.

apa yang percuma sekarang?

2 comments :
Tajuk kat atas tu..saje je nak jadikan tajuk n3 hari ni..
Sebenarnya akak baru balik dari cabut gigi. Dah beberapa minggu sakit. Baru pagi tadi berkesempatan pergi ke klinik gigi kat seksyen 7 shah alam.
Macam biase ler..pesakitnye ramai giller..macam biase juger..kena tunggu lamer.
Yang tak biase nyer..kena bayar dua kali gander..kihkihkih
Mana tak dua kali ganda..kalau dulu bayar RM1 saja..kali ni..RM2 pula. Dah takde yang percuma!
Tetiba sudah tukarkah..aiyakkk...
Tapi kira ok lagi..kalau pergi klinik swasta..kurang2 RM80 kena keluar.Sakitnya sama aje. Cuma taklah tunggu lama.
Apapun..terimakasih kat petugas  dan doktor.Semuanya mesra kat warga emas macam akak ni..heheh

Monday, 20 September 2010

voucher dari citibank

No comments :
Dalam banyak-banyak suart yang akak terima dari encik posto petang tadi..terselit satu surat dari citibank. Cepatnya credit card statement ni sampai. Selalunya..dah dekat due baru sampai. Kekadang dah over due baru nak sampai. Nasib baik akak ni memang sentiasa ingat due date setiap kredit card yang di guna. Kalau tak..rugi woo.. kena bayar interest.
Aleh2 tengok..ada voucher sekali  di sertakan  dalam statement  tu. Tak sangka pulak, dengan mengunakan credit card citibank giant untuk berbelanja di Giant supermarket..boleh memperolehi voucher ini.Sukanya akak. Walau pun cuma RM20 sahaja...hatiku tetep gumbira..heheh
Bagaimana boleh dapat voucher ni ? akak tak reti nak terangkan..kita semak sama2 ekkk..

Sesuatu  perkara tu..kalau kita menefaatkan sebaiknya..tentu perolehi kebaikan juga. Contoh credit card, bukan satu masaalah sebenarnya..kalau ia di urus dengan baik. Malah kita boleh dapat ganjaran darinya.
psst..tambah duit tabung..

Teater Muzikal Tun Mahathir

2 comments :
Nampaknya wish list akak akan jadi  kenyataan..bila Oya nak ajak akak menonton teater muzikal Tun Mahathir Mohamad di Istana Budaya. Tarikh dan masa tak tau lagi..sebab belum book tiket. Oya kata..ikut kelapangan Ibulah !
Entah apa-apa lak akak ni kan? orang lain punya wish list..hebat-hebat. Akak nya setakat nak tengok teater muzikal aje. Yang penting akak dapat menghayatai kisah kehidupan seorang Negarawan yang sangat akak sayang dan sangat akak sanjung..

Sunday, 19 September 2010

Aku Isteri Artis

4 comments :
Sebelum tulis N3, nak gelak besar dulu..kah..kah..kah..
Malam tadi kami 3 beranak tengok TV1..program jejak kasih. Macam biasalah..bila tengok sesuatu program tu..mesti nak ulaskan..itulah..inilah...
Sampai part shooting..papa tercerita pulak..bagaimana dia shooting drama.. zaman 70an dulu. Geng-geng dia masa tu..antaranya.. Omar Abdullah, Sidik Husien dan ramai lagi,  dah lupa namanya. Osman Hafsham tu kira boss dia orglah. Adalah beberapa drama yang papa berlakun kuar kat TV. Drama papa yang jadi pelakon utamanya..bertajuk ' hutan batu di perantauan '. Lepas keluar drama tu kat TV..papa tak berlakon lagi dah..sebab nak tumpukan pada pekerjaanya dan rumahtangga. Papa pun ikut juga group kumpulan pementasan UDA & DARA di Panggong Anivesary bersama Uji Rashid.
Yang kelakarnya, Oya kata....kiranya ibu nie..isteri artislah yerk..kah..kah..kah..lawaklah..
 Gambar hanya hiasan saja..dr cik google. Ini gambar pementasan musikal uda & dara di istana budaya lakonan Misha Omar dan Razali

Cerita Raya

6 comments :
Cerita raya tahun ini sepi aje..sehinggalah adik beradik papa datang berkunjung. Riuh rendah rumah dengan gelak ketawa, gurau senda, usik mengusik sesama mereka. Seronok kalau ada keluarga besar ni ekk..takla terasa sunyi. Ada-ada aje aktiviti mereka. Kalau pergi beraya konvoi ramai-ramai sampai 7-8 buah kereta. Itu baru melibatkan 3 keluarga saja. Kalau semuanya joint, ada 7 keluarga, jawabnya..kena pakai kawahlah nak masak..heheh



Kunjungan Raya

No comments :
Kunjungan kakyon sekeluarga kerumah anak saudara papa..Zarina/Joe kat Taman Templer. Rumah yang baru di beli dari seorang yang 'patah kandar' kata orang. Tempatnya bes sangat. Dibelakang rumah ada anak sungai..boleh mandi manda dan memancing/menangok ikan.Suasana macam rumah kampung..tapi dalam taman..

Tengoklah..joe siap pasang pelita..sepanjang jalan belakang rumahnya terus menuju ke sungai..

Kami lepak ramai-ramai kat belakang rumah menikmati BBQ. Joe memang buat tempat ni khas untuk buat bersantai bersama keluarga menikmati jamuan. Taklah menganggu ruang dalam rumah.Nanti bersepah-sepah kan. IDEA yang bagus.

psst..tetiba teringin rumah macam ni..hikhikhik

Friday, 17 September 2010

membuka pintu rezeki

4 comments :
Hari ini terrajin berblogwalking.  Kebanyakan blog, buat n3 pasal allahyarhamah Dato' Sosilawati Lawiya dan allahyarham rakan-rakannya. Terjumpa blog  suara bawah tanah. Nak tau lebih lanjut apa yang ada kat situ..jom kita ke sana..


Raya 2010

7 comments :
Tahun ni kak rasa..macam takde semangat nak raya. Persiapan ala kadar saja. Tempah baju pun cuma 2 pasang saja. Kueh tak beli. Anak/ menantu yang belikan serba sdikit. Jadilah...
kak buat biskut sejenis aje.Jangan tidak..kata orang..

biskut arab..kakyon buat sebab suka makan.. : )

Bila tak bersemanagat..rasalah macam tak meriah. Tahun ni giliran Anas beraya bersama kami. Sham balik kePerak. gambar kenangan raya 2010 keluarga kami.


 

Nuffnang

No comments :

Pagi ni masuk blog kakinakl..ada cerita menarik pasal Nuffnang. Semakin lama..semakin menarik minat kakyon dengan Nuffnang nie. Nak tahu cerita lebih lanjut..adakat sini ...

Wednesday, 15 September 2010

Umor 60 baru nak bersara?

2 comments :
Banyak betul perkara berlaku kat negara kita sejak kebelakangan ni. Apa puncanya pun tak tahu ekk?  kekadang bila baca/dengar berita..banyak perkara yang sangat menyayat hati, menguris hati..dan macam2 lagi..tapi tak berani nak bagi komen. Walau macam2 perasaan ada.. marah!! dan geram!!..tapi nak marah pada siapa? kalau nak balas dendam..nak balas dendam pada siapa? semua perkara yang terjadi..melibatkan sensitiviti politik dan kaum. Dari kisah politik, bunuh membunuh, turun naik mahkamah, marwah negara tercemar hinggalah ke kes pembunuhan yang sangat sadis. Tak beranai nak komen. Biarlah pihak yang bertanggong jawab melaksanakan tugas mereka dengan sebaik2 mungkin..supaya negara kita aman dan harmoni untuk di huni oleh pelbagai kaum.

Tapi yang tajuk kat atas ni..nak komen sikit. Patutke usia persaraan penjawat awam di naikan lagi ke umor 60 tahun? Kakyon rasa tak patut. Sebabnya..dah nak masuk usia emas ni..bagilah depa berehat kat rumah.. main dengan cucu2..takpun buat apa yang patut..kut2 ada perkara2 yang terlepas buat/pandang..boleh pantau anak/cucu ke..atau apapa ajelah yang berkaitan dengan org seusia.
Lagi pun kesian graduan yang beribu2 keluar dari menara gading tak de kerja. Sepatutnya mereka ini yang memenuhi koata kerja kat jabatan2 awam tu. Bukanke cara kerja dan pemikiran orang muda lebih menepati cita rasa generasi muda masa kini.Tak tau nak habaq camna heh..hangpa yang muda2..tentu paham apa maksud kakyon nak habaq naa. Jangan marah dan salahkan orang muda bila depa tak sokong hangpa. Hangpa yang tak indahkan mereka..

gambar hanya hiasan.

Tuesday, 14 September 2010

Buku Akaun Simpanan

2 comments :
Kisahnya..buku akaun simpanan lama ni terjumpa semasa berkemas kotak2 barang lama. Mulanya dah masukkan dalam plastik sampah. entah kenapa..tetiba terpikir lak yang buku ni dah lama sangat..ada sentimental velue kat situ. Boleh wat cerita kat blog. Kakyon simpan dulu..tak baca/buka pun..sebab ingatkan dah kosong /cancle buku tu.
Baru hari nie tengok balik buku tu...aduhh makk aii!! buku ni masih berbaki duitnya yang belum di keluarkan...heheh

Monday, 13 September 2010

Oya demam..kita pun demam

No comments :
gambar dari cik google

Baru balik dari KPJ Shah Alam. Oya dah tiga hari demam. Takut juga..kut2 demam denggi. Alhamdhulillah..bukan demam denggi. Demam biasa aje. Sepanjang bulan puasa banyak sangat  minum ice kut..tu yang sakit tekak dan panas dalam badan.
Kakyon pun demam  dan sakit tekak jugak. Banyak kan minum air masak dan rehat aje..pastu sembuh sendiri.

Badi Mayat

No comments :
Kisahnya..masa kita rasa  tak bersemangat..dan rasa macam tak sihat tu..rupa2nya kita nie dah terkena penyakit badi mayat. kita layan ajelah mata yang sentiasa mengantuk dan badan yang lemah dan sakit2 . Tetiba ..teringat yang kita ada pergi ziarah suami sepupu kita yang meninggal dunia minggu lepas. Orang kata.. kalau selepas ziarah kematian..kita kena sakit2, tak bersemangat dan lemah2 badan..tandanya kita terkena badi mayat.Wallahuaklam..
Papa mintakan air penawar dari seorang uztaz. Lepas membasuh muka dan mandi dengan air penawar itu..Alhamdhulillah..dengan kuasa Allah..kita pulih seperti biasa.

Tuesday, 7 September 2010

Buat perangai dah...

No comments :
Aduhh mak!!  sakit nya!!..
Tak bleh nak wat apa dah..kalau dah sakit gigi. Nak gi cabut..tengah puasa. Sabar..sabar...beberapa hari aje lagi  nie...pasni siap kau..akan ku bawak kau pergi jumpa doktor..hhuhuh..

Monday, 6 September 2010

matta fair

No comments :

Semalam ajak papa pergi matta fair..nak tengok kut ada distanasi pelancongan yang murah yang kami belum pernah pergi..
Seronoknya..bila papa pilih tarikh..birthday kita nak pergi ke Puket. Mula nak pilih pergi ke Bali. hurmm....memandangkan situasi sekarang nie..tak payah lah nak sokong industri pelancongan diaorang..buat ngabih boreh yo. Agensi pelancungan pun mengeloh..takdok oghe nak ke sanun..

Saturday, 4 September 2010

Tukar tajuk

12 comments :
Salam ramadhan, selamat pagi sabtu....
Orang lain nak sambut raya sibuk hias rumah, tukar perabut, langsir, karpet dll. Pendek kata serbanika ler nak tukar. Kita pun sibuk juga berkemas...tapi berkemas rumah maya..heheh

Thursday, 2 September 2010

mood raya dah hilang

3 comments :
Tetiba aje mood nak sambut raya hilang. Kenapa ntah?..kita n papa selamba derk aje..macam takde apapa akan berlaku. Lagi beberapa hari aje nie nak raya..tak prepare apa-apa pun. Siang-siang hari dok melepak layan tenet ngan TV. Bila malam pulak nak ke masjid..bilakala nak menyopping...hukhuk
Kenapa jadi cam nie?

Wednesday, 1 September 2010

teko tak tutup aurat

2 comments :
Kesian teko nie..dahlah membujang..tak tutup aurat pulak tu. Cepat ! cepat ! siapa nak belikan tudung untuk dia ! sebelum nak belikan tudung..kenalah pinang dulu ye ! nak tahu hantarannya..bolehlah SMS kakyon. Jangan malu dan jangan segan..pinanglah ye..

Award dari fara

No comments :
Salam ramadhan dan selamat membuat persiapan hari raya yang tak lama lagi menjelang tiba.
Sejak rajin ber blogwalking nie..tertarik pulak satu blog yang bernama Faradean. Kerap juga dia meninggalkan jejak di setiap blog akak. Terimakasih fara sudi berkunjung keblog akak.
Rupanya fara ni pemalu orangnya ye? Samalah kita farah. Akak pun pemalu jugak. Kekadang nak tinggal jejak kat blog otai pun malu..apatah lagi nak tinggal komen. Segan ahh!!
Salam perkenalan fara. Terima kasih bagi award kat akak.
Dah dapat award kena lah jawab soklan..

1. Senaraikan 7 makanan kegemaran untuk berbuka n bersahur...
Susah jugak nak jawab nie..sbb selera akak ni suka bertukar2. Akak jawab apa yang terlintas di fikiran saat ini..
- Asam pedas ikan parang
- nasi beriani batu pahat
- bubur lambuk hjh noraini ( kawan kita ler..dlm bnyk2 bubur lambuk yg kita makan..yg ni terpaling best sekali. siapa yg dah merasa..teringat smpai bila2..hehhe )
- asam pedas yg kita masaklah..specialy asam pedas pari @kayangan
- Kueh lapis emak..memang sdap..tapi lama tak makan.emak pun dah tak larat nak buatkan.nak minta resepi dia nanti..
- suka semua masakan orang kampung ( asalusul orang kampung le katakan..heheh )
- untuk bersahur..kami sekeluarga memang tak makan nasik.Kami cuma makan tamar dan roti kosong bersama kopi. Anak2 pulak makan cereal bersama susu. Alhamdhulillah memang mengenyangkan. Dari anak kecik..sampai dah besar panjang..tak susah2 nak masak bia bersahor.


2. Kedua, kena tagged 5 rakan blogger lain untuk terima award nie.

Siapa pulak kena tag kali ni ye. Ok..kita bagi tag ni kat :-

 Ela
ika

Kalau ada sesiapa yang sudi ambillah award nie..kita panjang2kan sillaturohim di maya ini..