*

Sunday, 29 August 2010

Selamat menyambut Kemerdekaan

1 comment :
Salam Ramadhan dan selamat menyambut hari kemerdekaan.
Sebagai seorang warganegara yang lahir sebelum merdeka..kita rasa amat bersyukur dan bertuah sangat kerana.. Malaysia masih berada dalam keadaan selesa dan aman untuk di huni.Tak tahu nak zahirkan rasa penghargaan itu, tapi cukuplah.. kalau kita kata..kita telah merasai kesemua zaman, dari zaman masak guna kayu api, zaman guna dapur sumbu minyak tanah, zaman dapur gas hinggalah sekarang ini, zaman guna dapur electrik dan microwave. Berpeluang pulak mengikuti zaman IT.Selama 53 tahun merdeka..itulah serba sedikit contoh nikmat KEMERDEKAAN yang kita rasa sebagai suri rumahtangga.Tidak ramai bloger kat sini yang seusia kita kan? Berkat dari datuk/nenek kita semua yang menghargaai KEMERDEKAAN itulah.. yang menyebabkan kita dapat merasa kesemua zaman itu.Kalaulah dulu..mereka berpecah belah..dapatkah kita merasai keselesaan dan keamanan zaman ini ? Marilah kita berpayung..di bawah satu bumbung!
Bersyukur sangat kerana..Allah masih memberi keizinan kapada kita untuk bernafas dan merasai nikmatnya.

Saturday, 28 August 2010

Semua dah dapat

No comments :
Ahamdhulillah..
Semua barang yang di redeem dari BHpetrol sudah selamat diterima. Rezeki untuk tahun ini. Berkat setianya kepada satu jenama sahaja.Terima kasih kepada BHPetrol yang telah memberi kredit kepada syarikat kami selama lebih 10 tahun dan banyak barang2 percuma yang kami telah dapat. Insyaallah.. semuga urusan yang terjalin terus berpanjangan...

Tuesday, 24 August 2010

Lelaki Idaman Wanita

No comments :
Salam dan selamat malam semua..
Petang tadi..sementara menanti waktu masuk dapur..sambil rehat-rehat.. kita baca majalah lama yang kita kemas beberapa hari lepas. Ada beberapa artikel dalam majalah ini yang menarik perhatian kita. kita kongsi kat sini ye..
Petikan dari majalah wanita 1993
LELAKI membuat WANITA tersenyum, ketawa, tergoda, marah, terpukau  dan ada ketika terhina.Siapakah lelaki ini? Wanita mempaparkan beberapa wajah yang muncul dalam kehidupan kita.
  Secara terbuka atau senyap-senyap, dari jauh mahupun dekat, WANITA menilai LELAKI. Kita mengutuk jika mereka berpakaian selekeh, meluat apabila berlebihan gaya.
  Walaupun ramai wanita tertarik lelaki tinggi, bertubuh sasa, berbulu dada atau berkumis tebal, jangan terkejut ada juga meminati lelaki berkepala botak!
  Apa pun, yang pasti kita benci jika mereka cuba menutup kekurangan dengan cara melucukan.Kebanyakan wanita menganggap usaha itu sia-sia dan tiada berkeyakinan.
  Misalnya menyikat rambut kedepan untuk menutup botak, menyimpan sisip rambut sebagai jambang atau berkasut tumit supaya nampak lebih tinggi. Lebih membosankan, berlagak kaya tetapi papa dan banyak cakap untuk menuttup kekurangan.
  Pelik, sesetengah lelaki seksi tetapi tidak ramai wanita mahu mendekati sebaliknya yang sederhana menjadi pilihan dan meyakinkan. Acapkali lelaki buaya dan pandai memutar belit lebih menonjol.
  Bagaimanakah wajah lelaki idaman? Adakah anda perlu menjadi bintang, jutawan atau berperawakan seksi? apakah nilai yang di cari-cari wanita?
  Ruangan ini memilih beberapa lelaki untuk tatapan semua. Mereka di kalangan ahli sukan, penyanyi, pelakon dan peminpin.Yang pasti kemunculan orang ini ketara.
  Setiap gerak laku menjadi perhatian, gaya menjadi ekoran dan kejayaan menjadi inspirasi lelaki lain. Istimewa mereka menjadi perhatian wanita!
  Kebanyakan kisah mereka kita baca. Sesetengahnya membuat kita ketawa dan menangis. Paling penting ada antara mereka berkerja keras membuat kehidupan kita lebih terjamin dan selesa.
  Sebolehnya kita mahu tatap sendiri wajah mereka, bukan sekadar seimbas lalu di tv atau surat khabar. Lebih bahagia jika dapat berjabat tangan.


Inilah wajah-wajah idaman hati wanita..yang mana lebih kacak dan bergaya ye?
Semuanya orang punya...


a'aaah..yang ini kita punya..kihkihkih

Sunday, 22 August 2010

i-pod redeem dah sampai

2 comments :
Dah sampai pun i-pod yang Oya redem dari BHpetrol hari tu..Comel aje bendanya.Nak redeem lagi banyak-banyaklah.Tapi nak buat apa ekk? Agak-agaklah.. kalau kita jual murah-murah..ada tak orang nak beli..boleh masuk duit tabung..hehheh

Saturday, 21 August 2010

Kad kredit

2 comments :
Salam petang sabtu dan selamat berbuka puasa..
Baru balik jalan2 shopping raya dngan anak2. Lepak kejap depan cik lappy ni..nak hilangkan lelah dan lengoh kaki..
Sebut pasal shopping ni mesti tak lari dari cara membuat bayaran..samaada tunai atau pun berhutang. Ada orang suka bayar secara tunai..ada orang suka berhutang. Kalau bayar secara tunai..kenalah bawa duit tunai banyak ( budget utk shopping hari tu ) Kalau nak berhutang kena lah ada kad kredit. Kad kredit ni boleh guna/hutang hingga satu tempoh tertentu yang di tetapkan olih bank.  Membawa kad kredit  untuk pergi bershopping..kurang risikonya..sekiranya berlaku kecurian atau rompakan..berbanding membawa wang tunai..

Petikan artikal
Berkad kredit kini bukan lagi untuk bergaya.Jauh sekali berlagak.Tanyalah wanita kerjaya, di dalam sepuluh hanya seorang dua sahaja tidak memilikianya. Kalau bukan milik sendiri, ia mungkin hadiah suami, kad tambahan untuk kesenangan isteri.

Pengunaan kad kredit kian meluas. Bukan hanya di bandar besar, malah di pekan kecil, semakin luas serta banyak kemudahan lain dapat di nikmati.

Sekiranya anda belum memilikinya, langkah pertama perlu dilakukan bertanya pada diri sendiri, apakah kad ini benar-benar diperlukan? Dengan gaji sedia ada, layakkah anda menjadi pemegang kad?

Sekiranya sudah yakin dengan jawapan diri, sebelum dapatkan borang, pastikan jenis kad yang dipohon. Kad kredit atau kad tunai (charge kad ). Beza dua kad ini ialah, kad kredit di tawar olih bank dan berbelanja diatas kredit bank. Batas belanja digariskan bank berdasarkan gaji. Penyata datang setiap hujung bulan. Tidak perlu gusar untuk membayar keseluruhannya. Bayaran minimum hanya 10 peratus daripada jumlah dengan kadar 1.5 peratus setiap bulan.

Kad tunai berbeza kerana memilikinya melambangkan gaya.Tiada batasan berbelanja tetapi anda dikehendaki menyempurnakan seluruh bayaran apabila penyata tiba.

Apa pun kad yang anda miliki jika salah guna, ia mendatangkan bahaya. Berbelanja jangan sesedap rasa.Jika anda gagal menjelaskan bayaran hutang dalam masa dua bulan, kad di gantung dan anda mungkin di tuntut. Baik sekiranya anda dapat jelaskan sepenuh bayar an untuk mengelakkan membayar kadar bunga pada setiap bulan.

* sumber majalah wanita 1993

Tuesday, 17 August 2010

Rumah dah nak siap

6 comments :
Hari isnin lepas ada sedikit kelapangan.. kita dan papa pergi tengok rumah yang sedang dalam pembinan.Dijangkakan siap bulan april tahun depan..tapi menurut kata pengurusan syarikat perumahan tu..akan siap december ni..
Alamak..tinggal beberapa bulan saja lagi. Nampaknya hujung tahun ni bertambah sibuklah kami anak beranak.Mana tidaknya..nak buat kenduri khawin AI anak ketiga kami..nak bersiap pindah rumah baru..nak setup biz baru lagi.hahah..sesibuk mana pun..insyaallah..akan kita atasi..janji happykan...

dapat ambik gambo belakang rumah aje..

Redeem point BHPertol lagi..

No comments :
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa...
Pagi tadi papa balik bawak sekotak minyak masak cap helang.Ada 6 botol semuanya.Papa redem point BHPpetrol lagi.Macam biasa..bila musim perayaan BHPpetrol adakan kempen barang2 yang boleh di redeem on the spot kat pump station.Antaranya minyak masak inilah..


banyak lagi baki point nak diredeem ni..dan akan bertambah lagi..

antara barang tebusan yang sudah pun sampai..

Saturday, 14 August 2010

Redeem point Jusco card

2 comments :
Salam petang sabtu..
Baru balik dari pasaraya Jusco.Jalan-jalan cari barang keperluan rumah.Teringat pulak, beberapa hari lepas dapat sms dari services centre, suruh redeem point yang kita dah kumpul..
Dapatlah voucher bernilai RM60. Jadilah kan..save duit belanja keperluan dapur untuk seminggu..

Salam....jumpa lagi di lain N3

Friday, 13 August 2010

bersantai

No comments :
Dah dua hari tak keluar rumah..
Cuaca panas sangat..puasa2 ni rasa malas nak memenatkan badan..relek2 aje kat rumah.
Tapi... hari ini kena keluar jugak..nak mencari sesuatu di kedai elektrik.

Dah dapat nanti..kita kasi layan..

Wednesday, 11 August 2010

Salam Ramadhan

2 comments :
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat pengunjung semua.
Pagi tadi kita ke Kuala Selangor ada sedikit urusan di pejabat tanah dan TNB di sana.Urusannya sekejap sangat  tidak sampai pun 10 minit. Dalam perjalan pulang..kita mengajak papa singgah di pantai Jeram.. nak beli ikan atau apa2 saja yg ada orang berjualan di situ.Tapi hampa..takde sorang pun orang kat situ..Sunyinya..tetiba hati ini terasa sayu pulak..huhhu..

Tuesday, 10 August 2010

frasa kehidupan

No comments :
Salam buat teman-teman bloger semua..
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.Bersyukur sangat kepada Allah..kerana di beri peluang bersama sekali lagi.Semuga amalan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Maaf zahir bathin kakrose pohon sekiranya di N3 kakrose yang lepas2..ada yang menyinggong perasaan teman semua.Kakrose hanya meluahkan apa yang kakrose rasa dan apa yang kakrose alami sendiri.Tidak terniat nak menyentuh atau merujuk kepada sesiapa.Blog kak rose ini hanyalah sebuah dairi kehidupan dan cerita2 yang kakrose alami sendiri.Kalau sudi nak membaca..bacalah..kalau tidak lupakan saja.kalau sudi nak jadi follower silakan.Kalau rasa nak delete selepas jadi folower pun tak apa..silakan..dan anggaplah kakrose tak pernah hadir sebagai teman maya.ok!!

Sunday, 8 August 2010

jemputan penutup tahun

No comments :
Salam dan selamat sejahtera buat pengunjung semua..
Penutup tahun bagi kumpulan marhaban AlInsyirah..kami mendapat banyak undangan kemajlis Khatam AlQuran dan berendoi.Setiap minggu sepanjang bulan Sa'aban ini penuh dengan majlis undangan.Memang penat dan meletihkan, tapi dik kerana minat..kami penuhi juga setiap undangan tersebut.

Tahun ini..kebanyakan majlis..tuan rumah sangat suka pada thema warna pink dan purple.kebanyakan majlis yang kami hadiri..mahukan kami mengenakan uniform kaler pink purple. Bayangkan kalau satu hari ada dua majlis yang mahu kami berpakaian warna yang sama..heheheh..

Saturday, 7 August 2010

Nokia E5

3 comments :
Salam dan selamat malam..
Hahahaha..sukanya kita dapat hadiah sempena ulang tahun perkahwinan yang ke? tak bleh cakaplahh.biarlah rahsia!..chey wahhh!!..pinjam tajuk lagu dato' CT.
Sejak pandai klik!klik! iklan kat blog-blog ni,selalulah klik klik iklan yang keluar.Klik pulak iklan handphone Nokia E5.Pertama kali tengok,terus jatuh hati.Kiranya jatuh hati pandang pertamalah.Tak sabar nak tunggu dia keluar.mesti kita nak rembatt..hehee

Wednesday, 4 August 2010

EG teman maya

No comments :
Salam..selamat sejahtera buat teman-teman semua..
Sebelum bercuti beberapa hari nanti..kita  update blog kita dengan cerita.. apa yang kita terima sepanjang minggu lepas.Barang2 yang kita terima hasil  dari EG bersama teman maya, reedem point dan baju yang kita tempah dari teman maya juga.
Memula terima parcel dari Azah kk.Dah tahu akan terima hari tu..sbb azah ada masege kat FB.Jadi tunggu aje kat rumah..Alhamdhulillah selamat sampai semua barang tu..

Tuesday, 3 August 2010

Bersiar Dengan Toyota Hiace

No comments :
Salam n selamat hari selasa yang selesa..

Nak stori sikit ahh..pasal jejalan anak beranak hari minggu lepas.
Kebiasaannya bila cucu2 menyambut harijadi mereka..atok/wan nya mesti beli birthday prezen untuk mereka.Tapi sepanjang tahun ini..tak beli satu hadiah pun untuk mereka.Atok/wan sibuk sangat sampai takde masa nak pergi beli.Hujung minggu aja..memasing sibuk dengan aktiviti kami sendiri..
Memandangkan bulan Ramadhan pun dah dekat ( kebiasaannya kami berkumpul anak beranak di rumah buat makan2 ) tapi sebab jadual kita dan papa penuh pada minggu depan..jadi kita dan papa pun mengajak anak2 keluar bersantai pada minggu lepas.Sambil jalan2 cari makan dan cari hadiah..Jamak sekali..2 dalam 1..

Monday, 2 August 2010

Buang duit..dapat duit..

3 comments :
Salam dan selamat sejahtera buat teman semua.
Baru dapat berehat malam ni..dan nak mengupdate blog kita yang terperuk aje beberapa hari.
Apa news malam ni?
saja nak kongsi kisah kita buang duit..pastu dapat duit balik..hihihi
Macamana pulak tu ye?