Salam dan selamat malam....
Hari ini letih sangat..sbb banyak sangat benda nak di uruskan.Salah satunya..nak menguruskan barang2 hantaran pertunangan anak ketiga kita Ai.Agak pening jugak nak memikir..dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara.Majlis pertunangan akan berlangsung dua minggu lagi..dan majlis besarnya menyusul hujung tahun nie.lagi enam bulan aje.Bab menyediakan hantaran nie yg pening..belum bab kenduri nanti.Apa-apa pun syukur alhamdhulillah..anak/menantu semua membantu.
Nie saja nak kongsi idea menyediakan barang gubahan hantaran yang kita buat sendiri.Boleh kalau nak beli siap atau tempah..tapi lebih puas hati kalau boleh buat sendiri.masa anak-anak kawin dulu pun kita buat sendiri semuanya.Cuma kali nie ada pembantu..heheh..sape lagi nak tolong..kalau bukan anak/menantu..
~ bekas tuk letak brg hantaran ~
~ bekas potpori ~
No comments :
Post a Comment
terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..