*

Saturday, 24 April 2010

menu secret recipe

No comments :
~ pilihan ateh ~


~ pilihan oya ~

~ pilihan kita ~

~ pilihan bersama ~

Tuesday, 20 April 2010

sendiket perompak

No comments :
8.30 malam tadi kita dapat SMS dari Along/Ila...
 
Mama  jangan terima key chain percuma, walaupun cantik, pasal ada sendiket baru boleh kesan kat mana kita berada, senang nak rompak..
Wallahuaklam..
 Agak-agak sesiapa yang baca berita ni dan rasa percaya sibar-sibarkanlah...supaya kita lebih berhati-hati..Insyaallah..

Sunday, 18 April 2010

Dumpling sup

No comments :

Wednesday, 14 April 2010

Kena Cucuk H1N1

No comments :
Semalam pergi buat  suntikan H1N1di klinik Seksyen 7.Punyalah ramai orang nak ambik suntikan.Kakitangan MBSA paling ramai.Kita dan papa dapat lah mencelah diantara ramai2 org tu.Maklumlah..kami ni kan warga emas..mereka bagi laluan.Baik hati rakyat malaysia ni..yang perihatin terhadap warga emas.Difahamkan..menurut jururawat tu..hari ini akan datang seramai 700 orang angota keselamatan yang akan mengambil suntikan.Lengoh tangan..kata jururawat tu.Begitu ramai yang nak ambil suntikan..hanya 2 orang sahaja jururawat yang bertugas...ish..ish..ish..
Lepas ambil suntikan tu..badan pun melayang2..lalok..kata orang sekarang.Tangan tak boleh angkat..lengoh dan sengal.Nak tidur pun susah..kena terlentang aje.Nak mengiring kekanan sakit..kekiri pun sakit ( kena suntik mengitis pulak).last2 dapat demam..
Adoiiii..sakit satu badan..mata pun tak boleh bukak..rehat ajelah sepanjang hari..

Tuesday, 13 April 2010

Email..

No comments :
Salam dan selamat malam..

Email yang yang diterima dari anak saudara kita..
kita panjangkan di sini..untuk bacaan teman semua..




DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.



The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

sedapnya cucu kita makan

No comments :
Lamanya kakyon tak masak.Asik beli lauk siap sedia aje.Lauk tambahannya goreng telor.Nak update blog pun dah takde bahan.Cedok aje gambar lama..bulan puasa lepas..nak tepek kat sini.Takdelah sunyi blog ni.Tengoklah cucu kakyon..berselera berbuka puasa..

Monday, 12 April 2010

awards

No comments :

Salam semua..salam hari isnin..
Hari ini nak N3kan award yang di terima dari blog House of Glam dan blog Cerita Orang Mersing.Terimakasih nenek dan su72..bagi award ni ke kita.Walaupun lambat nak publishkan..maklum tuntutan masa kita tak dapat nak publishkan cepat.Apa pun nenek..su72..terimakasih banyak2 ye.Kita simpan elok2 award ni dalam almari antik kita.wedding anevesary kita nanti..boleh kita pakai...heheh..

Thursday, 8 April 2010

Produk Pernas

No comments :
Mangkok bubur dan piring cawan menjanda.
ukuran mangkuk 5.5 inc..ukuran piring 6 inc..
RM6.00

nak cuba..

No comments :
Salam dan selamat sejahtera kawan-kawan semua...

Hari ni kita nak kongsi satu peluang untuk jana pendapatan melalui internet ( baru nak join ) Malaysian PayPerClik atau singkatannya PPC. Kita dapat info ni dari blog cik sakura. tkasih sakura.kita pun kopi maklumat dari blog cik sakuraper tu PPC.


PPC ni khas untuk Malaysian only taw. Process PPC ni senang saja. Kita just perlu view link website yang diberi dalam masa lebih kurang 45 saat sahaja. Kita boleh mula request untuk pembayaran apabila jumlah duit kita sudah mencapai RM 10.00. Setiap satu ads yang kita klik, kita akan dibayar 0.03 sen. Ni anggaran pendapatan yang aku ambil dari website PPC:


Earnings Example
» You click 20 ads per day = RM 0.6
» 90 referrals click 20 ads per day = RM 18
» Your daily earnings = RM 18.6
» Your weekly earnings = RM 130.2
» Your monthly earnings = RM558
» Your total annual earnings = RM6696

Oke la tu kan..kalau nak cepat-cepat boleh cashkan duit, bolehlah refer PPC ni kepada org lain, kita akan dapat 0.01 sen dari setiap ads yang referals kita klik. Kalau berminat untuk join boleh la klik sini PPC . Selamat mencuba ye.

p/s: kalau daftar pastikan nama referal anda ada ye. ermmm lagi satu rajin-rajin la tengok ads, sebab ads selalu bertambah ikot berapa banyak advertiser yang nak iklan kan dorang punya website. sekian wassalam.

Wednesday, 7 April 2010

Dating dengan Azzah8

4 comments :
Salam dan selamat sejahtera buat teman-teman pengunjung semua..

Setelah beberapa hari ber SMS dengan Azzah..barulah berkesempatan berjumpa dengannya.Berdating kat tepi tasik Shah Alam, Azzah, orangnya peramah dan kecil molek.Lama jugak berborak sambil berdiri aje.Takde kedai makan pulak kat situ..kalau tak boleh belanja azzah minum.Seronok berborak dengan azzah ni..macam2 topik kami borakkan..dan dapat juga sedikit ilmu dari Azzah.Terimakasih banyak2 Azzah..kakrose dapat dua perkara bertemu dengan azzah..
Hingga bertemu lagi diN3 seterusnya..salam..

Tuesday, 6 April 2010

Ada lagi antik campur-campur..

No comments :
Yang ini RM180.00



~ mangkok lauk.. RM8.00..ukuran 9 in ~

~RM15.00 ~
~ sold ~

 
~ piring kueh..corak batik..RM5.00..7 in..availble 3 pcs ~

~ bunga buluh silver line RM5.00..7 in. ~

Set pokok buluh

No comments :
Salam dan selamat sejahtera.Semuga teman-teman semua sihat dan gembira bersama keluarga..
Set pokok buluh ni..tak lengkap keluarganya.Mulanya dapat bapaknya saja...sudah ada orang yang meminang.Rupanya ada anak beranak lain yg nak mengikut...katanya kalau nak pinang..pinanglah anak2nya sekali.kalau tak kesian pulak..mereka nanti tak berkeluarga..
Kalau ada sesiapa yang nak meminang..hantarannya..RM150.00 untuk..
- 1 bijik teko alladin
- 3 bijik cawan/piring
- 6 bijik piring kueh
- 1 bijik bekas gula
- 1 bijik bekas susu
- 1 bijik piring cawan ( bentuk mungkum sikit dari yg dlm set )




~ sold ~

Friday, 2 April 2010

teko sakura

No comments :
Teko bunga sakura ni ada dua ketul. akk nak letgo seketul..ada sesiapa yang berminat boleh hubungi akk..0122117464.