*

Wednesday, 31 March 2010

Rresepi..apa yang ada dalam aisbox..

No comments :
Salam..
Hari ini cuaca kat sini panas sangat.Walau pun pagi tadi semasa jogging dah hujan renyai-renyai..rupanya tak jadi hujan.Lepas masak..rasa dahaga sangat...walau pun banyak minum air masak..tetap tak hilang dahaga ni.Apa ubat nak hilangkan dahaga ni ek? jom kita tengok apa yang ada kat aisbox kakyon ni.Nak buat sesuatu benda yang boleh menyegarkan tekak yang kering ni..

yang ada..
- buah betik..guna 1/4 bijik aje }masih mengkal..
- mangga }kalau yg masak ranum..lagi sedap.
- oren..yg ni pulak dah nak x fayed
- sumi-sumi ni dapat dari rumah orang kenduri kawen..takde sape nak makan..kumpul dalam aisbox
- sirap
- aiskrim soda
- asam boy

Sebiji oren blend tapis ambik airnya.Semua buah-buahan potong dadu.Masuk dlm bekas..campurkan jus oren,sirap secukup rasa manisnya,aiskrim soda dan semua bahan.Kacau rata dan tambah ais kiub.Biarkan sekejap..dan boleh di minum.Seger..kata orang jawa..barulah berselera nak makan.Hari ini masak simple aje..goreng ikan kerisi,sayur lemak kobis dan sambal ikan bilis. Jom makan..selera kampung aje ni..

Saturday, 27 March 2010

Menyejukkan tekak..

No comments :
resepinya..
satu tin buah longan
satu cawan aiskrim soda
sirap secukup rasa
beberapa ketul ais kiub


sluuurppp..


masakan apa nih...

No comments :
Masakan apa nih..cuba teka..nampak macam sedap aje..

Friday, 26 March 2010

Teko Lama

No comments :
Teko lama.Ada sesiapa yang berhajat? bolehlah sms kita..

  • teko bunga lawang jual ke pn.n 

sambal udang petai

No comments :
Menu semalam..sambal udang petai.Kak lebih suka guna cili merah dari cili kering..

anak bawal putih ni febret kakyon..goreng garing macam keropok..kunyah dengan kepalanya sekali..hehehhe

dulu meriah kini sepi...

No comments :
Hari rabu lepas balik dari kampung papa ajak singgah kat pernu,konon nak makan ikan bakar kat sana.Sudah lama juga tidak menjamu selera di sana.Bila sampai disana..terkejut badak kita..kenapa kedai tu jadi sunyi sepi..ibarat tak berpanghuni..huhuhuhu...kesian.
Kalau dulu tengah meriah..kehadiran kita..tak di ambil endah..sekarang nak dapat satu pelanggan pun susah..agaknyalah..


Add caption

Thursday, 25 March 2010

Barang N dah packing

No comments :
Assalamu'alaikum pagi jumaat yang berkat..dan selamat sejahtera buat teman2 semua..
Semalam nak n3kan pasal set sakura ni.Tengah nak n3,anak Pn.n sms kata.. saya nak datang ambil barang yang mak saya beli..katanya.Olih kerana scara kebetulan kita pun nak keluar,jadi kami pun jumpa kat UITM aje.Alhamdhulillah Barang yang Pn.N hajatkan sudah pun berada di tangan anak bujang Pn.n.

Kisahnya set cik sakura ni kita jumpa secara tak sengaja di kedai apek di padang besar.Asalnya nak cari pinggan ayan, ternampak pulak cik sakura ni.Lepas tawar menawar..kita rembatlah.Pada mulanya terasa banyak sangat.Semuanya 12 biji setiap satu.Kita nak 6 biji setiap satu..tapi apek tu tak nak jual.Olih kerana dah berkenan..beli ajelah.

Dah beli..rasa macam banyak sangat pulak.Takde tempat nak simpan.Kita pun tepek gambar dalam blog..kut2 ada orang berkenan dan nak beli.Alhamdhulillah..sudah terjual semuanya.Masih ada ramai lagi permintaan ni..tapi tak dapat nak tunaikan.


~ dah siap berbungkus.bungkusan ni bukan utk dipos ye.kalau nak pos kena guna kotak lebih besar dan kena sumbat surat khabar banyak2 ~

Monday, 22 March 2010

Pinggan Lama

No comments :
Selamat petang teman2 pengunjung semua..
N3 petang ni pasal pinggan lama yang ada dirumah saudara kita.Pinggan ni bukan kita punya ye..tapi kita tolong jualkan aje..kalau ada ssiapa yang berkenan bolehlah sms kita..

~ pinggan makan mungkom 8 inch ~
~ pinggan kueh 8 inch ~

Sunday, 21 March 2010

award lagi

No comments :
Salam petang minggu..
Hari ini rehat dan lepak saja di rumah.Alhamdhulillah..majlis doa selamat dan maulud dah selamat disempurnakan semalam.rumah pun tak habis berkemas lagi..
Petang ni nak N3kan award yang kakyah sampaikan pada kita.Award ni yg kedua dari yah.Malu pulak rasanya terima award ni.Blog kita ni biasa2 aje.Apa2 pun..ucapan ribuan terimakasih untuk yah..semuga yah sentiasa gembira bersama keluarga dan sihat selalu.

Wednesday, 17 March 2010

projek seterusnya..

2 comments :
Lagi projek terbengkalai..nak buat sarung kusyen..harap2 boleh siapkan cepat..ashik beezee aje..boleh ker..huhuhu

Projek dah siap..bolehlah isi brg peralatan jahitanke.. haper-aper ajelah..

menu waktu senggang

No comments :
Pagi-pagi ni keluar menu waktu senggang pulak..kerepek pisang warna perang

award dari yah

No comments :
Salam dan selamat sejahtera buat teman bloger..semuga kita semua di limpahi rahmamtNya..aminn
Agak lama juga tak main tag dan award ni.Semalam kakyah dari yaya cottage beritahu yang kita dapat award dari dia.Terimakasih yah..ingat kat kakyon.Semuga dipanjangkan hubungan silaturohim sesama kita di maya ini..dan insyaallah..dapat jumpa di alam nyata juga....


Sunday, 14 March 2010

sambal siakap

No comments :
Salam dan selamat malam teman semua..
Agak lama juga dapor kakyon tak berasap ni.Asik sibuk aje dengan berbagai urusan.Main beli lauk aje kat kedai.Hari ni baru ada masa nak masak.Menu pilihan...sambal ikan siakap.Kawan-kawan semua tahukan nak masak sambal...:)

Saturday, 13 March 2010

buger aiskrim

No comments :
Adake aiskrim burger? ada nih! Nak tau sedapke tidak, bergantung pada perasa aiskrimnya.Yang kakyon buat ni..perasa vanila dan tiramisu. Itu aje yang ada dalam aisbok.Cuaca panas2 ni layan aje benda yang menyejukan..

Thursday, 11 March 2010

Tumis udang

No comments :
Musim panas ni..tak berapa selera nak makan.Asik masak sup/bening aje..jemu jugak.Masak tumis udang ni..boleh buka selera jugak..



bekpes pagi tadi..capati segera dan daging dendeng berkat dari kenduri

Tuesday, 9 March 2010

aktiviti sepanjang minggu lepas...

No comments :
Salam  dan selamat sejahtera buat pengunjung blog kakyon yang sudi dan tak jemu-jemu menjengah..walaupun tak berupdate..
Aktiviti penuh sepanjang minggu..sampai tak dan nak lepak-lepak kat dpan cik lappy kita ni.Berhabuk tak berlap dan sunyi...rindu pulak nak dengar lagu-lagu kat sini..hehehe

~ projek nak buat cover bakul.Tengah jahit bahan pulak kurang..tanggoh dulu ~
~ nak spray kaler putih bakul ni ~


~ kawan pulak suruh buatkan bunga/duit dada..utk majlis perkahwinan anak nya ~

~ kami sekeluarga memenuhi undangan bakal ahli keluarga baru kami untuk makan tengahari di rumahnya. Ini saja buah tangan yang kami bawa sebagai pembuka tirai ~

~ cupcake sebagai balasan.. dah kena makan..baru nak ambik gambo..heheh ~

Kepulau Pangkor

No comments :

Aiskrim Buahan

No comments :
Ubat tekak yang kering..

Tuesday, 2 March 2010

cenderahati dari teman

No comments :
Salam dan selamat sejahtera..semuga kita semua di beri kebahagian dunia dan akhirat...

Sabtu lepas kami sekeluarga berjalan2/bercuti ke pulau pangkor.Kesempatan ini kita ambik peluang ingin berkunjung kerumah teman blog kita yang selalu berkujung kerumah maya kita..dan rajin bertanya khabar.Azlina seorang yang peramah, baik di maya maupun di alam nyata.Azlina dah pun buat n3 pasal ni..nak tau lebih lanjut...klik sini..azlina pun dah buka kedai online..

Ini cenderahati dari Azlina.Lina..kak baru berangan nak beli frame ni nak letak di bilik tidor tingkat bawah..sbb masih kosong lagi tak berhias.Alhamdhulillah..dengan pemberian ini tertunailah hajat akak.Terimakasih banyak-banyak ye.

masakan apa nih...

No comments :
Masakan apa nih..cuba teka..nampak macam sedap aje.