*

Sunday, 10 January 2010

Menabung

Selamat malam dan selamat sejahtera buat teman-teman yang di sayangi..


Kali ni kita nak buat n3 lain sikit dari kebiasaanlah..
Sebelum tu nak Tanya dulu..
Program apakah yang menjadi pilihan ..sekiranya anda mempunyai masa lapang untuk menonton tv.

Pilihan kita ialah..rancangan “ BIJAK WANG”..setiap sabtu petang di tv3.
Dalam rancangan itu..dia mengajar kita bagaimana nak menguruskan kewangan dengan betul.Tak pasti sudah berapa lama.rancangan ini keudara.Kita pun baru menontonnya beberapa kali sahaja.Rancangan yang baikuntuk di tonton oleh mereka-mereka yang baru nak belajar menyimpan WANG.

Cakap pasal WANG ni..kita nak kongsi sedikit tip-tip cara menyimpan wang..melalui pengalaman kita sendiri masa dulu-dulu.Kita nak huraikan satu persatu.. tak pandai nak mengarang pulak.Jadi kita tulis biasa2 aje..janji boleh paham udahlah ye..

Senaraikan budget dulu..kita guna contoh kalau gaji RM2000.00.

Budget A
- kereta 500.00} bayaran tetap tak boleh elak
- rumah 500.00}
- saving 200.00}yang ni mesti simpan..jangan ponteng.lebih elok kalau buat skim potongan gaji ke tabung haji( yg ni lebih dijamin dalam soal pembayaran deviden) atau, buat pinjaman asb..buat bayaran secara autodebit..untuk mendisplinkan diri membayar balik pinjaman.( yang ni banyak pro/kontra dari segi pembayaran deviden dan bonus) pilihan kita ialah tabung haji.

Budget B
- makan kering/basah 400.00
- api/air/talipon           150.00
- petrol                       150.00
- lain-lain                    100.00
              ................................
            Jumlah   RM 2000.00

Lepas ni tak habis camtu aje..ada lagi tip-tip seterusnya.Yang ni kena kuatkan semangat pulak.hehhhe. Kalau semangat tak kuat boleh terkucil..habislah…

Kita ke budget B,.sebab budget A tak boleh usik dah.WAJIB BAYAR

Makan
Dalam bab makan ni..bergantung pada selera memasing kan.Tapi kalau nak berjimat,tak boleh ikut selera aje.pendek kata..ikut kemampuanlah.Dalam budget ni kemampuan setakat rm400..so kita berbelanja takat rm400 sajala .takde lebeh-lebeh..
Contoh..dah beli barang dapur kering rm200.ada baki lagi 300.ini untuk beli barang basah pulak..kira belanja pasarlah.Berapa kena belanja sehari untuk sampai cukup sebulan. Bahagi dengan hari pada bulan tersebut.kalau, 30 hari..maknanya kita boleh belanja rm10 sahaja sehari.Sanggupke? kalau tak sangup..tak payah…hehhe. Tapi kan ada peribahasa mengatakan..susah-susah nak kehulu..berenang aje ketepian.bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian. Betulke ni..mokcik tak sekolah nak oii!!

* kalau nak jimat lagi..yg ni pergi pasar borong.beli banyak dapat murah.buat stok seminggu..

Api/ air/ talipon
Kat bahagian ni..rasanya senang nak control.macam-macam cara boleh kita lakukan.
- mengosok baju seminggu sekali..atau beli baju yg tak payah gosok
- membasuh pakaian bila dah cukup muatan atau basuh tangan
- jangan guna cerek /periuk electric
- kurangkan pengunaan kipas dll
- jangan guna vekum..lebih baik guna penyapu lidi untuk bersihkan kapet..lagi bersih.
- kumpulkan semua pinggan mangkok kotor..baru basuh.Maksudnya lepas masak jangan basuh dulu periuk kuali tu..lepas makan baru basuh sekali pinggan mangkok tu..kat sini kita pun boleh jimat sabun basuh pinggan.
- dan banyak lagi cara..

Petrol
-Kalau rajin lagi..guna kenderaan awam aje.
Agak-agak boleh ikut tak?
Kalau tak boleh..tak payah bacalah…
bio orang yang nak ikut aje..yang baca.. hehhe..

Bila cukup bulan..bil2 semua dah sampai..kita buat lah kira-kira..agak-agaknya terlebih budget ke kurang.Kalau kurang..maknanya mesti ada lebihan wang.wang lebih tu kita simpan dalam satu tabung.Bila hujung tahun..duit tabung ni..boleh gunakan buat apa2 yang kita suka..nak shopingke..jalan2 ke..makan besarke..apa2 ajelah.Lagi banyak kita berjimat..lagi joli sakanlah di akhir tahun...

Mula-mula memang susah..lama-lama nanti rasa seronok pulak.. tengok simpanan dah banyak.Kata orang ‘ 'alah bisa tegal dek biasa’ macamtu lah lebih kurangnya..

Pasal wang simpanan yang simpan kat tabung haji ke..asb ke..bila hujung tahun akan dapat deviden dan bonus.Kalau dalam tabung haji..kita boleh terus simpan balik jadikan pokok, sbb dah tolak zakat siap-siap.Kalau dalam asb..tak berani nak cakap…heheheh..

Yang besnya..kalau pandai cari wang sampingan.Bab ni kita memang suka.Dapat untung simpan bulat-bulat. Jangan guna dulu.Bab ni kita kena jadi kedekut sikitlah.Buat macam orang cina..walaupun satu sen,tetap masuk dalam simpanan kira-kira.

Ini saja yang dapat kita kongsi sesama ye..kalau yang baik tu..rasa nak ikut, ikutlah..kalau rasa tak baik..lupakan sajalah..anggap sajalah ini hanya coretan kosong dari seorang makcik..kerana yang baik itu datangnya dari ALLAH TA'AALA.dan yang sebaliknya dari diri kita sendiri.
Salam dari kakrose

2 comments :

  1. Salam... sis... camna tu kalau dah buat budget A (wajib) bila masuk budget B dan buat segala mak-neneknyauntuk cukupkan kos tapi tak cukup gak?! :S

    * kurangkan sana-sini - tak cukup gak... tak letak 'saving' dlm budget A pun tak cukup lak... kalau camtu boleh ke daftar masuk "KERANA MU" tu eekkkk :p

    ReplyDelete
  2. Salam umi_e..
    kalau tak boleh gak..tak dapekla den nak nolong..hehe

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..