*

Sunday, 31 May 2009

Makan pasta...

No comments :


Makan di Ani's Sup Utara

No comments :

Thursday, 28 May 2009

Melancong Ke Korea

2 comments :
Minggu depan nak pergi bercuti, melancong ke Korea.Tinggal 3 hari aje lagi..Insyallah 31st Mei ni berangkatlah aku dan hubby tersayang....hehehe..Hari ini siapkan barang barang yang nak di bawa.Banyak juga pakaian yang nak di bawa ni..6 hari 5 malam lah katakan.Penuhlah 1 beg besar,1 beg kecik...1 beg galas.Kenapa pilih Korea ek?
kena tunggu.......

.............................................................................................................................................................


Baru balik malam tadi.Sampai rumah hampir jam 8.00 malam.Penatnya yang amat sangat.Bestnya,sampai rumah..Nora dah siap masak kari ikan jenahak,sambal tumis udang petai,sayur campur dan ikan kembung goreng. Berselera makan...seminggu tak jumpa masakan rumah..pulunlah cukup cukup..hehehe
Tidak dapat nak digambarkan macamana seronoknya melancung ke Korea. Kena pergi sendiri..barulah tahu keseronokannya....

Sunday, 24 May 2009

Sambutan Hari Ibu

2 comments :
Tarikh 23/5/09..ajk RT bersama Wanita Jiran mengadakan program sambutan hari ibu.Tahun ini disambut meriah jugak..ramai tetamu yg hadir...hampir 100 org.
ada beberapa acara yg kami adakan..
- buat demo persembahan poco-poco
- menyampaikan anugerah kepada ibu..yang telah banyak berjasa dlm masyarakat
- menyampaikan sumbangan kepada ibu2 tunggal
- meraikan cik jihan..atas kemenangan sebagai naib juara Raja Lawak
- Acara memotong kek..bersama datin Hajah Pon Ishak
- acara cabutan bertuah
- penyampaian anugerah cemerlang kepada guru2 yg banyak berjasa kepada masyarakat..











Sesi ucapan alu aluan...hehehe..Yang kiri sekali tu..bos kita le..En Hassan Mat












Antara yang di raikan..naib juara Raja Lawak..Cik Jihan...








Wah...kumpulan poco-poco...buat demo...

Wednesday, 20 May 2009

burung lagi...

No comments :
Dulu masa zaman kanak kanak...aku dah terbiasa duduk sendirian.Ingat lagi masa itu..setiap pagi waktu emak pergi menoreh getah...aku tinggal di rumah menjaga adik aku yang bungsu...tidur didalam buaian.Maklumlah emak aku seorang ibu tunggal.Hanya aku dan adik bungsu yang dipelihara emak..adik beradik aku yang tiga orang lagi dijaga olih bapak.
Masa itu umur aku lebih kurang enam tahun agaknya.Setiap pagi sebelum emak aku pergi menoreh getah..dia telah siapkan sarapan untuk aku.Sarapan ubi,keladi, keldek rebus..bersama teh O tawar.Apa yang emak aku pesan..kalau adik bangun..tarik tali buai..biar adik tidor lagi dan kalau adik nangis beri botol susu yang berisi air gula sahaja.Itulah tugas aku setiap hari.
Aku tak tahu pukul berapa emak pergi menoreh...yang aku tahu setiap hari emak pergi.. hari masih gelap lagi..dalam ketakutan aku berselubong dalam selimut..mengharapkan hari cepat siang..
Sebelum adik bangun..aku dah siap bersarapan.Bila adik bangun aku tarik buai laju2...sampai adik tidur lagi. Bila adik dah tidur...aku melangut kat tingkap yang menghala kejalan tempat emak lalu pergi menoreh..mengharapkan emak cepatlah balik.
Waktu inilah..aku selalu melihat burung burung berterbangan mencari makanan di halaman rumah.Yang aku ingat macam macam burung ada..ada yg mematuk belalang..ada yang mematuk cacing...ada yg hinggap pada pokok pisang..pendek kata..berbagai jenis burung ada..riuh rendahlah pagi tu dengan kicauan burung2..itulah hiburan aku waktu itu.Yang paling aku suka tengok burung belatuk.Burung ni suka mematuk2 pokok..bunyi patukannya semacam satu irama..sangat asyik mendengarnya..
Sekarang ni pulak..kat depan rumah selalu ada burung yang singgah makan buah pokok palma yang aku tanam.Selalu selepas solat asar..aku tidak terus turun kebawah..tetapi menunggu burung2 ni datang...dan melihat dari tingkap bilik aku.teringat pulak zaman kanak2 dulu..

































































Tuesday, 19 May 2009

tag dari fibie

1 comment :

fibie nnti kak buat buat ye...amik masa sikit..hehehe
1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Fibie/Zana ni..aku kenal masa ralit berforum di wanita melayu s'pore..dari situ..kami selalu bertegur sapa..dan bersembang.Disebabkan kesihatan aku dan kesibukan aku waktu itu..yang tak mengizinkan aku kerap berforum..maka aku jarang2 masuk forum..maka terhentilah hubungan kami.Sehingga pada satu hari aku terima call dari mamijarum...yang kawan2 dr s'pore nak datang kl..nak bergeder2..maka aku pun menawarkan diri..rumah aku jadi tempat lepak2.Tak sangka Fibie pun ada..heheh..comel aje orangnya..raut muka nmpk pendiam..tapi peramah.Fibie bila nak bergeder lagi.Kalau balik semenanjung singahlah rumah akak ye..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)

3.1 hobi aku ni tak menentu...susah jugak..sebab berubah2 mengikut tahap umo..yg pasti menghias rumah jadi no satu..sbb dr dulu sampai sekarang tak berubah.

3.2 menjahit..bila dah naik gila menjahit..sehari boleh siap langsir satu rumah...hehehe..bayangkan ada 12 tingkap..satu sliding door.sampai papa pun penah cakap..mama kau..kalau menjahit macam takde hari esok..hihihi

3.3 menyanyi..jangan tak tau..aku pernah jadi anggota kugiran masa kat kampung dulu..jadi rebutan lagi..kihkihkhi.tapi sekarang dah sedar diri..nyanyi lagu2 nasyid dan marhaban aje yang sesuai usia..kadang2 karaoke juga ngan papa dan anak gadisku..
Papa ni pulak..boleh nyanyi lagu2 Tan Sri P.Ramli aje,jadi.. aku terpaksalah jadi saloma...hahaha

3.4 mengumpul barang2 kecik..yang comel2...

3.5 mengumpul beg2 kertas dari pelbagai jenis kedai..

3.6 mengumpul botol syampoo dan lotion dari hotel2 yang pernah aku huni..dah jadi 3 bakul penuh.lepas ada satu kejadian yg pelik berlaku..aku buang semua..dan sekarang tak berani ambik lagi...

3.7 Ini cerita dulu..memandu laju..kahkahkah..cam tak percaya ek.Ini kisah benar tau.Aku pernah drive kereta kancil..dari shah alam.. ke muar cuma 2 jam sahaja tau...pernah merempit (dulu takde istilah ni)hihihi..di sebabkan orang tu mencelok aku..sampai anak aku kecut2 perut...sib baik tak apa2...sekarang tak lagi..bila sesekali memandu tu berangan jugak...hahahah..

3.8 Memasak.hobike ni..bukanke kewajipan,nak bagi semua orang makan sedap..

3.9 Biasalah orang perempuan ni..suka kumpul brg2 peribadi..entah ape2 aje..semua di kumpul..beg, kasut,botol minyak wangi..kadang2 beli bukan nak pakai minyaknya..tapi hendakkan botolnya,payung,pingan mangkok toksah cakaplah..berdozen2..

3.10 dah kehabisan hobi..hehehhee...

4. Anda perlu memilih 5 penerima tag seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

penerima tag seterusnya ialah..sape ek.
tengok dulu ..sape yang kena...

penerima seterusnya...

1. Azah
2. ummie77
3. fawa
4. mrsnor
5. suhaila
6. ayu

Monday, 18 May 2009

Cenderahati

No comments :

Sunday, 17 May 2009

Entahlah...

No comments :
Gambar tiada kene mengena dengan cerita...

Hari ini ajak papa dan anak2 makan di luar.makan disebuah restoran kat area2 sini aje.
Apa yang aku nak ceritakan ialah..semasa kami sampai dan memesan makanan..ada satu family pun sampai dan memesan makan pada masa yang sama.family ni ramai jugak..ada bapa..ibu..anak perempuan..mungkin anak lelaki dan menantu perempuan( agaknyalah..sbb tengok iras muka dia lain dr family tu)dan seorang baby.
aku tengok..sejak sampai..lelaki( suami ) ni dok dukung baby tu..
Bila makanan sampai..semua orang makan termasuk isteri lelaki itu..si suami tu tak makan..duk pangku baby nya...sambil tengok org lain makan.aku jeling2 jugak..tengok ada nasi terhidang kat depan dia..tapi macamana nak makan..kena pegang anak.Kasihan aku tengok.Si isteri makan dengan perlahannya..sambil tunduk..macam tak cakap banyak..dan malu2.Bapa,ibu dan anak perempuan rancak berborak.Orang2 keliling memandang semacam aje.Lama2 si suami perasan yg semua org memandang mereka..dia terus bangun dan berjalan dikaki lima kedai.
Bila aku nak balik..family tu belum habis makan lagi.Sisuami masih mendukung babynya sambil berdiri di kaki lima.
Aku kasihan..sebabnya..
- kenapa di perlakukan suami begitu..
- rasa macam rendahnya martabat seorang lelaki..dijadikan seperti org gaji..
- bila semua org sudah makan...suami hanya layak makan sisa2 isteri dan family..
- bila time dia makan...mesti nak makan cepat2 sbb..biasanya kita tak suka orang tunggu kita makan..kiranya makan tak relexlah..

Masa dalam kereta..aku luahkan perasaan kasihan terhadap lelaki tersebut kepada suami dan anak2.
Tak sangka...dapat respon dari suami.Masa inilah aku ambik kesempatan menasihatkan anak2.

* walau sebesar mana pun pangkat dan darjat seorang wanita..jangan sesekali merendahkan darjat dan martabat dan kemuliaan seorang suami di mata keluarga, masyarakat dan orang ramai.

* jangan sesekali membiarkan diri di perbodohkan olih isteri...jaga harga diri sebagai seorang suami dan anak lelaki..jaga air muka keluarga.seorang anak lelaki yang baik..kena pandai mendidik isteri menjadi isteri yang taat akan perintahNYA.

Saturday, 16 May 2009

Menjahit Tudung

No comments :
16/5/09..kelas menjahit tudung di adakan sekali lagi.nampaknya mendapat sambutan juga ni..hehehe...kali ini tenaga pengajarnya...anak murid cikgu Zai( sempena hari guru ni..Zai dapat gelaran cikgu ye )Fauziah dan kakyon sendiri..hehehe.Kami bergabung tenaga mengajar kawan2 dan 2 orang adik2 yang kakyon kenal di maya jugak.


Add caption
yang tengah... berbaju kuning tu Cikgu Fauziah...

Add caption
nak menayang jugak tu...heheheh

Add caption
dah selesai semua...bergambar kenangan dengan tudung yang siap di jahit..tu dia..cunkan...
dari kiri..Sabrina,yati,cikyah/teh,k.sarina dan elida..

Add caption
jom makan mee rebus yang kakyon masak..

Add caption
Add caption

Add caption

menjahit tak siap lagi..hidangan dah terhidang..apa lagi kak sarina...sendokkan untuk diaorg semua...
Add caption
Add caption

Add caption
Add caption

Add caption
tekun...anak2 murid mendengar penerangan dari cikgu Fauziah..anak2 murid contoh ni..heheheh
Add caption
ehehehe...khusuk betul cikgu Fauziah ni..sampai menunggeng2 mengunting kain...
Add caption
siapa ajar siapa ni..hehee..yang mana satu cikgu nya..