*

Thursday, 26 March 2009

love oya

No comments :

Aku tak reti nak gambarkan apa perasaan aku..bila Oya buat benda ni...hihihi.Aku pun tak perasan yang dia pun ada bakat menjahit.Yang aku tahu dia memang berbakat membuat bunga.
Masa dia dalam tingkatan 3( masa tu gila2 musim bunga sabun )dia dan kelab usahawannya,membuat bunga sabun untuk di jual pada hari guru.Semua idea datang dari dia.Pada tahun itu kelab usahawannya mendapat untung besar..dan mendapat anugerah cemerlang hasil dari usahanya.
Semenjak aku menjahit love2 utk jualan ni..dia tak ambik hirau pun.Hari tu bila aku jahit sample utk seorang yg bertanya...tetiba dia tanya "macamana ibu jahit wording pada love tu"..bila dia nampak love yang aku jahit.Aku pun tunjukan sikit contoh camna nak jahit.Tak berape lama lepas tu..ambil tengok2 TV..dia kata dah siap.Aik! terkezut aku..memang betul2 dah siap.Inilah ghupenya..hasil kerjatangan anak gadisku..
Aku ni macam orang dulu2 pulak..suka kalau anak gadis yang pandai memasak~ kemas rumah~ membuat kerjatangan~..dan seangkatan dengannya...hehehehe..


glitter-graphics.com

nando's

No comments :






















Malam tadi aku pulak yang belanja makan.Sebabnya..aku tak masak.Peti ais dah licin..takde sekor ikan pun yg tinggal.Si Acai ikan tu dah beberape hari tak datang..demam katanya..kena demam denggilah tu..hehehehe

Pusing2 kat Shah Alam ni..tak tahu nak pergi makan kat mana.Aku dan papa macam takde selera nak makan nasi..Ateh dan Oya tak kisah sangat.Last2 pergi SACC..makan di restoran Nando's.Rasanya..dah lama jugak tak makan disitu.


glitter-graphics.com












Sambil tunggu makanan sampai..aku ajak oya pergi kekedai donut..BIG APPLE..teringin nak makan pulak.Geramnya tengok donut yang gebus dan licin..berkaler2..rasa macam nak kaut semua bawak balik...

glitter-graphics.com

Wednesday, 25 March 2009

nak tampal decal

No comments :
Add caption
Add caption
Pagi tadi lambat sikit keluar rumah, kerana tak banyak sangat urusan.Sementara tunggu papa balik dari kelab operasinya..kawan/jiran datang kerumah..."lama tak nampak" katanya.Biasalah diaorang suka datang tengok2 barang jualan...sambil belek2 barang2 yang ada di rumah ni.

Kak Limah datang bawak..ape..aku pun tak tahu nak sebut benda allah ni..tempat sos cili,kicap,garam,lada sulah dan satu set teko dan cawan..nak suruh aku tampal decal, serta vase..suruh aku gubahkan bunga ceramic yang aku jual...

Kak limah ni peminat bunga batu.Banyak juga koleksi dia..nanti dah siap buat barang2 dia..aku nak klik klik ambik gambar koleksi barang2 dia...

Sunday, 22 March 2009

periuk ayan

No comments :









Periuk ni beli dipengkalan kubur..tahun lepas.









yg ni beli kat langkawi..baru2 ni..yg satu untuk kakak, yg satu lagi untuk adik...heheheh..







Sejak menjak ni..suka pulak tengok barang2 lama..sekarang nak kumpul barang2 enamel plak..
buat masa ni ade lah beberapa bijik yg lama dan ada yg edisi baru.Periuk tu edisi baru..suka plak tengok comel2..

Tuesday, 17 March 2009

kena tag

4 comments :
Baru perasan aku kena tag dengan Suhaila.Ada masuk blog dia..tak terpikir pulak yg kak ros tu dia maksudkan aku...hehehe..selebehnya aku ni. Sebenarnya aku tak pandai main tag2 ni.Tapi aku cuba ajelah...

Tag Gambar dari Suhaila

The challenge is :

- GO to your photos folder in your computer

- GO to the 6th Folder of your photos- GO to the 6th photos in that folder

- Put the picture on your blog & description of it.

- Invite 6 friends to join the challenge

- Link them in your blog & let them know they have been challenged.*Here goes










folder ke enam ni..aku namakan cuti2 m'sia..terkena pulak gambo budak gundut ni ( pangilan manja cucu sulong aku )gambar keenam.hehehe..cucu aku ni baik sangat(wat masa ni..insyallah dan akan datang )senang diurus, mendengar kata,baik hati.
Kalau tak salah gmbr ni.. semasa kami sekeluarga pergi bercuti ke awana kijal.Masa ni umor dia baru 2 tahun..tapi badan besar macam budak 3 tahun.gambar tu baru lepas keluar dari kolam renang...kesian dia mengigil kesejukan..

Tag seterusnya nak bagi sape ek..semua dah dapat..

1. ajmahs
2. zawiah
3. faridina
4. vogue
5. marsya
6. Ipin

Thursday, 12 March 2009

Rumah contoh

No comments :
Ini adalah rumah baru yang aku dan papa kenan sangat..jenis rumah semi D.Tapi lambat sangat nak siapnya..tahun 2011 baru siap.Berangan aje nak beli..tapi belum berkemampuan..tunggu ajelah kalau ada rezeki...ahaks

rumah baru di sunway kayangan..

No comments :
Hari ini melawat2 lagi kawasan perumahan, saja nak puaskan hati...nak buat perbandingan.Setiap benda ada kelebihan dan kekurangan.Kalau nak ikutkan hati..memang semua kita hendak.Tapi berpada2lah..
Sempat jugak singgah..tengok rumah yang aku dah beli..





Tempat letak kereta nya luas..boleh masuk 4 buah kereta sekali.Luar kawasan pagar pulak boleh parking lagi 2 buah kereta.Ini salah satu tarikan yg aku suka rumah ni..sbb senang kalau anak2 nak datang...takde masaalah



tangga ke tingkat atas.yang besnya rumah ni..semua bilik ada bilik air sendiri..






Ini ruang dapur..sempit sikit..sebelah kanan tu dinding bilik utiliti.Dinding inilah nak di pecahkan, nak luaskan dapur ngan buat dapur pulau sekali...berangan aje..ntah ye ntahkan idak..










Yang ni bilik air dlm bilik utama...



















glitter-graphics.com

Wednesday, 11 March 2009

Dalam delima

No comments :
Beberapa hari lepas, aku dan papa..saja2 menyibukan diri.Takde kerja cari kerja.Kami meronda pusing2 tengok kawasan perumahan yang sedang dalam pembinaan.Dalam dok mencari2..terjumpa satu kawasan perumahan baru yg taklah jauh sangat dari kawasan rumah aku.Kawasannya sangat selesa dan agak strategik...kiranya dipingiran Shah Alamla.Adoi mak..cantiknya rumah.Hati tak tahan dah terbekenan.Papa pun sama.Alahai..kenapa cepat sangat beli rumah kat sunway kayangan tu? Kenapa la tak jumpa projek ni dulu? huhuhuhu...nak buat camna..

Nak puaskan hati,pergi ke pejabat jualan di Subang Jaya.tanya punya tanya..semua dah sold out...yang waiting list pun ramai.Jawab nya...takde harapan.

Tapi nak di panjangkan cerita..ada satu owner ni nak jual rumah dia.Adei mak! dia upkan rega rumah tu sampai 80k.Tak kisahlah tu.masaalahnya..aku dan papa ni yg berangan nak duduk rumah tu...mampukah? huhuhu...

Minggu akhir bulan ni..dimaklumkan akan dapat kunci rumah di sunway kayangan tu.niat hati nak buat renovation tu nampaknya tertanggoh dulu.budget yang ada simpan dulu...mana tau kut2 ada rezeki pulak dengan yang ini..
Macem macemlah aku dan papa nih...heheheh..

Sunday, 8 March 2009

lintah

No comments :
Add caption

Add caption
Add caption

Semalam aku dan oya,lepak2 aje kat rumah.takde aktiviti menarik nak di buat.sambil menonton tv..aku mengodek2 laptop, menjahit tempahan...sambil berborak.Tetiba keluar cerita pasal lintah.

Aku mencadangkan oya menalipon Chek( anak jiran aku..kawan Oya, yang keluarganya ada menternak lintah) meminta dia membawa balik beberapa ekor lintah, kerana aku nak membuat rawatan lintah di rumah.Kebetulanya...lintah tu dah memang sedia ada di rumah nya.Sepantas kilat dia pun datang membawa dua ekor lintah..Eeeeeee..geli nengoknya.Aku dan oya terjerit2 kegelian melihat Chek memegang lintah2 itu.tapi Chek selamba aje bermain2 dgn lintah tu..tula org kata "alah bisa tegal biasa"
Chek menceritakan serba sedikit pasal lintah dan tabiatnya dan kelebihan rawatan lintah ni.Apa lagi oya pun teruja nak mancuba.Mulanya aku yg nak buat rawatan ni utk mengurangkan tekanan darah tinggi aku ni.

Olih kerana aku yg terlebih geli..cek mulakan dengan Oya dulu.Oya terjerit2 menahan geli apabila lintah tu mula merayap dikakinya.puaslah lintah tu merayap mencari tempat utk dia mencari punca darah kotor...tapi tak jumpa.lepas kaki kiri,kaki kanan pulak...tak jumpa jugak...last2 dia melekat kat tepi buku lali Oya.Kat situlah punca darah kotor..kata chek.

Tiba giliran aku..Chek mencadangakan letak di kaki jugak...tapi aku tak mahu..tak sangup nak nengok lintah tu melekap kat kaki.aku nak letakkan di blakang badan.tak nampak.Bila cek letakkan kat belakang...YaAllah...sejuknya dan geli geleman aku..tapi tahan ajelah.mula2 letak kat sebelah kiri badan...dia merayap2 macam tak jumpa punca.Aku mencadangkan Chek letak sebelah kanan pulak...apelahi dia terus ngap kulit aku...huhuhuhu..pedih kulit aku

Sebenarnya ..dulu aku pernah buat jugak.tapi suruh papa letakan..macam tu jugak, lintah tu tak nak sebelah kiri.bila papa letah sebelah kanan dia terus ngap.mungkin jugah aku ni ada masaalah pada sebelah kanan badan.tangan kanan aku ni memang selalu kebas2..macamtu jugak kaki...sebelah kanan ni yg selalu lengoh atau pun kena simpul biawak.masaalah payuara pun sebelah kanan jugak.

Sepatutnya..aku kena baring..sampai lintah tu gugur sendiri bila dah kenyang.Tapi aku ni..jenis tak boleh duduk diam.aku berjalan sesana kesini.lepas 45 minit..aku dah rasa..lintah tu berat,dan Oya kata dia dah membesar.bila aku bangun...tetiba lintah tu gugur..kerana berat, dia tak boleh melekapkan badannya.

Oya pulak, lebih 2 jam tak gugur lagi.dia dah rasa nak ketandas.semasa ketandas lintah tu gugur sendiri.

Saturday, 7 March 2009

love hearts

No comments :
aktiviti biasa aku..seharian menyiapkan tempahan ..dah siap pun tempahan dari pelanggan..
Add caption

Friday, 6 March 2009

Redeem mata ganjaran BHP

No comments :
Hari ini papa pergi ambil barang barang redeem point dari BHP petrol.Barang tu sepatutnya sampai semalam. Oleh kerana aku takde di rumah semasa penghantar tu hantar bungkusan tu, jadi...hari ini papalah kena ambik sendiri bungkusan tu kat skynet.
kesemuanya ada lima barang yang aku redeem..tapi cuma dapat 2 barang ni aje..selebihnya dah habis stok.Aku tunggu lagi.. apa lagi barang yg boleh di redeem..kerana points masih ada banyak lagi..ada dalam 80,000 points lagi..












Slow cooker ni comel sangat..boleh buat rebus akar kayu..telur pindang..atau masak poridge utk baby.

Wednesday, 4 March 2009

Khatam Alquran utk arwah

No comments :
Add caption
Malam tadi.. malam kedua kami membaca AlQuran beramai2 dan khatamkan AlQuran utk Allahyarhamah kawan aku yg pulang kerahmatullah minggu lepas.Ramai kawan2 yg hadir, utk sama2 membaca Quran.Hati terasa hiba sangat...bila teringatkan arwah.Biasanya...kalau ada majlis2 yang sebegini..dialah orang pertama yang mengesyorkannya.AlQuran yang kami baca itu pun..buahtangan dari arwah semasa pergi mekah dulu.Arwah mewakafkan AlQuran itu untuk kami khatamkan..sekiranya ada antara kari'ah kami yang meninggal dunia.
Semuga Allah mencucuri rahmatnya...dan masukkan dia kedalam golongan org2 yg beriman..Amiin.

masjid wilayah

No comments :
Add caption
Hari ni, buat urusan bayaran segala cukai pintu,cukai tanah..hampir setengah hari jugaklah.Boring..boring..duduk dlm kereta lama2...pastu tunggu no giliran.Tak sempat balik rumah..kami makan tengahari di satu restoran di Bukit Kinrara.Kebetulan pergi sana nak bayar mentanance rumah...dah beberapa bulan tak bayar.Menu yg aku makan..ikan sardin goreng,pucuk ubi masak tempoyak ngan petai..labu air masak lemak ngan udang.Papa pulak... ikan kerisi goreng ngan sayur boncis goreng ngan udang,kuah kari.Hpon tinggal dlm kereta ..tak dapek den nak snap photo.

Lepas makan,janji ngan Ai nak hantarkan wallet dia yang tertinggal kat rumah.Pergi office tak bawa IC ngan lesen memandu.Kalau ikutkan Ai..tak payah antarkan..tapi papa kata..bahaya,klau berlaku ape2 hal kan susah..

Ai cakap tak payah pergi site Office dia..dia suruh tunggu kat masjid wilayah..ntt dia datang.Office dia kat depan masjid tu aje..ada satu bangunan yg sedang dalam pembinaan...dalam dok menunggu dia ..terasa nak ketandas pulak.papa bawak aku ke dalam masjid untuk melepaskan hajat kecik.pertama kali menjejakan kaki ke masjid wilayah ni...rasa kagum dengan keindahannya..sempat juga ambik gambar..dlm keadaan yang tergesa2..

Sunday, 1 March 2009

perangai aku vs perangai suami

2 comments :
Dah lama tak mengisi ruangan dairi ni..bukan takde cerita..tapi tak sempat nak menaipnya.Beberapa minggu kebelakangan ni..agak sibuk dengan urusan keluarga.papa kena denggi..dan tekanan darah aku selalu tak stabil.

Sebenarnya aku ni jenis yg slow motion.Kalau ribut2...mulalah aku jadi tak stabil..sebab aku ni janis suka memikir dan memendam..dan tak suka bercakap banyak.Aku kalau di rumah...bercakap dan berbual dengan suami dan anak anak..bercakap mana yang penting penting sahaja..dan bercakap atau nasihat tak suka nak ulang2...apatah lagi nak membebel.Kalau orang tengok aku ni macam serius aje..tapi taklah serius sangat.hehe

Suami pulak jenis happy go lucky.Buat tak kisah aje..Sukalah engko orang..malas nak pikir2.Suka melawak dan bersembang dan suka mengadu masaalah.Nak menegur kesalahan anakke.. nak menasihati anak ke...nak marahkan anak ke..memang tak pernah.Itulah sebabnya.. kesihatannya ok aje...dan awet muda.Masa masuk hospital hari tu..doktor kata kesihatannya pada tahap yang amat bagus..Alhamdhulillah..

Anak2 pulak..yg sulong dan bungsu..mengikut gaya papanya.suka bergurau dan melawak.sesuatu perkara tu..ambik mudah aje.yang kedua dan ketiga..mengikut gaya aku.
Nampak macam serius aje..tak pandai melawak/bergurau.tapi kalau tengok orang bergurau..dia boleh aje melawak/bergurau..

Disebabkan papa masuk hospital..aku dah jadi tak keruan.bila tekanan darah dah stabil..aku kena jangkitan pundi kencing( kencing kotor ) pulak.Doktor kata disebabkan kurang minum air.Lepas makan ubat..Alhamdhulillah..dah rasa lega ...
barulah boleh bertenet semula..hehe

roti nan dan ayam tandori

No comments :
Malam tadi malas nak masak...lagi pun tinggal kami bertiga saja.Aku cadangkan makan kat luar saja..ape lagi..siapa yang mencadang ..dialah yang kena belanja.Dah jemu makan nasi...malam ni kami makan roti nan dengan ayam tandori.Minuman..len chee kang sejuk....