*

Monday, 22 November 2021

Kuliah Dhuha

3 comments :
Assalamualaikum..
Salam n selamat sejahtera semua..
Bila berpindah kerumah yang akk duduki sekaramg ni sejak 10 tahun lalu..aktiviti harian akk berlaku sama seperti semasa tinggal di rumah lama. Dapat ramai kawan2 baru yg baik hati dan budiman.. sehati dan sejiwa dengan akk..
Banyaklah aktiviti yang di anjurkan olih AJK Muslimat surau kami.
 Kuliah dhuha adalah salah satu aktiviti tetap hampir setiap minggu. Ada beberapa ustazah yg di jemput untuk menyampaikan kuliah mengikut jadual masing2.

 Ada orang kata..kita adalah siapa orang yang disekiling kita dan siapa kawan2 kita..

Semalam ustazah kami..Ustazah Masirah hadir kesurau kami untuk menyampaikan/mengijazahkan kepada kami kitab bacaan yasiin mustajabah. 
Bacaan yasiin ini adalah sebahagian dari aktiviti kami. Sejak PKP ini banyak ilmu yang dapat dipelajari bersama guru hanya dengan memalui google meet.  Masa mula2 mengunakan gm ni agak kekok dan rasa tak puas.. lebih suka dan selesa belajar secara bersemuka..
Tapi bila sudah boleh bersemuka..rasa lebih selesa pula belajar melalui G meet saja. Tak perlu nak bersiap sedia dan keluar rumah..hihi


Ustazah Masirah dan kitab yang diijazahkan kepada kami..
alhamdulillah..

Peserta yang hadir terdiri dari rakan2 dan jiran setaman

Akk di sapa seseorang..bila berpaling terus dia bertanya “ ini pangkin nenek kan? Tergagap2 akk menjawap. yek! *Bluurrr sekejap sbb dah terlupakan blog sendiri..hehehe
“Ya Allah. kak..kenapa akk x menulis lagi..saya suka buka blog akk n baca cerita akk? 
Tergamam akk sekejap. ehh.. tak sangka pula ada yg berminat nak baca coretan akk di blog..
Terima kasih Rosyati sudi baca coretan akk. Rosyati pun suka juga baca coretan dari blog cahaya hidupku, kakcik Jauriah dan blog2 lain. Kiranya peminat blog mak2 lah nie..😘
Rosyati pun ada mention yg Blogger Khamsiah Yusof telah kembali kepada Penciptanya. Baru akk tahu..😢
Alfatihah..untuk  arwah..
 Wefi bersama Rosyati, Norhayati cahaya hidupku dan salah seorang sahabat kami..


Patuh SOP bawa sejadah sendiri dari rumah..

Dua orang makcik kat belakang tu..bz bersiap nak balik bila selesai majlis..

Terima kasih sudi membaca sampai habis..
Akk doakan semua sihat dan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah..aamiin

Tuesday, 13 July 2021

Serawa Machang

17 comments :
Assalamualaikum..
Akk nak share resepi serawa machang..resepi nie perkongsian dari seorang sahabat dalam group wassap mengaji akk..
Kami dapat buah macang..orang Johor panggil buah bacang kut.. pemberian dari Yati Isa  rakan blog merangkap jiran tetangga akk 😄
Pertama kali tahu yg buah machang ni boleh dibuat serawa sebagai pencuci mulut. Biasanya buah macang ni akk buat sambal belacan atau makan begitu saja..
Senang jer nak buat tak guna banyak bahan pun..
Cuma perlukan susu/santan kotak/santan fresh secukupnya, sedikit gula perang dan sedikit garam.
Jika suka guna santan kotak..tambah air secukupnya dan sedikit garam..panaskan. jika nak guna santan fresh..perah santan dgn air masak. Akk guna susu segar..senang dan cepat.
Potong kacil atau ikut suka cara mana nak potong buah macang. Campur semua bahan dalam bekas dan gaul sampai rata. Sejukkan dulu baru makan..dap.. dap..😋😋

Friday, 9 July 2021

Sup Mee Maggi Bodo-Bodo

7 comments :
Assalamualaikum..
Ini story semalam
Akk masak sup mee maggi bodo-bodo..
Lockdown ni malas nak ke mana-mana walaupun di benarkan keluar seorang. Bila betul-betul perlu baru akk keluar. Setakat nak buat sarapan pagi..apa stok makanan yg ada itulah rezeki kami..
Alhamdulillah..


 Akk guna 3 paket mee maggi. Rempahnya akk ketepikan x guna. Celor sampai lembut..bilas n toskan..



Tumiskan 2 ulas bawang putih cincang n masukan 2 cmt lada sulah dan 1 kuib pati ikan bilis. Masukan air secukupnya. Masukan batang daun bawang dan batang daun saderi. Dah mendidih perasakan garam dan masukkan telur sebiji sebiji. Kecilkan api supaya telor masak secara perlahan dan tak pecah..



Masukan mee maggi dalam mangkok tuangkan sup dan telor diatasnya dan tabur daun sup dan bawang goreng..


Selamat mencuba..

Makaroni Goreng Kampung

No comments :
Assalamualaikum..
Akk tunaikan janji akk nak share masakan Makaroni Goreng Kampung..
Idea tercetus sebab buntu nak masak apa hari ini. Hari-hari kan kena masakk..soo bagi gegar sikit pala nie bagi berhubung..hehe

Nampak sedapkan..memang sedap pun..😋

Rebus makaroni sampai lembut..

Kisar ikan bilis,udang kering, cili padi. Cili merah dan bawang putih. Agak-agak lah ye. Balance kan dgn banyak mana makaroni..

Kacang buncis dan daun bawang

Tumis bahan kisar..bubuh garam dan perasa.
Masukan makaroni..tumis hingga merata. Masukkan sebiji telur yg dipukul terlebih dulu dgn 1/2 cawan air. Masa ni kalau rasa makaroni belum cukup rasa masinnya..boleh tambah sedikit dlm bancuhan telor. Kacau sampai telor masak merata..

 Selamat mencuba..😋😊