*

Tuesday, 23 April 2019

Assalamualaikum..

Selepas solat subuh tadi tetiba terlintas di fikiran akk nak settlekan semua perancangan yang ada dalam fikiran akk. Salah satunya nak deactivkan semua blog akk. Taknak lah nanti tinggal sepi macam tu aje..

Bila buka blog baca komen kawan-kawan satu persatu..rasa terhibur pulak hati ini. Ada semacam rindu untuk melawat blog kawan semua. Selepas di selak satu persatu entry..rasa seronok membacanya semula walaupun ada kalanya ayat yang akk sendiri pun tak paham bila membacanya..hehehe
sedih pulak jika deactivkan..😢

Sejujurnya..masa sangat mencemburui di usia seperti akk. 24 jam masa yang ada seolah tidak berbaki. Jadi buat sajalah apa yang termampu..
Berbalik kepada hasrat hendak mendeactifkan blog tu..nampaknya tak jadilah. Cuma akk nak delete entry yang rasanya terover emosi..yang rasanya kut2 ada hati yang terluka atau terasa..
Atau apa-apa yang akk rasa tidak sepatutnya ia berada dalam entry tu..
Maafkan akk jika ada salah silap..samaada perkataan atau perbuatan..yang tersembunyi atau nyata. Kita hanyalah milik Allah..
yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah SWT..yang serba kekurangan datangnya dari diri kita sendiri..

7 comments :

  1. Waalaikumussalam kak rose,
    Alhamdulillah kak rose tarik balik tak jadi deactivate Kan..
    Rindu celoteh kak rose.

    Saya pun Minta maaf jika Ada Komen yg saya tinggalkan menyentuh perasaan kak rose.

    Ramadhan Kareem 💚 kak 🌹😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya rindu sangat nk menaip mcm dulu2. idea penoh kat kepala..hihi
      sesekali ulang membaca rasa terhibur jugakan yati..
      Ramadan Kareem Yati..

      Delete
  2. Saya pun pernah terfikir nak deactivated blog tp tak jadi. Bila baca balik tahun2 dulu punya kisah. Ada yg dah lupa apa berlaku hari tu tp sbb tulis blog jadi terimbau kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg x jadi nak deactivated. baca entry lama2 terimbau kisah lama. mana2 entry yg rasa x perlu boleh revert to draf..

      Delete
  3. Selamat kembali berblog Kak Rose. Mana-mana catatan yang rasa tak sesuai lagi dipaparkan, Akak tak perlu DELETE, cuma simpan sebagai BACK TO DRAFT je... :)

    ReplyDelete
  4. Bagus idea kakcik, jgn delete tapi jadikan draft. bolehla buat bacaan sendiri.

    Saya pun dah cuba kembali berblog sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. Thanks For.. Sharing Information...Your website is very nice..

    This is Sarkari Result From India.. Click Here To Open link and Get Your Latest Jobs, Admit Cards, Result, ANswer Key & many more.. thanks..

    Nice Site...............

    Sarkari Result
    Sarkari Results
    sarkariexam
    Sarkari Result 2019
    sarkariresult
    sarkari job
    sarkariexam result
    sarkari naukri in up
    rojgar result
    sarkari result in hindi

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..