*

Saturday, 27 July 2019

Matahariku

9 comments :
Assalamualaikum...
Morning walk ambil angin pagi..
Rasa segar badan dan pernafasan..dapat menghirup udara pagi yang masih segar..


Alhamdhulillah.. matahariku muncul lagi...
Sangat beryukur dapat melihat kemunculan matahariku setiap hari,
Kerana Allah masih sayang lagi..di beri lagi peluang untuk menginsafi diri...


Merenong matahari lama2 membuatkan hati merasa  gerun dan gementar, sayu dan hiba. Pemandangan yang hanya boleh di lihat sementara saja.. kerana bila2 masa saja Maha Penciptanya boleh menghilangkan pemandangan itu dari kita.. Subhanaallah..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud "Dan kepada akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain "
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )


Semoga Kau tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan ( jalan ) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula ( jalan ) orang-orang yang sesat. ( Surah  Al-Fatihah ayat 6-7 )



Nampak ranting kayu dah bersusun ni.. ada rasa nak bako ikan pulak, buat santapan tengahari nanti. Tapi bako dalam oven ajelah...hehe

Wednesday, 24 July 2019

Terapi Teknologi Jepun

7 comments :
Assalamualaikum..

Membaca blog kawan2 yang masih aktif berblog..akk teruja semula hendak mulakan mencatit aktiviti harian di blog ini..
Setelah sekian lama tidak membuka laptop..terasa canggong laa pula. biasalahkan..bila sudah tak biasa dengan benda yang bukan menjadi kebiasaan kita lagi..

Sejak kebelakangan ini akk rasa macam ada banyak masa dirumah. Sejak Mr.papa tidak berapa sihat kami dah mula mengurangkan aktiviti/kerja2 keluar kawasan. Soo..kami banyak habiskan masa di rumah saja. Kadang2 terasa boring pulak..
Sesekali bawa Mr.papa pergi hospital buat rawatan pun dah di kira hiburan juga..dapat keluar rumah dan jumpa orang ramai..hehehe 


 pinjam gambar en.google

Baru ni seorang kawan mencadangkan lagi kepada Mr.papa supaya pergi buat rawatan terapi percuma. Rawatan terapi percuma yang mengunakan teknologi Jepun yang diberi nama 'Pusat Terapi Dr Kiseki' . Sebenarnya cadangan ini telah lama di cadangkan. tapi kami buat endah tak endah saja.

Semalam beranikan diri pergi bawa mrpapa..kita try tengok camne. mr.papa kata takde rasa apa pun. Akk pun try juga memang tak rasa apa pun. Pekerja  terapi tu kata..kesan sampingannya nanti akan rasa sakit satu badan dan rasa mengantuk. Tapi kesannya buat beberapa hari saja dan kena teruskan rawatan hari2..

Masyaallah..betullah apa yang dia kata..kami merasa sakit dan lengoh satu badan..rasa macam nak pengsan. rasa mengantok toksah cakaplah..pantang letak kepala nak lelap..hahhaa 
Kebetulan nya akk ni susah nak tidor malam. ini lah jawapannya kepada  masaalah akak..


Tuesday, 23 April 2019

Rasa nak tutup blog

10 comments :
Assalamualaikum..

Selepas solat subuh tadi tetiba terlintas di fikiran akk nak settlekan semua perancangan yang ada dalam fikiran akk. Salah satunya nak deactivkan semua blog akk. Taknak lah nanti tinggal sepi macam tu aje..

Bila buka blog baca komen kawan-kawan satu persatu..rasa terhibur pulak hati ini. Ada semacam rindu untuk melawat blog kawan semua. Selepas di selak satu persatu entry..rasa seronok membacanya semula walaupun ada kalanya ayat yang akk sendiri pun tak paham bila membacanya..hehehe
sedih pulak jika deactivkan..😢

Sejujurnya..masa sangat mencemburui di usia seperti akk. 24 jam masa yang ada seolah tidak berbaki. Jadi buat sajalah apa yang termampu..
Berbalik kepada hasrat hendak mendeactifkan blog tu..nampaknya tak jadilah. Cuma akk nak delete entry yang rasanya terover emosi..yang rasanya kut2 ada hati yang terluka atau terasa..
Atau apa-apa yang akk rasa tidak sepatutnya ia berada dalam entry tu..
Maafkan akk jika ada salah silap..samaada perkataan atau perbuatan..yang tersembunyi atau nyata. Kita hanyalah milik Allah..
yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah SWT..yang serba kekurangan datangnya dari diri kita sendiri..