*

Wednesday, 11 October 2017

Nagoya dan Osaka day 1

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat semua..
Kali ini terajin nak update kisah jalan2 akak ke Nagoya dan Osaka..
Termasuk yang ini dah empat kali akak ke negara matahari terbit tuu..
Ada apa ye kat sana..macam tak pernah jemu rasanya..
Pada akak bila kesana..tak kiralah musim sejuk ke musim panas ke.. sama saja. Sama teruja rasanya...seronok merasai suasana yang tenang dan damai lagi selamat. Tiada masaalah pengangkutan..tiada jem..tiada hiruk pikuk..tak buang masa..semuanya on time..
Apa yang penting kena disiplinkan diri..ikut peraturan dia. Boleh jer jika tak nak ikut peraturan n buat bodoh jer..tak siapa pun yang akan tegur kesalahan kita..tapi dari pandangan mereka dan bahasa badan mereka.. membuatkan kita rasa bersalah dan merasa malu..

kisahnya..
tak payahlah nak cerita sangatkan..anak akak ni memang kerap ke Jepun. adalah urusanya di sana..
Jadi.. dia ni mahirlah sikit mengoogle..hihihi, tempat-tempat kat sana..naik pengangkutan apa..tinggal kat mana..semuanya di hujung jarikan. Paling penting seboleh mungkin dekat dan seboleh mungkin murah dengan lokasi tempat yang nak di tuju. Biasanya dia akan pilih lokasi tempat tinggal yang dekat dengan event yang dia akan attend..
Kali ini dia akan ke Nagoya. Memandangkan akak belum pernah kesana..teringin juga nak ikut sama..
Nagoya sebuah Bandar yang disebut sebagai Nagoya-shi..adalah bandar ketiga terbesar dan keempat paling ramai penduduknya yang tinggal di kawasan bandar di Jepun..

Kami tinggal di sana selama 4 hari 3 malam. Tak banyak tempat lawatan yang kami kunjungi..hanya beberapa shopping Mall..station TV ..Nagoya Tample dan Nagoya Castle. Perjalanan yang jauh membuatkan pergerakan kami terbatas , tambahan pula dengan jadual masa event anak akak yang agak dekat..kesuntukan masa..

Dari KLIA2 kami ke Kansai Airport. Dari Kansai Airport kami tidak terus ke Nagoya..tapi kami singgah dulu ke satu outlet ni.. tak sah kan bila datang ke Osaka kalau tak singgah ke Rinku Premium Outlet. 
Kerana tak kuasa nak mengheret bagasi yang sarat barat..kami membuat keputusan untuk menyimpan bagasi kami di kaunter penyimpanan bagasi. Memang ada di sediakan locker untuk menyimpan bagasi dengan bayaran 600yen sehari. Nasib kurang baik semua locker sudah penuh..jadi kami mengunakan khidmat menyimpanan bagasi dikaunter penyimpanan dengan bayaran 620yen. tapi boleh simpan sekali beg-beg sampingan lainnya.. 


berehat sebentar di Kansai Airport sambil bersiap2 apa yang patut dibuat..sebelum memulakan perjalanan seterusnya..

 makanan yang di oder dalam flight tak di usik..jadi lah ia sarapan pagi akak..

...bersama susu yang di beli di Family mart..

selesai sarapan.. kami naik bas dari Kansai Airport ke Rinku Premium Outlet dengan bayaran 200yen sehala..perjalanan tak sampai pun 20 minit..


 giler giler murah..










 
 letih berjalan kami mengopi di Rinku Premium Outlet..

Selesai shopping kami patah balik ke Kansai Airport..ambil bagasi dan naik train pula dalam 40 minit gitu ke Osaka Station. Tiket train ni anak akak  beli secara online.. harga dalam 1130yen sehala. Tak nampak pulak kaunter tiket kat situ..
Naik train ni bukan main naik aje..no tiket dengan no tempat menunggu/naik kena sama. tersalah naik boleh jadi sesat barat jadinya nanti..hihi




Sampai Osaka Station kami singgah makan di satu restoran halal. Restoran Tempura Hategen..lebih kurang gitulah namanya..lupa pulak dah.
 bestnya tempura kat sini..dia masak panas2 dan hantar satu persatu. udang dan sayurnya  pula fresh. 
Salah satu tarikan pelancong datang ke Jepun mungkin kerana makanannya. Tapi nak cari makanan yang hahal tu yang banyak cabarannya. harganya pun boleh tahan mahalnya.
 set tempura yang kami makan ini berharga 1800yen satu set..

ini rakan travel kami..





lepas makan baru nampak ceria sikit muka..hihih
kami meneruskan perjalanan ke Nagoya dengan menaiki Bas. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Tambang bas 1500yen. Nak dapatkan tiket yang murah kena booking online sebulan sebelum perjalanan. sebulan you! Kat Jepun ni kena rancang dulu sebelum buat apa apa kot!..
3 jam punya perjalanan..sempatlah akak tidor..zzzzzzrrr


 sementara tunggu bas sampai..berwefie dulu..


 naik bas pun dah mcm naik kapalterbang..luas lapang selesa..senyap sunyi walaupun penumpang penuh. terjaga  bila ada pengumuman di setiap station..

sedar2 dah sampai Nagoya station..

apa ada kt Nagoya..nanti akak sambong ye..

8 comments :

  1. Seronoknya Yon boleh bercuti kerap kesana. Tumpang happy...

    ReplyDelete
  2. amboiii smpi 4 kali u... kali ke 5 nnt ajak saya tau sy nk pegi jugakkkkk ;-)

    ReplyDelete
  3. btw kak tunjuk laa siket gambar kedai kain Nagoya kat sana hahahahaha

    ReplyDelete
  4. selamat bekerja sambil melancong. huhu

    ReplyDelete
  5. Salam KY.... lama tak menulis?
    Seronoknya dapat pergi negara orang. Saya ni tak taulah bila murah rezekinya nak berjalan KY hihi ....Yelah ek, nak pergi tempat orang ni tak boleh main redah je....semuanya kena plan betul betul.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..