*

Friday, 2 June 2017

masak ketam pecah telor

Assalamualaikum..

Salam ramadhan kareem hari ke 7
Ramadhan kali ini akk menahan nafsu dari mengunjungi bazar ramadhan dan menunjuk lauk pauk dan juga kuih muih. Sesekali en. Papa pergi juga mencari kuih muih feveret dia. Akk setakat buat bubur, agar2 pun takpe..tak habis boleh simpan dan boleh ulang2 makan. Nak buat kuih pun setakat nak mkn 3 orang tak berbaloi rasanya. Lauk pun masak masakkan yang  ringkas. Mungkin faktor usia yang menyebabkan kurangnya kegairahan menyediakan juadah untuk berbuka puasa seperti tahun sebelumnya..
Hari pertama Masak menu ringkas...daging salai masak lemak cili api. Bunyi macam banyak kerja jer nak menyalai daging bagai..salai dalam periuk pemanggang ajaib jer..sekejap dah masak. Tapi taklah sama rasanya macam di salai atas api/arang..
Menu kedua masak sambal  udang petai dan goreng pisang. Harga udang pun...masyaAllah jauh bezanya dgn harga dulu.. hampir berganda. Bukan udang sahaja..petai pun. Pendek kata semua barang keperluan harian kita naik mencanak..
Anak kedua pulak balik nak berbuka bersama..bertambah lagi dua menu.Nora bawa menu  masak ketam pecah telor yang maveles, ikan kerisi goreng dan lempeng pisang..
meriah sikit meja makan kami dengan hidangan yang berbagai untuk berbuka puasa..jika tidak hanya kami bertiga saja..setakat ala kadar saja..syukur alhamdhulillah..





Menu masak ketam pecah telor.. masak ala ala masam manis dipecahkan telor yang maveles ini menjadi tarikan utama masa berbuka..serius akk kata memang sedap. Bila akk masak nanti akk share resepinya yeee..

lempeng pisang. pergh..sekejap dan sapan..manakan tidak menjadi feveret semua orang..
yang dalam bekas tupperware tu semua menu dari Nora. Bila kemalasan melanda..nak tukarkan bekas  pun dah jadi masaalah. biarlah dalam bekas tu..tak banyak nak basuh pinggan mangkok kan..hehehe

9 comments :

  1. fuhhhh pepagi dah tunjuk makanan ye kakkkk ;-)

    ReplyDelete
  2. Hihihi..puasa takkk..😘

    ReplyDelete
  3. Yalah kak yon ...sama lah macam saya kalau dah bertiga je masak seadanya je ...kuih2 boleh beli seketul dua.
    Nampak sedap juadah2 berbuka kak yon.

    ReplyDelete
  4. sedapnya hidanga berbuka walau simple saja

    ReplyDelete
  5. Ketam pecah telur ni memang feveret anak sulung. Saya suka campur sekali dengan lemak2 ketam dalam kulit dia tu.

    ReplyDelete
  6. oo tak pernah buat resepi camni, nak cubalah

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya maaf zahir batin KY. KY...mana entri Raya ni? Ni dah Syawallah KY hihi...

    Betul sangatlah tu KY, membazir tenaga jer buat kuih sendiri, mmg cantik sangatlah cari kat pasar Ramadhan.

    Menarik jugak resepi ketam tu. Nak try buat jugaklah nanti.
    Lempeng pisang tu pun faveret husband saya tu KY.

    ReplyDelete
  8. anak pun pandai masak..mesti mewaris dari maknya. Hehe.

    ReplyDelete
  9. waduhhh lapo sy tgk ni

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..