*

Monday, 3 April 2017

Trips ke Sapporo

Assalamualaikum..
Beberapa hari lagi..insyaAllah akak akan mulakan perjalanan/percutian ke Sapporo. Nak kata bercuti..takkan bercuti sampai 2 3 kali setahunkan..lebih tepat akak suka pergi jalan2 melihat tempat orang.. ; )
Kami 3 beranak sahaja yang pergi. Akak, anak perempuan akak dan cucu akak yang pergi, En Papa tak teringin nak pergi..tak tahan sejuk..katanya..
Lagipun kami baru saja balik dari Spain beberapa minggu lalu..
Perghh..banyak entry jalan2/melancong akak tertanggoh tak berupdate..terperap dalam draft jadi pekasam. Kalau ikan pekasam takpe juga..makan dengan nasi panas tentu maveles jadinya..
Trips ke Europah separoh jer entrynya..Italy pun sama. Trips ke Medan, Chiang Mai, Osaka dan Spain belum nampak bayang untuk dipubliskan. Kekadang rindu pada masa lalu..boleh adakan masa update blog hari2..ada masa blogwalking baca perkembangan cerita rakan bloggers. Saling wajib ziarah menziarahi sesama blogger yang kenal rapat di maya. Laa ni macam dah lemau rasanya..macam dah tak kecukupan masa untuk buat semua tu..mungkin juga faktor usia kut..hihih
Berbalik pada tajuk entry yang kami akan ke Sapporo..kami pergi sendiri..tidak mengunakan khidmat travel agen seperti kebiasaan akak buat bila nak travel. Anak akak ada
urusannya di sana..jadi akak pun ambil peluang ikut dan dia pun nak bawa anaknya jalan2 sekali..
Mesti ada yang tanya, tak penat ke akak ni..dengan usia yang dah warga emas ni asik berjalan ajer..
Alhamdhulillah..akak rasa lebih sihat dapat jalan2 melihat negara orang..kurang rasa stress..

Bila sebut bab jalan2 ni perkara penting yang di ambil kira ialah membawa pakaian sesuai dengan musim negara tersebut. Bagi akak jika pergi ke negara musim sejuk..akak tak perlu bawa banyak pakaian. Badan pun tak berpeloh..jadi baju boleh di pakai berulang kali. Tips dari akak ye..bila akak pergi melancong akak akan bawa baju yang lama2..yang agak2 taknak dipakai lagi..tak kira lah pakaian dalam ke..kain ke..bukan ada siapa yang nampak atau tahu kerana dah diselindong dengan pakaian sejuk kita. Bila balik nanti pakaian tu terus buang..boleh ringankan kilo bags kita..dan ruang yang dah kosong boleh diisikan dengan ole ole yang di beli disana. Jadi takdelah bags tu beranak pinaks...hahaha

Tak tahulah orang lain..bagi akak kena ada senarai semak benda yang kena dan wajib bawa. Kalau negara yang susah dapat makanan halal..ofkos kena bawa bekalan makanan secukupnya..
Lagi pun susah tercari2 kedai yang halal dan membuang masa saja. Nak2 jika pergi dalam kumpulan yang ada anak kecil. Cara akak..bawa bekalan makanan dan masak di bilik lagi selamat.
Ikut sajalah senarai semak yang kita dah buat..jika boleh kurangkan..kurangkan. Lagi ringan beg lagi bagus..

Untuk menjimatkan ruang
pakaian semuanya di kompres. Satu persalinan satu kompres..senang nak ingat/tahu berapa persalinan yang kita bawa n untuk berapa hari kita perlukannya..

Bekalan wajib bawa untuk sarapan pagi secara segera...

menu 
Pak Brahim juga wajib ada. Di Jepun ada jual nasi segera di setiap minimarket mereka.
Rendamkan  Pak Brahim dalam  air panas..pastu siap dah boleh makan..
Selalu akak masak air panas dalam ricecooker..baru rendam kan Pak Brahim, tapi baru2 ni masa pergi Spain akak dapat satu tips dari salah sorang peserta. katanya..rendamkan saja dengan air panas dari paip sinki..kerana kadang2 di bilik hotel tidak ada kettle untuk memasak air panas..
boleh ke gitu..

 
Handwarmer  juga penting..terutama untuk kanak-kanak yang tak tahan sejuk. Masukan saja kedalam poket baju.. ia berfungsi menghangatkan  badan di sebalik pakaian panas kita..
Nampaknya cuaca macam okey saja..tak perlulah bawa baju yg tebal sangat. Tapi kalau nak selamat bawalah sehelai yang tebal..manalah tahu cuaca itu cuma ramalan..boleh berubah bila2 masa mengikut kehendak Allah..kerana
Yang lebih berkuasa itu Allah..


10 comments :

  1. Bestnya pergi bercuti. Eh tips2 tu sangat bagus la tak pernah fikir nak pakai baju lama yang kemudian nak dibuang..ermmm saya sukaaaa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..skarng bju lma semua akk simpan.terutama tshirt.bawa handsok jer..hihi

      Delete
  2. Kagum ngan aunty still gagah berjalan2. Tingin nak pi sopporo satu masa nnt. Happy holiday aunty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdhulillah..selagi kaki masih kuat melangkah..aunty terus berjalan2..

      Delete
  3. Saya pun suka melancong kak yon. Banyak ilmu yg kita dpt bila tengok negara orang. Tips yg kak yon beri blh jadikan panduan. Terima kasih kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sèlagi masih kuat kudratkan Zai.ye Banyak ilmu yg kita dpt dri perjalanan jauh kita. Pertama sekali tahap menguji kecergasan kita..

      Delete
  4. bagus kak rose masih gagah bercuti. harap boleh peluang itu utk mak ayah saya

    ReplyDelete
  5. Seronoknya KY bercuti lagi. Jangan lupa kongsi peristiwa disana.

    ReplyDelete
  6. Ohh ke Sopporo rupanya.
    Yelah KY....saya kagum dengan KY ni, badan steady jer walaupun turun naik flight. Bukan dekat dekat punya tempat... Tak penat ke duk dlm flight KY?

    Bagus jugak tips tu ye KY, dah tentu luar tu kita ada baju sejuk nak cover. Dalam pakai singlet jer pun boleh haha...

    ReplyDelete
  7. ooo x dan tgk sakura ke kak?

    brahim tu mcm dah wajib kalu nk berjalan negara yg ssh nk cari resto halal ni... tu jg yg memberatkan luggage ;-)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..