Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu kawan semua. Cuti lama ni awak2 semua pergi mana? Pergi bercuti..balik kampung..ada kenduri kendara, tak kisahlah apapun aktiviti semasa hari cuti.. janji masa cuti tu di isi sebaik2nya bersama keluarga tersayang..
Cuti panjang kali ini akak tak kemana2..kerana akak telah menerima tempahan marhaban sepanjang musim cuti kali ini..
Jadinya masa yang ada terluang ini akak ambil kesempatan berkemas2 rumah. Selongkar segala laci dalam bilik bagi longgar sikit..kalau tak padat jer susah nak buka katup..hihihi
Banyak bende yang akak hadiahkan pada en tong, hampir2 termasuk yang ini juga.
4 keping pasport malaysia..1 pasport saudi ..yelah mestilah pasport malaysiakan, buatnya pasport akak dari Italy ke..harus nama akak bukan kakyon..hehehe
Pasport oh pasport..segala perjalanan akak tercatat di dalam tu. Bagi yang suka mencatit perjalanan mereka dalam blog atau apa saja..bolehlah mereka ingat tarikh perjalanan mereka..bagi akak yang dah kureng rajin mencatit ni..pasportlah sebagai bukti catitan perjalanan akak..
Dah masuk dalam tong sampah.. tetiba teringat..sayangnya jika di buang. Semuanya ada tercatat didalam pasport tu disetiap perjalanan akak ke destinasi pelancongan yang akak pergi. Akak ambil semula dan belek2 mengira berapa kali perjalanan sepanjang 23 tahun ini bermula dari tahun 1994 hingga ke tahun 2017..
Perjalanan jauh pertama yang akak tempohi * jauh le sangat rasanya masa tu kan..tambahan pula baru pertamakali naik kapalterbang..
Ketaq juga lutut sampai mercik peloh jantan akak..
Sampai pasport tu tamat tempoh akak tak kemana pun..satu pasport untuk sekali perjalanan...hehe
Lepas 8 tahun berlalu..sekali lagi mengulangi perjalanan jauh lagi.. dalam masa yang sama akak
dengan gigih mewujudkan tabung pelancongan. Setiap lebihan belanja bulanan akak, akak simpan di akaun lain. Minat melancong sudah meresap dalam diri..
Walau apa pun yang akak buat..KEWAJIPAN menjadi keutamaan akak..
Ziarah Umrah pertama akak pada tahun 2003..menyusul pula pangilan haji pada tahun 2004. Tapi akk mohon di tunda ke tahun hadapannya kerana ingin menguruskan perkahwinan anak akak terlebih dahulu..
Sebelum melancong kemana2.. akak menyimpan impian untuk ke Mekah menunaikan ibadah haji terlebih dahulu..
Pasport Arab Saudi semasa akak ke Mekah menun aikan haji. Dua tahun akak pergi tau.. ;) dari tahun 2005 hingga tahun 2006..hihihi
Tidak semua orang dapat peluang sebeginikan.. ;)
Renew sepanjang tahun..alhamdhulillah..
Ada belen2 lagi ni.. nak kemana pulak ye..
Ingin menghabiskan sisa usia bersama my kesayangan ..
InsyaAllah ingin ke mekah lagi jika di beri keizinan Allah..aamiin
Memorable items ni kak
ReplyDeleteTulah Anis..
DeleteSayang pulak dah items ni
BANYAK JG PASPOT KY TNDA DH JAUH BERJALAN
ReplyDeletePaling kerap satu pasport ada 3 chop Paridah
DeletePaling kerap satu pasport ada 3 chop Paridah
DeleteBanyak passport kalau semua bercop, takpa juga KakYon. Saya ni ada juga satu passport, guna dua, tiga muka surat aje. Memang jarang berjalan jauh dek macam-macam sebab. Anak kecil lagilah, nak ke mana semua pun suami perlu visa. Takut naik kapalterbang pun satu hal juga ^_^ Tengoklah nanti ada ke tidak peluang nak dating berdua-duaan jauh-jauh!
ReplyDeleteAda peluang ni, memang bestlah kak dapat jalan-jalan dengan insan tersayang. Dok rumah aje pun nak buat apa...
Akk pun lepas anak2 dh habis belajar dn kawen semuanya dn sekeoas buat haji..baru sakan jalan jauh2.dh tkde tangongan..
Deletebanyak kenangan pasport ni kan
ReplyDeleteBenda yg kta sayang ttp jdi kenangan
Deletenyk berjalan tuuuu... impian sy nk penuhkn passport tu tanpa renewal ;-)
ReplyDeleteWaw..hebat tu Anies..moga tercapai impian Anies :-)
DeleteWaw..hebat tu Anies..moga tercapai impian Anies :-)
DeleteAlangkah gembiranya sekiranya saya dapat diberikan kesempatan untuk membuat umrah bersama suami. Faktor kewangan buat masa ini sangat ketat - dengan komitmen kereta, rumah dan bayi yang baru dilahirkan. Doakan saya dan keluarga dapat mengumpulkan sedikit wang saku untuk perbelanjaan umrah kami ya.
ReplyDeleteInsyaAllah Nisa..impian yang baik Allah ceoat tunaikan.akk pun dulu simpan impian cukup usia 50 nak buat haji dulu baru yg lain2. Alhamdhulillah..terbakbol doa akk..
DeleteAssalam kak yon..jgn di buang simpan sbg kenangan
ReplyDeleteWasalaam..kann
DeleteWasalaam..kann
DeleteThn 1994 dah start travel? Thn tu Jm belum habis belajar 😬
ReplyDeleteKak yon mmg kaki jalan ni kita boleh geng eheeh
ReplyDeleteTulah..masa kecik selalu mak marah..kakyon ni kaki menjongkit..haha
DeleteTulah..masa kecik selalu mak marah..kakyon ni kaki menjongkit..haha
DeleteMau tak banyak pasport kalau dah berjalan dari tahun 90 an KY.
ReplyDeleteTak pe KY...apa salahnya, ada kemampuan kudrat dan duit. Bila lagi kita nak merasa ....tak gitu?