*

Monday, 3 April 2017

Buah tangan dari majlis kawen

Assalamualaikum..
Setiap minggu ada saja majlis perkahwinan yang akak hadiri. Setiapkali pergi tentu ada saja buah tangan dari majlis kawen yang di bawa balik..
Tapi bukan semua buah tangan yang menepati ciri kesukaan kitakan.. Buah tangan dari tuan rumah kan ikhlas dia nak bagi apa..kita terimalah dengan rasa besar hati..
Cumanya..biarlah buah tangan itu yang memberi menafaat kepada penerimanya. Kalau takde pun takpe rasanya. Tetamu ikhlas hendak bersedekah kepada tuan rumah tanpa mendapat balasan apa apa. Agaknya sebab dah terbiasa dengan adat ikut-ikutan..membuatkan tuan rumah seolah terpaksa mengadakan buah tangan tersebut. Alangkah baiknya jika wang sumbangan dari tetamu di gunakan sebaik mungkin untuk perkara yang lebih penting..

Beberapa hari lalu..dalam sibuk berkemas beg pakaian yang akan di bawa melancong lagi di tahun 2017 ini..akk terperasan paket paket ubatan akak selalu berterabur di dalam poket beg pakaian atau pun didalam bag tangan. Akak terfikir kenapa tidak di masukkan kedalam beg kecil supaya nampak cantik, kemas, tidak berterabur dan menunjukan barangan itu sama penting dengan barangan yang lain..

Semalam kami menghadiri satu majlis perkahwinan. Nak tahu apa buah tangan dari majlis kawen yang akak dapat dari  tuan rumah..
Sebuah beg uncang yang sangat cantik..dan beg uncang inilah yang akak bayangkan untuk di isikan paket ubatan akak semasa berkemas tempoh hari..
Tapi terfikir fikir masa itu..dimana hendak ku cari...
Alhamdhulillah..rezeki itu luas..dengan belbagai cara Allah nak beri..
Bersyukur sangat dan kegembiraan itu milik Allah..
Akak gembira sangat..

Selepas di simpan dalam beg uncang tu nmpk kemas dan lebih bersemangat nak makan ubat. Taklah rasa malu waktu membuka paket ubat kerana makan ubat n suplement di public..

Sebelumnya..beginilah rupanya..


Comel jer rupanya..boleh disimpan dalam begtangan juga.
Bila kotor boleh di cuci kerana meterial dari bahan kain koton..


Terimakasih kepada tuan rumah..buah tangan ini sangat bermenafaat buat akak..
Alhamdhulillah..

25 comments :

  1. Cantek uncangnya tu kak yon.
    Samalah macam saya ,kalau nk pergi mana2 mesti ubat dulu standby.
    Selamat bercuti kakyon...semoga berbahagia dgn percutian .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum kemana ubat tmpt pertama dlm list brg yg di bawa..😅

      Delete
    2. Sebelum kemana ubat tmpt pertama dlm list brg yg di bawa..😅

      Delete
  2. Cantik uncang tu..
    Makchaq kalau pi kedai dekat2 rumah, kadang2 bawak uncang macam ni jugak, senang nak bubuh duit sikit2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis ini rasa selesa dibawa kan makchak..

      Delete
  3. Dalam banyak-banyak 'buah tangan' yang kakcik terima dari majlis kahwin, buah tangan yang paling kakcik suka adalah bekas yang agak besar yang boleh isi lauk atau sayur yang telah dimasak...Alhamdulillah.

    Ada dia antara ubat KY tu, sama macam ubat yang kakcik makan setiap hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat penyakit 2 serangkai ler tu ye kakcik..hehe

      Delete
  4. Macam mangok tepen kan Kakcik Nur..
    Sya pun ada dapt x pernah pulak gunakan..

    ReplyDelete
  5. Semua oran komen pasal uncang. Tak ada pun nak tanya kak yon sihat ke tidak.

    Jangan lupa makan ubat wahai kan yon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdhulillah..akk sihat..

      Delete
  6. Banyaknya ubat KY. Semoga sihat sejahtera selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak..sebeban mala..hehehe

      Delete
  7. CANTIK UNCANGNYA TU XMALU NK TYNG WALAU PENUH UBAT DLMNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..tayang yg lawa2 saja..

      Delete
  8. Cantik pula uncang tu Kak Yon..
    Tak perasan ubat kan ..
    Bermanfaat lah benda tu pada akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka beg nmpk benda positif..semangat sikit. Bila nmpk ubat jer terus rasa down..

      Delete
  9. Nak bercuti ye kak, tapi kesihatan nk kena jaga juga, kalo sakit kang tak seronok plak nk jalan2.
    Selamat bercuti kak, ditemani oleh uncang kuning comel ada ubat di dalamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman yg sentiasa menemani dikala sakit..itulah ubatan..haha

      Delete
  10. Sekarang kalau pegi kenduri kawen, kalau tak dapat buah tangan macam tak sah.

    ReplyDelete
  11. Dah jadi adat ikut ikutan. Kekadang ada jajan. Bukan ke jajan itu makanan tidak sihat..

    ReplyDelete
  12. Teringat dulu dulu kalau gi kerja kawen, dapat telur sebiji bungkus guna tisu. Pintal pintal dua dua hujung lepas tu ikat.

    Zaman ni tak jumpa dah.... Dah tukar satu beg kertas. Macm mcm isi dalam.

    Mcm kat syurga ye KY, terlintas dalam kepala tup tup terus dapat hihi...
    KY ni kan asyik berjalan jer, nak ikut ar....

    ReplyDelete
  13. banyaknyer obat2 mkcik rose tuuuhh., ;p

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..