*

Monday, 20 February 2017

Pizza di Red's Corner

Assalamualaikum..
Semalam sebelum model ky.. *gambar yang kat bawah tu* balik kerumah Daddy nya..dia request nak makan kentang goreng yang "sedapppp sangat!...katanya. 
Restoran yang ada jual kentang goreng yang sedap dan tahan lama keranggupnya hanya ada di Red's Corner..
Jadi jam 6 petang kami pergi..kiranya nak dinner awal lah. Kononnya semasa orang belum ramai. Selalunya setiap kali ky lalulalang sebelah malam sentiasa ada ramai orang. Tapi kali ini suasananya lebih ramai dari biasa. 
Bila kami masuk..seperti biasa staff yang sangat mesra dan peramah mempelawa kami duduk di lokasi paling sesuai untuk kami berempat. 

"terimakasih pakcik datang lagi..ini kali kelima pakcik datang! " wahh..terkejut kami..begitu perihatin staff di Red's Corner sampai boleh ingat kami datang kali keberapa. Staff tu pun ingat apa makanan dan minuman yang selalu kami pesan.. :)

" ramai orang hari ini ?
- siang tadi masuk TV3 Kak..JJCM..
" oowh yeke, tapi hari tu ada nmpk buat shooting..dah dekat sebulan rasanya..
- ikut giliran kak. lepas ni kami buka awal.. jam 4:petang kami dah mula beroperasi. 

jadi sesiapa yang nak menikmati kelazatan dan keenakan Pizza yang di bakar dengan kayu..mcm dapor orang dulu2..bolehlah datang ke Shah Alam..
bukan pizza saja.. menu lain pun ada..

 kentang goreng dia sangat ohsem..
biasanya fries mekde ke.. kepsi ke.. cepat lemaukan. tapi Red's Corner punya.. sampai  habis sebekas model tu makan masih lagi krispi..

teh o ice lycee dah jadi feveret ky..

setiap kali datang inilah menu pilihan en. papa..chicken chop grilled..

 pilihan mak model..haruslah banyak cheese nya..


ini pilihan nenek model..dah makan sampai 5 kali masih tak jemu2..
tengah menaip ni pun..terbau kewangian pizza yang baru keluar dari dapor kayu dan terasa kelazatannya kat tekak nie.. 


25 comments :

  1. Pizza dia nampak menariklah KY
    Warna dia putih tak macam biasa kuning kan..

    Hero KY comellah macam hindustan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok pun dh berselere Zakie..
      haah..ala2 hindustan gitu..;)

      Delete
  2. Assalamu'alaikum KY,

    Kebetulan kakcik tengok JJCM semalam (selalunya memang tak tengok). Bila tengok pizza ni memang tergoda sangat, cuma tak tahulah ada rezeki atau tidak hendak ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlah kakcik..boleh jumpa kat sana..dekat dgn rmh ky..

      Delete
  3. sedapnya pizza... smlm tgk JJCM mkn pizza jg ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pizza ni lain dri yg lain Anies..harus di cuba..sedap..

      Delete
  4. amboi sedapnya pizza. mesti cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus hanah..tambahan ownernya orang kita..

      Delete
  5. tgk dia bakar pizza.. ya Allah.. sdapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan normi..wangi je baunya..

      Delete
  6. Saya pun tengok juga JJCM tu kak yon....wah kak yon dah rasa ya pizza yang dibakar dengan kayu tu ya.Pasti rasanya lain kan dibandingkan pizza2 biasa.

    ReplyDelete
  7. sedaptu makan pizza di tempat terkenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana kesedapannya itulah yg buat dia jadi terkenal..agaknya lah PI.. :)

      Delete
  8. masak guna dapur kayu mcam orang dolu2 memang lain macam sedapnya. ada lagi yang guna ya. patut boleh masuk JJCM. teringin nak try kalau dekat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kayu yg di gunakan pun bkn kayu biasa yg selalu kita guna dulu2..nmpk special kayu tu..

      Delete
  9. Seda[pnya tengok..bila la nak boleh merasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak cawangan rasanya..boleh lah try Mala..

      Delete
  10. waaaa tengok pun macam sedap je ni kak, belum rasa lagi hehe.
    saya singgah dan follow akak ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok pun dh rasa sedapkan..apatah lagi dpt merasanya..hihi
      tkasih..insyaAllah ky follow balik

      Delete
  11. Hihi....kalau tengok gambo tu, pizzanya nampak mcm tak berapa attractive ye KY. Mcm tak banyak isi. Tapi yelah yg specialnya sebab dapur yg membakarnya sampai penulis blog ni terbau bau aromanya lah hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. try dulu Anom..jgn sampai nnti nak sebut domino's pun dh lupa...hihihi.

      Delete
  12. Sedapnya pizza dia, warna putih tk penah tengok camtu. Kalo ke shah alam kena cari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus cari azimah..kesedapannya sampai menjilat jari..

      Delete
  13. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..