*

Tuesday, 7 February 2017

masakkan kulit lembu

Assalamualaikum..
Sementara tengah bersemanagat  nak updet blog nie..updetlah apape stori pun..boleh jer kan...hehehe
baru balik lepak dengan my bff..yang ky kenal sejak tahun 80an..
kami lunch sesama..lunch cara warga mas kan..mestilah cari menu yang seangkatan dengan usianya kannn..gagagaga
kalau makan yang western karang..macam tak menahan laaa pulak selera makcik ni..hihih

 nampak tak kulit lembu yang kenyal tu..sungguh ohsem

ini hidangan my bff

 hidangan ku..kulit lembu tambah masak lemak pucuk ubi dgn tempe..


Beberapa minggu lepas my bff ni ceritalah  yg dia makan kat satu kedai makan yang ada jual masakkan kulit lembu dan masakkan tradisional lain. ky minta dia bawakan ky pergi kekedai itu..kerana ky teringin nak makan masakan itu.
beberapa kali berjanji..tapi tak jadi-jadi...
Maka di takdirkan hari ini tanpa di rancang kami pun pergi. memang betul lah apa yang di kata my bff. menunya banyak..masakkannya pun sedap. kena sangatlah dengan selera akak ni ah..
Paling suka masakan kulit lembu yang ohsem. susah nak dapat kat mana-mana kedai makan..setakat inilah..
harus di ulang lagi untuk merasa setiap masakan yang ada di sana..hahaha
akak pun tak ingat nama kedai tu. kiranya kalau dari kelang nak ke pekan Meru, sebelah kiri..ada masjid bumbung warna hijau, masuk lah..kedai tu kat tepi masjid..


21 comments :

  1. penah mkn / try sekali je tu pun sbb tersinggah kenduri kawen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya orang jawa yg pandai masak masakan tu Anies

      Delete
  2. Baru nak tanya apa nama kedainya bonda..
    Dah lama tak mkn sambal tahun kulit lembu..
    memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan dia mcm sambal taunlah Yati.yg hiasa mkn pasti kata sedap.kalau akk pergi lagi nanti akk updet nma kedai ye..

      Delete
  3. uih tak pernah dengar apatah lagi makan kulit lembu. serius boleh makan yer kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul boleh mkn Ain. Sama mcm gulai urat keting.rasa dia sama..

      Delete
  4. Replies
    1. Pada akk memang sedap sangat..

      Delete
  5. Betullah KY bukan semua org pandai nak membersihkan kulit lembu
    Tempat kakak kalau hari korban biasa yg suka ambil kulit lembu ni org Indon. Dari kulit tipis tu tak tahu macamana boleh kembang jadi macam urat keting gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah Zakie..yg pandai mkn kulit lembu pun yg keturunan jawa. Kulit tu bila dah di bersihkan dan direbus dia jadi kembang..

      Delete
  6. Mrs. A pernah la makan perut lembu kulit tak pasti ler pulak pernah ke idok hiks! kekadang Mrs. A nimain bedal aje nama makanan pun tak tahu. Pernah termakan landak ingatkan daging ayam biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Landak, tak pernah mkn Mrs.A. Kulit lembu ni susah dpt..dpt mkn wallah..sedapnya kemain..

      Delete
  7. Pernah sekali makankulit lembu..sedap rasanya walau digoreng biasa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya diarang masak sambal tahun..makan lauk tu sejenis pun dh cukup..

      Delete
  8. Oh....masak lemak pucuk ubi itu sangat menggoda... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembut pucuk ubinya kakcik..wwangi bau tempenya..

      Delete
  9. sedap ek kakyon? saya belum pernah cuba lagi kulit lembu

    ReplyDelete
  10. Hihi...yg tak berapa nak makcik ni pun terliur jugak tengok gulai kulit lembu tu KY.
    Seronoknya jumpa BFF sambil makan makan ah....Bilalah pulak nak ke area Klang - Meru tu huhu

    ReplyDelete
  11. saya memang suka makan kulit lembu.
    kampung saya kita panggil belulang.
    sedap.

    ReplyDelete
  12. my arwah abah suka kulit lembu ni . saya pun suka kak yon . kenyal je bila kunyah ...

    ReplyDelete
  13. perut lembu pun sedap kan
    buat kerabu..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..