*

Monday, 6 February 2017

kuih keria sira gula melaka

Assalamualaikum..
Kenapa ye sekarang ni malas sangat nak update Blog.  bukan takde cerita yang nak di kongsi bersama kawan2..tapi ntahlah. Selain sibuk dgn urusan harian yang entah bila nak habisnya..kadang-kadang ada hal lain-lain pulak, rasanya dah tak boleh nak update blog sambil-sambil macam dulu. Jika ada kelapangan kena terus fokus update. bila lama sangat simpan cerita tu sbb terlupa nk update.. makanya segala cerita tu cuma tinggal kenanagan utk diri sendiri. KATA nak jadikan blog ni sebagai dairy aktiviti harian..untuk di baca olih anak cucu kita bila kita dah takde nanti..huhu
Agaknya ada tak rakan bloggers  mcm akak ...hehehe
Okeylah.. jangan banyak bebel makcik..

Akhirnya dapat juga akak merasa makan kuih keria sira gula melaka yang tular di maya. terimakasih buat anakmenantu yang membawa ole-ole ini dari Melaka.. 

 kisahnya..
Lama dah nampak kueh keria gula melaka ni tular di FB. nampak macam sedap je kan..
 cuti awal tahun baru..baru2 ni ajaklah en. papa pergi jalan2 ke Melaka. tujuan teringin nak makan asam pedas kepala ikan  di bukit katil. bila sampai restoran pulak tutup. Pusing2 kami sampai Kelebang. Wahh..banyak kedai makan kat area sini. ramainya orang boleh dikatakan banyak kedai makan penuh..
 lepas dapat port kedai makan asam pedas yg sedap..dengan happy nya kami menuju jalan balik. tetiba teringat kueh keria gula melaka yg tular tu..
akak pun mengooggle..rupanya dah dekat sangat dengan tempat kami makan tadi.

patutlah jalan jem..ingatkan ada kenduri kawen..

 hajat tadi nak membeli ..memandangkan ramai lagi yang berhajat..maka akk pun batalkan hajat akk. orang dah beratur macam ular kena palu..kalau akk beratur sama dalam masa 30 minit belum tentu sampai giliran akk. dalam panas terik pulak tu..
belum ada rezeki nak merasa..

 bukan satu gerai..tapi ada lagi satu gerai. tak pasti samada kepunyaan tuan kedai yang sama. agaknya berapa koleksyen sehari mereka. untunglah bila sesuatu produk dah tular di maya. kesannya mengalakkan pelancong datang kesesuatu kawasan. menwujudkan pekerjaan penduduk setempat. menjana keuntungan yang lebih kepada peniaga Melayu.
siapa nak tolong orang kita kalau bukan kita sendirikann..

19 comments :

  1. Kalau nak beli yg berderet tu rasa kakak memang tak kuasalah ye KY
    Buat sendiri pun gebu cantik kakak tengok tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..cumanya nak rasa apa yg sedap sangat sampai tular..hihi

      Delete
  2. perrgghhh! ramainya orang.. hari tu ada pernah masuk TV rasanya kedai ni.. kalau dah masuk TV, confirm sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah rasa baru tahu sedap ke tidak DP..akk rasa biasa2 je..

      Delete
  3. KUIH KERIA PUN DAH RAMAI PEMIATNYA YA HIGGA TERPKSA BERATUR SYUKUR REZKI MELIMPAH KEPADA PENGUSAHANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah rezeki dia..dengarnya banyak cawangan dah buka

      Delete
  4. Nanti nak kena cuba buat sendiri ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang rasa sedap tu sira guna gula melaka..lemak2 masin gitu..

      Delete
  5. nanti sy g melaka sy belikn utk akk ya...tp kena kasi alamat laa utk sy hntr kan ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih anies..jgn susah2.akk dh rasa dah..:)

      Delete
  6. Assalamu'alaikum KY...

    saya pun merasa kuih keria yang tular ini atas ehsan anak menantu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga murah rezeki anak2 yg berikhsan kpd ibu ayah mereka kan kakcik..

      Delete
  7. Ramai dah buat sendiri keria ni ....nak beratur panjang kat Melaka tu rasa tak berbaloi kan...tapi tu lah bila dah tular pasti orgramai teringin nk merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ky berapa kali lalu pun sentiasa ramai orng. tapi nak rasa juga apa kelainannya tu. dah rasa baru tau SI. pada akk biasa2 jer..

      Delete
  8. KY ana baru balik dari Klebang, memang tak sanggup nak berbaris panas terik lak tu, last-last suami beli kuih keria kat Tanjung Puteri je, rasanya Waallahu alam sebab tak pernah rasa yang tular tu, bagi ana sama je rasa kuih keria juga la agaknya ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY rasa sama je rasanya. sbb sira dgn gula melaka tu yg rasa lainnya..lemak manis..

      Delete
  9. Salam kak yon kita serupa �� Malas yakmat nk update walhal byk cite nk share..adeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan JM. malas nk fikir n duduk ngadap LTop lama. nak guna fon terkial2..hihihi

      Delete
  10. Sampai sekarang saya tak dapat rasa KY....Keria gula Melaka Semabuk dapatlah. Jadilah...

    Mak ai....punya teringin asam pedas sampai ke Melaka. Punyalah sayang En Papa tu dengan Puan Mama hihi...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..