*

Monday, 20 February 2017

Pizza di Red's Corner

26 comments :
Assalamualaikum..
Semalam sebelum model ky.. *gambar yang kat bawah tu* balik kerumah Daddy nya..dia request nak makan kentang goreng yang "sedapppp sangat!...katanya. 
Restoran yang ada jual kentang goreng yang sedap dan tahan lama keranggupnya hanya ada di Red's Corner..
Jadi jam 6 petang kami pergi..kiranya nak dinner awal lah. Kononnya semasa orang belum ramai. Selalunya setiap kali ky lalulalang sebelah malam sentiasa ada ramai orang. Tapi kali ini suasananya lebih ramai dari biasa. 
Bila kami masuk..seperti biasa staff yang sangat mesra dan peramah mempelawa kami duduk di lokasi paling sesuai untuk kami berempat. 

"terimakasih pakcik datang lagi..ini kali kelima pakcik datang! " wahh..terkejut kami..begitu perihatin staff di Red's Corner sampai boleh ingat kami datang kali keberapa. Staff tu pun ingat apa makanan dan minuman yang selalu kami pesan.. :)

" ramai orang hari ini ?
- siang tadi masuk TV3 Kak..JJCM..
" oowh yeke, tapi hari tu ada nmpk buat shooting..dah dekat sebulan rasanya..
- ikut giliran kak. lepas ni kami buka awal.. jam 4:petang kami dah mula beroperasi. 

jadi sesiapa yang nak menikmati kelazatan dan keenakan Pizza yang di bakar dengan kayu..mcm dapor orang dulu2..bolehlah datang ke Shah Alam..
bukan pizza saja.. menu lain pun ada..

 kentang goreng dia sangat ohsem..
biasanya fries mekde ke.. kepsi ke.. cepat lemaukan. tapi Red's Corner punya.. sampai  habis sebekas model tu makan masih lagi krispi..

teh o ice lycee dah jadi feveret ky..

setiap kali datang inilah menu pilihan en. papa..chicken chop grilled..

 pilihan mak model..haruslah banyak cheese nya..


ini pilihan nenek model..dah makan sampai 5 kali masih tak jemu2..
tengah menaip ni pun..terbau kewangian pizza yang baru keluar dari dapor kayu dan terasa kelazatannya kat tekak nie.. 


Wednesday, 8 February 2017

Stress!

12 comments :
Assalamualaikum..
Tiga suku hari duduk dalam kereta..stress !


Tuesday, 7 February 2017

masakkan kulit lembu

24 comments :
Assalamualaikum..
Sementara tengah bersemanagat  nak updet blog nie..updetlah apape stori pun..boleh jer kan...hehehe
baru balik lepak dengan my bff..yang ky kenal sejak tahun 80an..
kami lunch sesama..lunch cara warga mas kan..mestilah cari menu yang seangkatan dengan usianya kannn..gagagaga
kalau makan yang western karang..macam tak menahan laaa pulak selera makcik ni..hihih

 nampak tak kulit lembu yang kenyal tu..sungguh ohsem

ini hidangan my bff

 hidangan ku..kulit lembu tambah masak lemak pucuk ubi dgn tempe..


Beberapa minggu lepas my bff ni ceritalah  yg dia makan kat satu kedai makan yang ada jual masakkan kulit lembu dan masakkan tradisional lain. ky minta dia bawakan ky pergi kekedai itu..kerana ky teringin nak makan masakan itu.
beberapa kali berjanji..tapi tak jadi-jadi...
Maka di takdirkan hari ini tanpa di rancang kami pun pergi. memang betul lah apa yang di kata my bff. menunya banyak..masakkannya pun sedap. kena sangatlah dengan selera akak ni ah..
Paling suka masakan kulit lembu yang ohsem. susah nak dapat kat mana-mana kedai makan..setakat inilah..
harus di ulang lagi untuk merasa setiap masakan yang ada di sana..hahaha
akak pun tak ingat nama kedai tu. kiranya kalau dari kelang nak ke pekan Meru, sebelah kiri..ada masjid bumbung warna hijau, masuk lah..kedai tu kat tepi masjid..


Monday, 6 February 2017

kuih keria sira gula melaka

19 comments :
Assalamualaikum..
Kenapa ye sekarang ni malas sangat nak update Blog.  bukan takde cerita yang nak di kongsi bersama kawan2..tapi ntahlah. Selain sibuk dgn urusan harian yang entah bila nak habisnya..kadang-kadang ada hal lain-lain pulak, rasanya dah tak boleh nak update blog sambil-sambil macam dulu. Jika ada kelapangan kena terus fokus update. bila lama sangat simpan cerita tu sbb terlupa nk update.. makanya segala cerita tu cuma tinggal kenanagan utk diri sendiri. KATA nak jadikan blog ni sebagai dairy aktiviti harian..untuk di baca olih anak cucu kita bila kita dah takde nanti..huhu
Agaknya ada tak rakan bloggers  mcm akak ...hehehe
Okeylah.. jangan banyak bebel makcik..

Akhirnya dapat juga akak merasa makan kuih keria sira gula melaka yang tular di maya. terimakasih buat anakmenantu yang membawa ole-ole ini dari Melaka.. 

 kisahnya..
Lama dah nampak kueh keria gula melaka ni tular di FB. nampak macam sedap je kan..
 cuti awal tahun baru..baru2 ni ajaklah en. papa pergi jalan2 ke Melaka. tujuan teringin nak makan asam pedas kepala ikan  di bukit katil. bila sampai restoran pulak tutup. Pusing2 kami sampai Kelebang. Wahh..banyak kedai makan kat area sini. ramainya orang boleh dikatakan banyak kedai makan penuh..
 lepas dapat port kedai makan asam pedas yg sedap..dengan happy nya kami menuju jalan balik. tetiba teringat kueh keria gula melaka yg tular tu..
akak pun mengooggle..rupanya dah dekat sangat dengan tempat kami makan tadi.

patutlah jalan jem..ingatkan ada kenduri kawen..

 hajat tadi nak membeli ..memandangkan ramai lagi yang berhajat..maka akk pun batalkan hajat akk. orang dah beratur macam ular kena palu..kalau akk beratur sama dalam masa 30 minit belum tentu sampai giliran akk. dalam panas terik pulak tu..
belum ada rezeki nak merasa..

 bukan satu gerai..tapi ada lagi satu gerai. tak pasti samada kepunyaan tuan kedai yang sama. agaknya berapa koleksyen sehari mereka. untunglah bila sesuatu produk dah tular di maya. kesannya mengalakkan pelancong datang kesesuatu kawasan. menwujudkan pekerjaan penduduk setempat. menjana keuntungan yang lebih kepada peniaga Melayu.
siapa nak tolong orang kita kalau bukan kita sendirikann..