*

Wednesday, 4 January 2017

menu makan tengahari..ubat lipas baygon

Assalaamualaikum.. 

Siang tadi malas nak ikut En. Papa keluar berurusan..lagi pun badan tak berapa hendak sihat. Rasanya duduk rumah berkemas lagi baik. Gerimis dan mendong membuatkan perut cepat berkeroncong. Sedang memikirkan menu apa yang nak di makan tengahari nanti.. Belek-belek makanan frozen dalam petiais..jumpalah lebihan masak asam pedas ikan pari. Berapa lama tersimpan dalam tu ky dah tak ingat. * lain kali nak bubuh lebel biar senang nak ingat tarikh..tidaklah sampai termakan masakan yang luput tarikhnya
Ada pulak sekor anak kerapu yg belum dimasak dalam tu.. haaaa..
jadi akak panaskan asam pedas tu dan lebur sekali anak kerapu kat dalam kuali..hehe 

Pastu tumis buncis dgn telor..guna perencah maggie ikan bilis jer. Ingatkan nak goreng ikan gelama..makan panas-panas tentu sedap..minyak pulak habis..huhu. maklum org jarang kedapur..barag keperluan dapur  habis pun x perasan..hahaha 
Kebetulan En. Papa balik..ky suruh dia pergi beli minyak masak. lambatnya kemain.. jenoh menunggu tak balik2. tunggu punya tunggu tak balik2..Last2 akak sumbat balik ikan gelama tu dalam petiais..hehehe 
Itu ler kisahnya menu yang terhidang tengahari tadi..😂😂😂😝


 Cukuplah mkn berdua je kan.
 Buah longan dalam tin sebagai pencuci mulut.


 bila papa balik dia bawa sekali ubat lipas spry jenama baygon.
Bila ky tanya nàk buat apa dgn spry tu..di rumah ni ada banyak lagi ubat spry lipas tapi jenama lainlah..
katanya.. untuk halau/racun anai anai..
Kisahnya..
rumah ky pernah di serang anai2 pada tahun lepas di ruang makan dan kabinet dapur kering. Ky dah panggil pest control untuk letak perangkap dan letak racun..hilang dah..tak ada datang lagi. Kali ini dia serang dapor basah pulak. Habis kabinet kayu bawah sinki dia jelajah. Sedo2 dah penoh jadi perkampungan dia pulak. 
En. Papa kata..kawan dia kata cuba spray dgn ubat lipas tu..tapi yang jenama baygon..berkesan  Katanya. Dia pernah buat dan anai2 hilang/lari laju - laju..hehehe..ituu yg En. Papa beli baygon tu..lagi pun murah katanya. Di kedai kawan dia tu jual mahal..sampai  RM14++ setin. Di mini market dekat rumah kitaorg cuma RM11++ je. Haisss...pakcik mamak  ni main2 harga pulak nmpknya ��




12 comments :

  1. Hihi... niat nak goreng ikan tergendala ye KY
    Tapi lauk dah banyak tu makan ajelah. Kakak ni tengok pun tak boleh tahan dibuatnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya selera org berusia tak cerewet mana..ada lauk sejenis dua pun dah cukup..

      Delete
  2. Sedapnya menu menyelerakan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih PI, lauk biasa2 jer

      Delete
  3. Makan berdua ok dah tu kak yon..sedap nampaknya.

    ReplyDelete
  4. ok juga tu kak, makan berdua je kan

    ReplyDelete
  5. Betul ky selera kita yang dah berusia ni..dapat goreng sayur.goreng ikan dah cukup

    ReplyDelete
  6. sy suka jenama ni... x busuk sgt pd hidung sy laa hehe

    ReplyDelete
  7. kedai tu jual mahal sebab minyak dah naik kak yon. hihi

    ReplyDelete
  8. Anai2 ni mmg musuh dlm senyap

    ReplyDelete
  9. Hihi....mesti belum lama sangat asam pedas tu KY...kalau tak sepatah anak saya ckp dah rasa esbok bu....

    Cakap pasal anai anai, baru baru ni saya perasan dekat celah lantai tile rumah saya tu ada keluar habuk KY. Spedis anai anai ke hape ek?

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..