*

Tuesday, 3 January 2017

celoteh awal tahun baru

Assalamualaikum..

Tahun 2016 telah berlalu..tahun 2017 pula muncul..
Pada  usia seperti ky ini tidak membawa apa - apa makna dgn munculnya tahun baru ..
Ianya sekadar catatan tarikh dan masa saja. Setiap hari adalah hari baru yang bermakna buat kakyon. Hari dan masa yang mesti di hargai bersama insan - insan yg di sekeliling ky..kerana tidak di ketehui bila mungkin kita dapat bersama lagi...

Orang putih cakap.." like mother like daughter"..itulah yang terjadinya pada malam tahun baru. Oya pun tidaklah hendak menyambut sangat tahun baru atau pun tiada rakan hendak di ajak keluar..maka memeraplah dia dalam biliknya..sama mcm kylah..lepak2 baca buku..berintenet..belek henpon..sampai boring..hehehe
Bila boring mulalah mencari idea apa nak dibuat lagi. Paling senang tak payah nak pikir..buat aktiviti makan aje..hiihi
Malas  nak drive jauh..makanlah di Al Rawsha aje..5minit sampai dah. Tak payah nak bersiap dan  tukar baju lawa2..pakai ajelah baju yang dah sedia pakai..hehehe

 Jemu dah makan nasi..kami makan roti pulak. Roti ni memang ada dalam set ayam panggang atau ikan. Sekeping tu dah cukup kenyang untuk seorang..

 Minta En Papa ambilkan gambar ky buat kenanagan..* memang selalu buat camtu kalau kemana2 pergi pada hari2 penting..aleh2 dia pulak ambil gambar kami..hihi


Inilah masaalahnya sekarang..gajet tak lepas dari tangan. kalau dating ni kan.. bolehlah di ibaratkan.."pertemuan yang bisu " hihihi

berbalik kepada orang putih cakap.. " like mother like daughter " tu..inilah pesan ky buat ibu -ibu semua..jadikanlah diri kita contoh kepada anak anak perempuan kita. Tak boleh jadi yang sempurna sangat pun tak apa..janji ada lah yang boleh di jadikan contoh yang baik untuk diikuti olih anak-anak perempuan kita bila mereka besar kelak.
Urusan rumah tangga adalah asas urusan seorang perempuan. Yang lain2 ikut keperluan masing2. Sepandai mana  pun belajar..setinggi mana pun jawatan.. seorang perempuan perlu tahu ASAS  bagaimana menguruskan rumahtangga. Rumah tangga yang bersih dan kemas menarik aura positive kepada penghuninya. Aura positive boleh menarik penghuninya hidup dalam keadaan tenang dan selesa di rumah..
tidak semestinya rumah mesti besar dan mewah. Rumah kampung dan rumah kecil pun bila di urus dengan baik akan menjadikan penghuninya selesa dan tenang..
Jadikanlah " rumahku syurgaku "..
sedangkan rumah kecil pun tak boleh di urus..bagaimana pula jika rumah besar..lagilah banyak sepah dan sampahnya..

teringat ky suatu ketika dulu semasa ky ligat menjadi agen direct selling. Boleh di katakan setiap hari ky akan kerumah pelanggan membuat demo dan kadang2 menghantar barang yang di oder..
yang paling ky tak boleh lupa ialah kerumah seorang pelanggan yang  *nauzuhillah.. tak boleh nak cakap..
Bila pintu di buka dan di jemput masuk...terkejut ky di buatnya. Segala barang terhampar di atas kapet..penukul, paku, penyapu, sudu garpu, besen taperware dan segalanika barang ada di ruang tamu. Kerusi penuh dgn kain baju..sampai nak duduk pun kena kuap balik barang2 atas kerusi tu. Baju bersih, baju kotor dalam bakul campur sekali. *dia bising pada anak2 dia  yg ky nampak semuanya lelaki..
paling tak tahan..mee maggi tumpah dari mangkok sampai kering tidak beralih..huk
masya Allah..apalah yang di fikirkan tuan rumah itu. Tidak ke dia terfikir akan merasa malu jika bakal di kunjungi  tetamu atau memang  tiada tetamu yang datang?
kut ye pun tiada tetamu yang datang..tidak ke dia merasa malu dengan jiran tetanga?
Paling penting tidakkah merasa malu dengan Allah!
Allah hadirkan semua yang berada di keliling kita untuk dihargai..di hormati..di kasihi..walaupun ia tidak bernyawa dan ianya adalah HAK ALLAH. letakkan Hak Allah di tempat sepatutnya. Setiap barang yg wujud di muka bumi ini mempunyai roh. Hargai roh itu seperti nyawa kita sendiri. Semuga Allah memberkati hidup kita..kerana kita menjaga Hak Allah..
*ini pesan seorang ustaz semasa kuliah di Yayasan Restu..

Lagi satu perkara kena ambil iktibar juga..seandainya ada ahli keluarga yang sakit atau sakit tenat yang memerlukan jiran tetanga atau sanak saudara yang menguruskan secara mengejut..apa akan jadi bila keadaan rumah berserabut..tidakkah kita merasa malu..bukan saja kita yang malu..mereka2 juga malu..
Ky anggap mungkin itulah orang terakhir yg ky jumpa kerana sifat P*******nya..
namun.......ky kecewa...
Kekadang terfikir juga..kata orang apa yang ada di dalam.. itulah yang terzahir diluar..
Wallahuaklam..
***Catatan ini untuk mengingatkan diri ky sendiri. Tiada hubung kait samaada dengan orang lain atau sesiapa saja..yang masih hidup atau yang sudah meninggalkan kita..



12 comments :

  1. betul tu kak


    slmt thn baru 2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menempuh tahun baru Anies ;)

      Delete
  2. selamat tahun baru KY...rumah bersepah xtau mana nk letak mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menempoh tahun baru PI. Mata letak atas lihat ceiling aje..hihi

      Delete
  3. Selamat tahun baru KY.Betul lah KY,selalu juga pesan dengan anak2 biar rumah tak cantek asalkan bersih.Tetamu pun selesa kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru SI..semuga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..

      Delete
  4. Selamat tahun baru 2017 KY.
    Semoga berbahagia selalu bersama insan2 di sekeliling kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2017..semuga WP juga sentiasa gembira dn bahagia bersama keluarga..

      Delete
  5. Batul.. teringat kisah saudatina Fatimah isteri saidina Ali anak rasulullah. Ketika mengeluh sebab letih nak buat tepung tapi rasulullah nasihatkan utk berzikir bagi mengurangkan rasa letih. Bagindaajar utk menjadikanrumahsebagai tempat terbaik.utk keluarga.

    Islam dah ajar dah.. moga tahun ini mengubah yg tak baik kpd lebih baik buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..semuga di bukankan hati untuk berubah kearah yang lebih baik..

      Delete
  6. saya selalu gak pergi makan kat sini

    ReplyDelete
  7. Ekekeek same to me..kalau tgh tggu order sampai mmg akan ngadap phone 😬

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..