*

Friday, 26 August 2016

Tazkirah Jumaat

15 comments :
Assalamualaikum..

Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda : "akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya ".
 (Hadis Riwayat Muslim)




Pemandangan di Sekolah Menengah Sains Telok Intan. 

Ingin belajar mendidik hati ini seperti hati burung..
Mampukah??

Friday, 19 August 2016

Terima Kasih Sahabat

25 comments :
Assalamualaikum.. 


. ............
*Cantik Ayat Ini*
Kadang - kadang Sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......_Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab......._
  • Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......_
  • Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Sahabat......._
  • Kadang-kadang sahabat yang selalu_ *SMS DAN WATTSAPP* _anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka_ *INGAT PADA ANDA.......*
  • Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada._
  • Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........_
  • Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya..
         "Siapa mereka semua tu?"....._
         Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik                dengan kata yang sayu, lalu berkata,_

      *"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." ....*

       *TERIMA KASIH SAHABAT*
  • Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :_      
          *1. Waktu*        
          *2. Kata-kata*    
          *3 . Kesempatan*        
  • Ada *3* Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:_
          *1. Kemarahan*
          *2. Keangkuhan*
          *3. Dendam*  
  •  Ada *3* Hal yg tidak boleh hilang:_
          *1. Harapan*        
          *2. Keikhlasan*
          *3. Kejujuran*        
  •  Ada *3* Hal yg plg berharga:_
          *1. Kasih Sayang*
          *2. Cinta*        
          *3. Kebaikan*        
  •  Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :_
          *1. Kekayaan*      
          *2. Kejayaan*    
          *3. Mimpi*        
  •  Ada *3* Hal yg membentuk watak seseorg :_        
          *1. Komitmen*  
          *2. Ketulusan*    
          *3. Kerja keras*        
  •  Ada *3* Hal yg membuat kita sukses :_
          *1. Tekad*        
          *2. Kemahuan*  
          *3. Fokus*
  •  Ada *3* Hal yg tidak pernah kita tahu :_
          *1. Rezeki*    
          *2. Umur*        
          *3. Jodoh*        
  • TAPI,* _ada *3* Hal dalam hidup yg_ *PASTI :*    
          *1. Tua*        
          *2. Sakit*        
          *3. Kematian.*  

     *_```Ya  Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..```_*  

 ** ky potong dan tampal untk di kongsi bersama..     


Wednesday, 17 August 2016

kakyon ber reunion

26 comments :
Assalamualaikum
Selamat sejahtera buat semua..

Mengenang semula sambutan Aidilfitri lalu. 
Merakam kenangan bersama sahabat satu department semasa kami bertugas di Johnsons & Johnsons Shah Alam yang berkunjung kerumah ky sempena Aidilfitri lepas. Jangkaannya nak adakan reunion..macam orang2 sekarang buat... nak mengingatkan dan mengeratkan semula hubungan silaturohim yang terputus sejak puluhan tahun lalu kerana memasing telah membawa haluan sendiri. Ada yang telah berkahwin..menjadi suri rumah sepenuh masa..ada yang menukar kerjaya..ada yg menjadi ahli perniagaan dll. tapi.. ramai yang tak dapat datang..maklum masing2 ada komitment lain yang lebih penting..

walaupun tak ramai yang datang..meriah jugaklah dengan geng yang havok zaman dulu2..hihi..
 Sebenarnya sejak ky berhenti dari bertugas dan membuka pusat jagaan kanak-kanak dan tadika..ky memang totaly lost contact dengan mereka.. dan dah tak ingat  siapa kawan2 semasa di sana. maafkan kakros ye kawan2..
bak kata salah seorang "anak buah" ky..kami kena tukar memori kad baru..

bila terjumpa semula seorang kawan di fb..maka berangkailah kawan2 yang lain terjumpa sekali..
Alhamdhulillah..masih ramai kawan2 lama yang masih ingat siapa diri ku ini..huhuhu









Me n Datin Murni. dulu beliau cool n sporting sangat..sampai sekarang pun masih gitu.. :)

Otai d JnJ, Normala..dulu ternmpk jer kelibat beliau melawat kawasan..kami dah seram sejuk..hihi

Tini n Rafidah.. dua2 pun cool. Displin kuat. Terimakasih kerana menjadi anak buah yang baik..thumb up buat mereka berdua..







walaupun lebih 20 tahun tak jumpa..kemesraan masih seperti dulu. bila di ingat2 balik masyaAllah.. Allah memberi peluang untuk kami berjumpa semula untuk saling bermaafaan * maklum dalam satu department kepala2 tak sama kan..bertelagah dan bermasam muka perkara biasa * inilah peluang untuk membersihkan segalanya. "anak buah" akak memang menggelarkan akak ni seorang yang garang dan tegas.. tapi itu semua semasa menjalankan tugas saja. di luar mak boleh jer nak bertepuk bertaporr..hehehe





Friday, 12 August 2016

Tazkirah

7 comments :
Assalamualaikum..
Selamat sejahtera buat semua..



ky tampal dari terbitan suratkhabar utusan..

Thursday, 11 August 2016

Van Toyota HIACE dan Iklan Nufnang

7 comments :
Assalamualaikum..
Selamat sejahtera buat semua..


Suatu pagi kami sembang2 di UMW Toyota..
Sembang pasal Toyota HIACE..


...selepas kata putus di persetujui..dokumen bertukar tangan kepada En. Hassan Mat..seorang dealer yang gigih melayan kerenah kami. Termasuk kali ini sudah 5 kali berurusan dengan beliau. Urusannya cepat dan pantas. Walaupun beliau sudah lama mencapai usia persaraan..tetapi majikan beliau masih memerlukan perkhidmatan beliau.
Syabas En. Hassan..  mencapai usia persaraan bukan menjadi penamat dalam kerjaya.Selagi sihat tubuh badan dan sihat pemikiran..teruskan berkerjaya..semuga menjadi contoh kepada anak2 muda di luar sana yang banyak sangat memilih kerjaya.


..apa kurangnya En. Papa..gigih juga memberi perkhidmatan terbaik buat pekerja yang mengunakan perkhidmatan van kilang..

macam tahu2 jer  En.Nuffnang pulak mengiklankan kereta Toyota di blog ky. 
secara kebetulan bila buka blog iklan mengedik2.
maka terlahirlah entry ini..hihihi


Insya Allah..jika tiada aral melintang..sebuah lagi Van Toyota HIACE yang Allah akan pinjamkan untuk kami mencari rezeki..

homestay

7 comments :
Assalamualaikum..
Selamat sejahtera buat semua..

Sejak bulan ramadhan dan bulan syawal lepas ky bercuti panjang dari menghadiri kelas pengajian di Masjid negeri dan kekadang di yayasan restu. Nak mulakan semula punyalah susah..ada saja halangan yang menjadikan sebab musabab untuk tidak hadir kekelas..

kononnya hari ini dan esok sudah set diminda hendak mulakan hadir kan diri kekelas. Tetiba teringat pula yang esok *Jumaat * akan ada penyewa nak masuk menginap dihomestay. Lama tak berkemas sesawang dan bersihkan kawasan homestay. Sejak sebelum puasa hari tu..sampai ke hari ini ky tak jengah2 pun. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja penyewanya. En. Papalah yang uruskan semuanya, dari mengemop..menyapu sampailah menukar cadar dan sarung bantal nya. Kerja ky cuma mendobi sahaja..hehe



Dua cadar baru untuk mengantikan cadar lama. Beli yang murah jer.

Nampaknya permintaan untuk perkhidmatan homestay sangat mengalakkan. Kami yang buat ala kadar sala ni pun sentiasa ada permintaan. Penyewa pula datangnya dari kalangan saudara mara jiran setaman dan kawan2 sahaja.
Alhamdhulillah..Ogos dan September ni dah fully booked.
Ada untungke bisnes homestay ?
kalau sewakan penuh lagi untung kut !!
Banyak sangat pertanyaan dan dah siap bagi jawapan pun...hihi
 Bagi kami bukan keuntungan sangat yang kami cari. Daripada rumah tu kosong pada setiap hujung minggu..kerana setiap hari/ pagi kami akan kesana..* masuk pejabat kalau rajin.. orang kerja sendiri macam kami ni gitulah..ikut mood rajin ke tidak nak masuk pejabat nan cenonit tu..hehehe * jadi lebih baik kami sewakan. Ada juga masyukk ckit...bleh buat beli jajan masa melancong nanti. Kami ambik sewa pun taklah mahal sangat. Alahai.. "rumah kami  kecil..retak seribu pulak tu ".. dah macam tajuk drama pulak..hahaha
RM 200 sehari semalam..apalah sangatkan. Kami tidak menghadkan berapa ramai panyewa nak duduk. Kelengkapan asas semua ada.. fully aircond 2 bilik tidur, ruang makan dan ruang tamu..* sebenarnya ada 3 bilik tìdur..tapi 1 bilik kami jadikan tempat simpanan barang kami yg masih ada di sitiu..*
Kalau nak diikutkan nilai rm memang tak boleh nak dibandingkan dengan kepenatan kami dgn urusan pembersihan dan urusan bil2 semua..tidak termasuk lagi ada barang2 yang rosak..
Jawapannya..
Sewa kan sepenuhnya lagi untung !
Seperti kami kata sebelumnya..bukan keuntungan yang kami cari..
Selebihnya..amal jariah kami membantu insan yang memerlukan dan memudahkan urusan mereka semasa mereka memerlukan..





Friday, 5 August 2016

Halaman rumahku

30 comments :
Assalaamualaikum..
Salam sejahtera semua..

Jika suatu ketika dahulu halaman rumah ky dipenuhi dengan pokok bunga rose dan setiap pagi ky akan meluangkan masa hampir 2 jam untuk merumput, mengembur tanah,  membaja,  menyiram atau melakukan apa sahaja kerja bagi memastikan pokok-pokok hidup dengan subur dan berbunga dengan lebatnya. Semuanya ky lakukan kerana untuk mengisi masa lapang yang ada dan menjadikannya sebagai hobi semata..
Tapi kini semuanya sudah tiada lagi...
Selepas semua pokok rose dihalaman mati.. disebabkan kurangnya penjagaan..dan ky  tidak mampu lagi untuk meneruskan hobi tersebut..kerana tiada kudrat dan kekuatan fisikal pun sudah berkurang, manakala masa yg ada pula telah di agihkan kepada  aktiviti lain yang lebih memerlukan..
jadinya.. hanya pokok berbunga yang tidak memerlukan penjagaan rapi sahaja yang ky tanam. janji hasilnya tetap memuaskan. Tidaklah halamam rumah ky umpama padang jarak padang tekukur. Jadilahkan..buat menyejukkan pandangan mata tuan rumah  dan menyegarkan pemandangan di halaman rumah..



"rangoon creeper" ini ky beli sebelum bulan Ramadhan lepas. semasa ky beli pokoknya tidaklah besar sangat..harga pun sekitar 15rm - 20rm..ky tidak berapa ingat. selepas beberapa bulan ia membesar dengan cepat. pokok jenis menjalar ini ky letakkan di pergola yang dahulunya ky letakkan pokok rose..

tidak di ketahui identity pokok ini *tak sempat nak mengoogle.. menarik minat ky sewaktu berkunjung ke tapak semaian pokok di Sungai Buloh pagi semalam. Harga 15rm sepokok..takleh nego..huhu. pokok yang memerlukan cahaya matahari waktu pagi sahaja.. ky akan letakkan di bawah bumbung pakir kereta. sementara ini ky biarkan sahaja di atas bangku luar rumah sementara pokoknya stabil kerana baru berpindah pasu..


 

warna bunga bertukar dari purple cerah ke warna lebih gelap bila sudah matang.


  pokok ini pun belum di ketahui IDnya. ky ternampak di tapak semaian yang di tanam di dalam pasu besar..ia nampak merimbun  dan cantik. sangat sesuai di letakkan ditempat tedohan seperti di bawah bumbung pakir kereta. harga sekitar 10rm ke 20rm mengikut size pokok


 Pokok bunga kesidang atau kerak nasi..dulunya subur merimbun sampai senget pergola di halaman dapur dan rumah pun gelap tiada cahaya yang masuk. selepas ky tebang keseluruhan dahannya..ia semangkin merimbun dan menjalar semula diatas pergola tersebut. tak sabar menanti saat ia berbunga semula dan sangat rindukan harumannya..


Semasa membeli rumah yang ada kawasan/halaman yang sedikit luas dan agak sesuai bertanam tanaman 6 tahun lalu..ky berangan di sebelah tepi dan belakang rumah ky hendak jadikan taman/tanaman herba. nampaknya angan2 ky belum terlaksana. kerana kemahuan dan keinginan lain lebih penting dari angan2 itu. selepas 6 tahun berlalu barulah ky nak laksanakan angan2 ky itu menjadi kenyataan..heheh 


Pokok ulam "tengek burung" panggilan kebiasaan orang kita. lama dah mencari anak pokok  ulam ini. bila ternampak saja terus ky ambil tanpa tawar menawar harganya. 
ky dah lama mengamalkan makan ulam ini sejak kecil..kerana waktu itu arwah emak ky selalu mengajak ky ke kebun getah meneman arwah menebas semak samun di sekitar kebun getah. bila terjumpa pokok tengek burung ini yang tumbuh meliar dan sengaja arwah biarkan ia tumbuh dan membesar..arwah akan arahkan ky untuk memetik pucuknya. " nanti buleh buat ulam..pucuk ini sangat berkhasiat untuk masaalah dalaman wanita "..katanya
sepokok 15rm..


Pagi tadi juga ky tanam disebelah perdu pokok kemboja. pokok kemboja itu telah beberapa kali cuba dibuang..tapi tumbuh semula dan semangkin subur sehingga daun dan bunganya berteraburan di halaman jiran sebelah dan jiran belakang rumah..huhuh. pagi tadi telah di tebang keseluruhan dahan nya..nak kena beli racun pokok untuk mematikan akarnya pulak..


pokok kesum dah 3 kali tanam..semuanya tinggal arwah. harap2 kali ke4 ini menjadilah hendaknya. dah macam2 cara di buat..harapan tinggal haraapan..heheh

pokok bunga kantan..
anak pokok pemberian seorang kawan . dah tiga bulan rasanya ky tanam. tak sabar untuk melihat dia subur dan mengeluarkan hasilnya. tapi sesuai ke ky tanam di tempat yang kawasannya kering mcmtu ?


di sudut yang ada pokok cenonit tu ialah pokok lengkuas. harapan ky sama mcm pokok kantan juga. moga cpt mengeluarkan hasilnya. maklumlahkan..lengkuas juga salah satu bahan penting dalam masakan. kekadang nak guna sikit saja..bila beli terbanyaklah pulak..tak guna habis pun..jadi pembaziran kan..


hai.. pokok limau purut ni.. dah berapa tahun umurnya..tak besar2.. 
setakat masak nak guna sehelai dua boleh lah..banyak dah jasanya. dulu pokok ni ky letakkan di bahagian belakang rumah yg dapat cahaya sebelah petang sahaja. sekarang ky letakkan di halaman dapur tepi rumah pula. manalah tahu bila dapat cahaya matahari pagi dia akan hidup subur..


pokok belimbing buloh ni ky tanam dah lebih 2 tahun. hasilnya ???
errrmmmm...sampai ky kata kat dia "kalau kau tak berbuah jugak.aku akan tebang kau!
hahahha..

pernahlah dia berbunga beberapa kali..entah kenapa agaknya buah tak lekat. baru nak berputik dah gugur *tak nmpk kesan gugurnya atau di makan binatang..monyet memang banyak dan berkeliaran kat tepi2 rumah nie..
baru2 ni merasalah 2 kali petik buahnya sebanyak ini. ky blend jadikan jus..dikatakan boleh merawat tekanan darah tinggi..

itulah serba sedikit angan2 ky nak ada taman herba di belakang/tepi rumah..

bersambung di lain entry..tata!

tazkirah

5 comments :
Assalamualaikum..
Salam Jumaat..penghulu segala hari..

Daripada Jabir RA katanya Rasullah SAW besabda :
" makanan untuk seorang mencukupi dua orang dan makanan dua orang pula dapat mencukupi untuk empat orang, demikian pula makanan empat orang mencukupi untuk lapan orang ".



jom kita fikir-fikirkan..selamat beramal dan selamat bersedekah.. :)

Thursday, 4 August 2016

komen hilang..macamana nak dapat balik..

29 comments :
Assalamualaikum..
selamat sejahtera sahabat semua..
baru ky perasan yang komen kawan kawan dalam posting yang lepas sebahagiannya sudah hilang..
kenapa ye?
segala komen kawan kawan menjadi kekuatan untuk ky berkongsi cerita di dalam blog sambil berblogging..


nak kata ky terdelete..tidaklah pula ky mengubah apa2 posting di dalamnya.. nak kata ada orang menceroboh masuk ..takde apa yang special pun dalam blog akak nie...huhu
macamana nak dapatkan semula  komen dari kawan kawan yang hilang itu ye?
boleh sesiapa bantu ky...

Wednesday, 3 August 2016

luahan hati

5 comments :
Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat sahabat blogger semua..semuga sentiasa dalam rahmat  Allah
KY tak tahu nak kata apa..sama ada nak marah atau nak ketawa..geli atau apa..
kisahnya..
Mak-mak di luar sana..tolonglah ajar anak gadis mereka tentang penjagaan kebersihan diri. Agak-agaklah kalau diri tu tengah hujan lebat..nak bertandang/beraya kerumah orang.. pakailah baju hujan ketat/tebal..supaya tak bocor!!!
memalukan!!

gambar tiada kena mengena dgn kes..

dah tercalit atas kusyen sofa orang..pandai pulak terbalikkan kusyen tu..kekonon tuan rumah tak perasan..
Tuan rumah yang perihatin akan perasan apa perubahan yang berlaku didalam rumahnya sendiri..
tak boleh nak sorok ehh !!