*

Friday, 25 March 2016

tazkirah jumaat

No comments :
Assalamualaikum..
Salam Jumaat kawan-kawan semua..
 
 " Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka."
( Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An- Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim daripada Abdullah bin Abbas RA )

Tuesday, 22 March 2016

dividen bank rakyat 13%

No comments :
Assalamualaikum..
Satu lagi tabungan yang di tunggu-tunggu pada penghujung bulan Mac setiap tahun. Menanti untuk di pecahkan..hehe
Nampaknya seperti tabungan lain..tabungan yang ini pun merudum juga.
jadilah..dapat juga 13 peratuskan :/


pernah suatu ketika dapat dividen sampai 20 peratus.. 


olih kerana isi tabungan hanya sedikit..mak cik plan nak jalan-jalan yang dekat-dekat aje ler untuk percutian tahun depan..huhuhu

bubur sumsum dari dapur kakyon

No comments :

 Assalaamualaikum..

Hurreyy! Bestnya dapat landing dalam  bilik rumah sendiri..menghirup udara segar aroma perfume semulajadi.. 😚😚

hah...apa?? Tak beli perfume dari Itali ??
No..no..no !
Mak cik tak beli perfume dari Itali..key !
Profumo d'Italia e molto costoso !

Letih balik dari berjalan- jalan meluaskan pemandangan belum pulih lagi.
Sejak balik dua hari lepas inilah menu pertama yang ky teringin nak masak dan makan. Sejak balik juga ky makan masakkan @ikattepi jer. ek eleh..tak letih pun memang pesen makan masakan @ikattepi..hihihi
Cuaca di luar sangat panas kan..memang sesuailah makan makanan yang boleh menyejukkan badan. Mentanglah baru balik dari tempat sejuk..jangan nak berfeeling sejuk sangatlah ky oiii..
Sebenarnya memang dah lama mengidam nak makan bubur sumsum ni. Di sebabkan kekangan masa.. ky melengah-lengahkan keinginan nak makan bubur sumsum ini. Lagi pun bukan ada siapa yang teringin nak makan. Cuma ky sorang jer yg makan.
apa kata ky belanja gambar dan resepi.. bubur sumsum dari dapur kakyon :)


Cara ky memasaknya..

200 g tepung beras
1 kotak kecil santan m&s
100 ml air
800-1000ml air
 didihkan air  bersama daun pandan yang di siat dan disimpulkan sampai mengelegak..

bancuh tepung bersama santan, 100ml air dan sedikit garam.

bila air dah mengelegak..tuangkan bancuhan tepung kedalam air panas, kecilkan api dapor sambil mengacau perlahan - lahan. Kacaulah sehingga adunan menjadi pekat dan likat.
dah masak masuk kedalam acuan yang di sukai..bolehlah hias mengikut kehendak hati sendiri..


Ky tak masak air gula seperti biasa. Cuma guna air gula melaka PEKAT keluaran DAPUR DESA yang dah sedia ada dalam botol. Senangkan ! Bubur sumsum ini boleh juga jika hendak di beri warna.. supaya boleh menambat lagi selera...tapi bagi ky lebih sukakan yang berwarna asli.
teringat pada emak ky..
bila badan terasa letih dan lemah..bubur sumsum ini lah menjadi penawarnya.







Thursday, 10 March 2016

Kami ke Italy

19 comments :
Assalamualaikum
Selamat petang..
Alhamdhulillah selesai juga last minit punya kerja. Persiapan untuk kami ke Itali.
Persiapan tak susah mana pun sebab kebanyakkan barang dan pakaian yang di perlukan sudah siap sedia ada. Cuma pilih mana yang sesuai dan mix n match saja. Makna kata pakailah mana yang telah sedia ada.. jangan nak macem-macem..hehehe

Masaalahnya bila melancung pada musim sejuk nie..ialah bab membawa pakaian. Pakaian tebal harus di bawa secukupnya. pakaian lapisan dalam harus juga dari yang tahan sejuk dan banyak lagi. Pengalaman lepas banyak membantu  memperbaiki persedian untuk bercuti di musim sejuk. kena buat satu entry khas untuk bab pakaian saja..yelah tu..hihi

Dua beg kecik kat depan tu penuh dengan 2 helai baju tebal seorang..sepasang kasut seorang, telekong, kain pelikat untuk En. Papa, sejadah, sunglass, berus gigi bersama ubatnya, tuala kecil dan barang kecil lain. Beratnya tak sampai 7kg pun.
Sebelum ke Itali kami transit di Dubai. Beg ini kami bawa sebagai hand lugged, ia penting untuk aktiviti semasa transit nanti..
 


 Dalam beg besar tu pulak..selain pakaian..makanan lah yang paling penting. Bawa bekalan cukup untuk 7 hari 7 malam. Makanan segera Brahim's, maggie dan Rapid Cuisine menjadi pilihan. memang takde pilihan lain dah!!
Makanan segera Rapid Cuisine ni blog Macam-macam ada yang bagi cadangan pada ky. bagus juga..adalah pilihan lain kan. Terima kasih pada Dr. DZ yang sangat humble..beliau rajin juga sekali sekala lepak kat pangkin nenek ni..melayan bebelan makcik yang entah apapa..hihi 
Nak tahu lebih lanjut atau nak merasa makanan segera Rapid Cuisine boleh terjah FB dia..

7 hari tak kan nak makan nasi beryani hari2..ky bawaklah beras putih. bolehlah masak nasi.. bawa biskut untuk kudapan. Dah macam berkelah pulak ye ! yelah dah tahu bukannya senang nak cari makanan halal kat sana..kena lah bersedia dari rumah kan..supaya taklah kelaparan kat sana nanti..

Wednesday, 9 March 2016

sambal jawa yang sedap

13 comments :
Assalamualaikum..

Kisahnya..resepi sambal jawa ni ky copy paste dari FB . Kredit untuk Amy Huszainie yang sudi share resepi ini. Serius.. sedap sangat tau!!
Walaupun ky ni keturunan jawa..tapi banyak resepi masakkan jawa yang ky tak berapa reti nak masak. Salah satu resepi nya inilah sambal jawa. mungkin emak ky tidak suka makan..jadi beliau langsung tidak pernah memasaknya..maka ky pun tak tahu akan kewujudannya sambal jawa ini..hehe


Bahan2 sambal jawa:
Ikan bilis goreng dulu
Bahan2 bertanda * utk di goreng
*Cili besar 6 biji
*Bawang merah 6 biji
*Bawang putih 6 ulas
*Cili padi 6-8 biji
*tomato 1/2 biji
Sedikit Belacan(tiada dlm gambar)
Limau kasturi 1-3 biji
Gula&garam-ikut keperluan
*bahan2 anggaran sendiri*

Tumbuk bahan2 goreng tadi.. kemudian masukkan ikan bilis utk di tumbuk sekali.. jangan tumbuk sampai hancur ya.. biar kasar2 baru sedap..

yang berminat selamat mencuba ye.. 

Friday, 4 March 2016

Tazkirah Jumaat..Penawar Sakit Lutut

17 comments :
Assalamualaikum..
Salam jumaat sahabat semua. Semuga sahabat sentiasa dalam rahmat Allah..


Mencuba resepi penawar sakit lutut.
resepi dari cerita viral di fb
resepi asal tak pasti dari siapa
terimakasih kepada penulis resepi asal
baru 2x minum..nampaknya adalah perubahan

mudah saja resepinya..
1. 2 bijik epal hijau ( potong kecil )
2. 4-5 batang serai ( dititk atau belah 2 )
3. Air bawah 1 ltr
 rebus dengan api kecil dalam 30 minit.
sejukan dan bolehlah minum 1-2 x sehari.



Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAWtelah bersabda : " Apabila lalat jatuh kedalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat "

Tuesday, 1 March 2016

Periuk Nasi Untuk Travel

33 comments :
Assalamualaikum..

Ruangan ini bukan di taja ye..
Saja nak share apa yang ky ada dan memerlukannya pada minggu depan. 
Bersembang  dalam group wassap yang akan melancong ke Italy, dikatakan disana sangat susah mencari makanan halal. Jika ada pun makanannya dari restoran Pakistan dan Arab. Tak lalu rasanya jika selama 8 hari tu makan kebab jer. Maklum kami ni kan berselera kampung. 
Package yang kami sertai tidak menyediakan makan tengahhari dan makan malam. Jadi  kami kenalah buat persediaan sendiri.
Dikira-kira budget untuk makanan di sana pun tebal juga. RM 1K sorang. Rasanya banyak benda lain boleh di buat dengan RM sebanyak itu..hehe


At last dapat juga ky membeli periuk nasi  mini..selepas puas merayau kat semua shopping kompleks dan kedai electrik. Ada di jual di AEON BIG saja. Harga RM 95.90 termasuk GST. Ada juga jenama lain tapi lebih besar dan berat. Cukup untuk 2 orang makan. Kegunaannya untuk memasak nasi dan memanaskan lauk sekali harung bawa pergi berkelah..hihi
Di bekalkan sukatan beras 160ml. boleh masak sehingga 2.5 cups.




Cubaan pertama kali memasak nasi dan mengukus sayur.
menjadi..alhamdhulillah..
lepas ni nak mencari produk makanan segera yang boleh di bawak pulak..
sudah tentulah Brahim's..