*

Friday, 29 January 2016

Tazkirah Jumaat

15 comments :
Assalamualaikum..
Salam hari jumaat
Alhamdhulillah..ky selamat sampai kerumah lebih kurang jam 10 pagi semalam selepas 10 hari berada di tanah suci Mekkah dan Madinah.
Alhamdhulillah..semua urusan berjalan lancar dengan izin Allah SWT dan berkat doa dari kawan-kawan semua..


**************

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SWA berabda : "Pada hari kiamat nanti Allah tidak akan melihat ( dengan pandangan rahmat ) orang yang memakai pakaian labuh hingga meleret ke tanah dengan tujuan bermegah-megah " .

Friday, 22 January 2016

tazkirah

20 comments :
Assalamualaikum..



Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :
" Sesiapa yang suka di luaskan rezeki dan di panjangkan umurnya maka hendakalah dia mengeratkan silaturahim."


Friday, 15 January 2016

tazkirah

18 comments :
Assalamualaikum.
Salam hari jumaat..penghulu segala hari
Semuga kita dalam pemeliharaan dan kasih sayang Allah SWT. 

 gambar sekadar hiasan

" Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masaalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
( Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim daripada abdullah bin Abbas RA )

Wednesday, 13 January 2016

Dulu Lain..Sekarang Lain..

19 comments :
Assalamualaikum..

berubah mengikut peredaraan masa..

dulu lain...


sekarang dah lain..




kembangmu yang sentiasa dinanti di waktu pagi..

Friday, 8 January 2016

mari menabung

19 comments :
Assalamualaikum..
Salam hari jumaat yang penuh barokah

gambar sekadar hiasan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

" Allah memberikan rahmat kepada sesesorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemah serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya "

kerana itu.. mari menabung..boleh tunaikan hajat kita :)

Thursday, 7 January 2016

watak dalam mimpi

15 comments :
Assalamualaikum..

gambar hanya hiasan..
Allah hai..malam ni susah pulak nak tidor. puas pejamkan mata dan baca macam- macam surah nak bagi mata ni mengantok..tak jugak mengantok. surah alwaqiah dah 2 kali ky baca..sekali selepas solat isyak dan sekali lagi masa dok lepak nak tunggu mata mengantok buka ipad dan baca..masih tak ngantok juga..huhu

sempat lagi ky kedapur nak buat apa apa kerja yang boleh jadikan mata ni mengantok..terpandang bekas cawan yang belum di basuh dalam sinki. rupanya ini lah penyebab kenapa mata ini tak mengantuk. 
kopi 434 punya pasal..hihi

selepas makan malam tadi..tetiba ky teringin nak makan biskut soda tawar ada orang panggil  biskut mayat  rendam dalam air kopi. pergh.. umpama melepas gian orang kata..h├ábislah setengah tipuware ky bedal..hehe
agaknya inilah punca mata ini tak mengantuk. 

dari terkebil2 sensorang..baik ky bw blog kawan-kawan..
tengah bw tetiba dengar en. papa mengigau. memulanya ky malas nak kejutkan dia..tapi makin lama dengar seperti en. papa berbual dengan sesorang.. lalu ky kejutkan dia dan tanya.. " awak ni mengigau...ada mimpi apa-apa ke?
"ye!.. katanya
" awak mimpi apa?
" lembu tu tengah makan biskut !!
" hahh !! apa?
lembu makan biskut !!!

kihkihkih..
bergegar seluruh badan ky menahan nak tergelak.
nak gelak kuat2 kang..orang dengar kata..ada orang sewel pulak dlm rumah ni.

alamak! papa oi! mana pulak datangnya watak lembu dalam mimpi papa nih..
hihihinihi

Wednesday, 6 January 2016

Khasiat Daun Kaduk

16 comments :
Assalamualaikum..
 Masih berkesah hal  tanaman di halaman dapor rumah ky..
Ada bidalan mengatakan " macam kadok naik junjung " apa maknanya bidalan tersebut..kenalah kita cari sendiri ye..
Walaupun daun kaduk tidak diberi penghormatan sepertimana daun sireh yang di jadikan bahan utama dalam sesuatu majlis penting seperti pertunangan dan perkahwinan..daun kaduk tetap ada keistimewaan tersendiri. walaupun rupa paras mereka hampir sama..mereka tetap di bezakan olih adat yang di cipta olih manusia.

pokok kaduk yang ky tanam hidup subur di musim hujan..kerana ia memerlukan tanah yang lembab untuk hidup subur..
Petik beberapa helai..lalu di rebus dan minum airnya.. sebagai penawar penyakit kencing manis. cube google khasiatnya.
ky tahu khasiatnya..kerana emak ky selalu amalkan meminum air rebusan daun kaduk. kesannya.. emak ky tiada penyakit kencing manis walau pun sudah berusia 87 tahun.
 
Air rebusan di minum..daunnya boleh dibuat ulam.. makan dengan sambal belacan..perghh..sedap!
emak ky amalkan seminggu atau dua minggu sekali.
sekarang ky pula mengamalkannya..
tak salah mencubakan.. in sya Allah..

Monday, 4 January 2016

Mamat Bangla

31 comments :
Assalamualaikum..
 Agak lama tak menjengah halaman rumah sendiri.
semak samunnya.. rasa macam nak turap simen semuanya.

kalaulah boleh dapat dividen ASB 2.6 juta lemon. sudah pasti ku turap simen semuanya.
tak perlu lagi mengupah mamat bangla tu potong rumput.. buat peghabih boreh yo..dapek upah antokan balik nogori. habih kekayoan negaro kito di angkut semuo. 
stetement sengal nih!

Panggil mamat bangla yang selalu datang potong rumput yang amik upah murah tu tak nak datang.. boleh dia suruh kawan dia datang dan nak ambil upah berganda dari biasa.
boleh pulak dia cakap..kalu you mau..saya  potong..tak mau kalu tak apa. 
sombong nya! sama dengan statement yang di ucapkan sesorang yang seangkatan dengannya..

**************
Sekali tengok besar dah pokok bunga kenanga yang ky tanam. kalau tak silap dah 6-7 tahun juga usianya.
lebat bunganya..dan sesekali rasa syoknya terhidu harumannya di tiup hembusan bayu pagi..
 pokok belimbing buloh pun dah kali kedua mengeluarkan bunga. kali pertama berbunga dulu cuma sebiji buahnya yang melekat..yang lain semua gugur bunganya..
 pokok melburry pun nampaknya macam nak memgeluarkan buah juga..itu  pun setelah beberapa kali kena cantas nak bagi rendang. tapi dia tetap tegak lurus. teruja sangat nak tengok buahnya ..


bunganya yang harum sebagai aroma terapi disatu sudut rumah..



cili padi nan sepokok pun dah beberapa kali mengutip hasilnya. jadilah walau cuma dapat untuk sekali masak. yang penting sangat merasa puas hati dapat hasil dari tanamam di halaman sendiri..
apa-apa pun yang kita usahakan..pasti suatu hari menjanjikan hasil yang mengembirakan..

nampak buah salak tu kan?
bukan akak yang tanam.
 Itu ole-ole yang tak di sengajakan di bawa dari Aceh..hehe