*

Thursday, 27 October 2016

nasi lemak dilampu isyarat

Assalamualaikum..
Kami sedang menuju ke selatan tanah air. Sampai dilampu isyarat persiaran kewajipan kami ternampak seorang pemuda melintas dan lalu lalang di celah2 deretan kereta yang berhenti dilampu isyarat merah..
En. Papa kata  " berusaha budak tu cari duit..
Lantas ky menjawab sambil leka membelek henfon membalas whatsapp.."pepagi lagi dah minta sedekah! tanpa melihàt apa yang di buat pemuda itu..
En papa kata.. Eh! dia menjual sesuatu laa..ramai yang beli tu!
Ky menoleh..masa tu pemuda itu dah dekat dgn kita orang. En papa menurunkan cermin tingkap kereta..
 Kedengaran pemuda itu berkata..Encik ! nak beli nasik lemak..rm 2 aje encik !
Melihat raut wajahnya yang kelihatan 'good looking' dan berpakaian kemas, timbul perasaan rasa hendak membeli. Walaupun perancangannya hendak breakfast dengan sate dan soto..tapi Ky oder juga dua bungkus. Selepas membayar dan menerima ucapan tkasih dan akad berjualbeli..pemuda tersebut berlalu kekereta seterusnya..begitulah agaknya cara pemuda itu berniaga semasa berada dilampu isyarat merah..
Sebenarnya apa yg ky nak khabarkan..betapa gigihnya pemuda itu berniaga..dengan menolak perasaan malu yang mungkin ada dalam diri semasa mula2 berniaga. Tak semua orang mampu melakukannya. Hanya yg betul2 gigih dan bersungguh saja dapat melakukannya demi mencari rezeki..
Dalam keadaan ekonomi sekarang..kenalah pandai mencari idea untuk meneruskan kelangsungan hidup..
'Jangan laa jadi pendek akal '
Nauzubillahh..

 Berbaloi sangat.. nasi lemak berlaukkan sambal sotong, telor rebus, kacang goreng dan timun. Harga cuma rm2 sahaja..

Di bungkus rapi begini. Mudah bagi sesiapa untuk menikmati hidangan bila tak sempat nk bersarapan di rumah atau di pejabat atau  bila terperangkap dalam trafik jam.

25 comments :

  1. Sekarang kena pelbagaikan cara mencari rezeki.yg penting halal kan, Kak..kreatif cara menjual.. nampak sedap sgt nasi lemak tu kak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap..berbaloi dgn reganya Atie..

      Delete
  2. Betul. Hanya yg betul-betul punya kekuatan mental & fizikal mampu buat kerja macam ini. Tapi jgn pandang sebelah mata kadang dgn cara ini dia boleh memberi pulangan yg bukan calang-calang.

    Berniaga macam ini pun kena ada akal yg bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika di lihat pada perwatakan dan paras rupa pemuda tu selayaknya menjadi penjawat penting di pejabat. tapi dia memilih perniagaan sebagai sumber mata pencarian..

      Delete
  3. semoga berganda-ganda rezeki untuk pemuda "good lookin" tu...dan rezeki kita semua jgk Insyaallah

    ReplyDelete
  4. Murahnya ada lauk sotong tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mkn tu ky fikir ada untung ker..

      Delete
  5. Bagusnya anak muda itu mencari rezeki tanpa menghirau kan malu...hanya mereka yang ada kekuatan mental je yang sanggup berjualan cara begini.Sebab bukan semua orang beri layanan yang baik .
    Murah sangat harganya tu kak yon...Mudah2an murah rezeki orang yang menjual nasi lemak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan..murah sangat. kalau jiran yg jual sangup beli hari2 nak tolong peniaga kecilan mcm nikan SI

      Delete
  6. Bagusnya anak muda itu mencari rezeki tanpa menghirau kan malu...hanya mereka yang ada kekuatan mental je yang sanggup berjualan cara begini.Sebab bukan semua orang beri layanan yang baik .
    Murah sangat harganya tu kak yon...Mudah2an murah rezeki orang yang menjual nasi lemak tu.

    ReplyDelete
  7. RM2 je nasi lemak ada sambal sotong? Murah tu. Pandai dia ambik peluang berniaga, untung-untung kita berhenti lama kat traffic light, boleh jamah sesudu dua ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. siap ada sudu sekali Zaila. kat situ juga ky mkn. :)

      Delete
  8. RM2 je nasi lemak ada sambal sotong? Murah tu. Pandai dia ambik peluang berniaga, untung-untung kita berhenti lama kat traffic light, boleh jamah sesudu dua ;)

    ReplyDelete
  9. Baguslah kalau begitu. Sekurang-kurangnya ia berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Bukan semua orang boleh buat macam penjual nasi lemak ni. Rasa malu menebal!

    Murahnya nasi lemak RM2 lengkap dengan sotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat mcm nilah yg kita nak..anak melayu kena buang sifat malu untuk maju..

      Delete
  10. Tapi lagi hebat nasik lemak anak dara tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita nak anak melayu hebat2 belaka..sehebat anak dara yg jual 'nasi lemak anak dara';)

      Delete
  11. murahnya.... nak try juga lah ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try anies..jangan tak try..

      Delete
  12. Betul KY.... demi meneruskan kelangsungan hidup katanya. Sanggup mengetepikan malu dan pandangan orangkan KY.
    Respect sungguh dengan semangat kental orang tu kan KY. Biasanya orang orang mcm ni, tak akan lupa org dibawah kalau dia berjaya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul apa yg Anom ckp. ky pun perati..org yg kaya secara berusaha sedikit demi sedikit tak mudah lupa diri dan tidak sombong diri. sebaliknya org yg tetiba jadi kaya sangatlah bongkaknya..tu yg meehoon kosong pun tak mkn..hihi

      Delete
  13. Semoga Allah SWT memberkati usaha anak muda itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudahan insyaAllah..aamiin

      Delete
  14. Murah tu x perlu cari parking nk membeli

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..