*

Tuesday, 25 October 2016

meehoon goreng kosong

Assalamualaikum..

Hujan rahmat turun dari malam sampai kepagi..
Cuaca sejuk begini membuatkan perasaan bermalas malasan melanda dalam diri. Masih keletihan dengan aktiviti hujung minggu..

Pepagi dalam hujan  ky keluar mencari sarapan. Rasa teringin nak makan nasi kerabu. Sampai kedai jual nasi kerabu.. tutuplah pulak. Agaknya pukul berapa dia nak bukak ne ? jam dah 7.45 pagi tak bukak lagi..
lupakanlah nak makan nasi kerabu. Singgah kat gerai orang jual nasi lemak. Sambil menunggu adik penjual tu membungkus untuk pelanggan lain..ky menung dulu..fikir2 nak makan apa. Selera macam tertutup sbb dah di set minda nak makan nasi kerabu..
bila sampai giliran ky..ky main sebut aje apa yang ky hendak. Nasi lemak, kuih muih..pastu terpandang meehoon goreng kosong yang tak nampak perencah langsung. ky oder sebungkus. adik penjual tu tanya.."akak nak sambal tak?? ky jawab "takpe.. akak nak kosong jer!
ky nak rasa sebenarnya..apa rasanya meehoon yang di jual  kosong aje..



Masa ky makan tu..ky tambah telor dadar home made..dan sambal nasi lemak. owh..taklah teruk sangat rasanya..sedap!!

Tetiba ky teringat kisah sesesorang yang boleh di panggil makcik, pernah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kerana di hidangkan meehoon goreng kosong sahaja.
biasalah kan..kekadang ada makcik2 ni jenis yang tak sayang mulut..

"aku tak boleh makanlah meehoon nie..tak boleh masuk..rasa tercekik!!
Astaghfirrullahalazim..
 habis tu..Itu sahaja yang tuan rumah mampu adakan..niatnya ikhlas kerana ingin bersedekah kan..
nasib baiklah tuan rumah tak dengar. kalau tak.. maunya dia kecik hati sampai mati..

Tapi dia lupa yang Allah itu maha mendengar..
tak sampai beberapa tahun..di takdirkan semuanya ketentuan Allah kan..
satu musibah berlaku pada keluarganya..
tak payah ceritalah..
kesudahannya..kalau ada kenduri kendarat..segala makanan yang tak habis, dia minta dari tuan rumah..tapau bawak balik..termasuklah meehoon goreng kosong.

pengajarannya..janganlah kita sombong terhadap makanan..


18 comments :

  1. Bersyukur sebab masih ada makanan..jangan mengeluh dan mencaci makanan.. ramai lg kat luar tak dpt makan.. kita ambil pengajaran, kan Kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Atie..
      kita masih mampu menikmati makanan yg sedap2. sesekali mkn kurang sedap apa salahnya kan.

      Delete
  2. Kena nikmati makanan dengan rasa bersyukur kan KY..
    Kalau tak kena dgn tekak ..
    Jgn dihina..
    Nanti yg kita hina tu.. kita kutip balik..

    ReplyDelete
  3. Benar tu KY jgn sombong n menghina makanan kalau tak berselera diam saja tapi mulut kita biasalah selalu terlepas ckp.

    ReplyDelete
  4. Kadang2 yg kosong pun sedap lah Kakyon kan
    Kaknoor pun pernah jugak buat bihun kosong
    Sbb kadang letak mcm2 lastnya ditolak tepi jugak
    Tapi sebaik nya kalau tk mau makan tk boleh mencela makanan ye dak, kalau tkdpt mkn diam je itu yg Nabi kita anjurkan

    ReplyDelete
  5. masyaallah mcm takut pulak dgn apa yg dah tejadi kat mak cik...moga kita sentiasa jadi hambaNya yg sentiasa bersyukur.

    ReplyDelete
  6. Meehoon kosong sedap juga kak yon ,nak lebih rasa tambah sambal je.
    Yalah kak yon ,kalau kita tak suka jangan lah over sangat mulut ,Allah sentiasa mendengar ....semoga makcik tu diberi kesedaran .

    ReplyDelete
  7. terima kasih share cerita gini KY, kita ambil pengajaran.

    ..saya mmg suka mee kosong, kalau ada isi (udang,ayam,sayur) sume saya keluarkan..hehee..

    ReplyDelete
  8. ada jugak yang cakap camtu ya. meehoon kosong kalau kena cara memang sedap tau

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya ada juga yg suka kosong macam tu KY
    Anak kakak yg bongsu suka kosong macam ni makan dgn hirisan timun.

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum KY...

    satu lagi yang saya tak faham, kenapa orang tak makan 'kerak' roti? Nak kata keras, tak lah keras mana. Boleh je dimakan sama ada begitu sahaja atau cicah air minuman...

    ReplyDelete
  11. Mmm..betul KY kita ni tak boleh cakap takbur atau tak berlapik..

    ReplyDelete
  12. Mihun goreng kosong, kalau kena gayanya sedap juga kan KY. Saya selalu buat untuk anak-anak. Aduh ni terbaca nasi kerabu, teringin pulak rasanya!

    ReplyDelete
  13. Mihun goreng kosong, kalau kena gayanya sedap juga kan KY. Saya selalu buat untuk anak-anak. Aduh ni terbaca nasi kerabu, teringin pulak rasanya!

    ReplyDelete
  14. Sedap apa kak kalau sesekali makan bihun goreng kosong macam ni. Saya lagi suka sebabnya saya ni bukan makan sayur. Lagi kosong lagi best asalkan sedap, takda hal nak menghabiskannya.

    Oh, cerita tapau makanan dari majlis kenduri-kendara ni macam dekat aje di hati ni. Teringat pulak pada seseorang tapi tak payahlah cerita, orangya pun dah takda lagi dalam dunia!

    ReplyDelete
  15. kosong pun kosonglaa janji dpt rezeki alhamdulillah...

    ReplyDelete
  16. Takutnya KY...Allah bayar cash ek. Kalau bukan sekarang, mungkin esok atau lusa. Moga Allah lindungi kita semua dari sifat sifat sombong mcm ni.

    Tp tulah KY, namanya manusia, takut tercakap tanpa sedar...nauzubilah...

    ReplyDelete
  17. Ya allah kena hati2 dlm percakapan

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..