*

Thursday, 11 August 2016

homestay

Assalamualaikum..
Selamat sejahtera buat semua..

Sejak bulan ramadhan dan bulan syawal lepas ky bercuti panjang dari menghadiri kelas pengajian di Masjid negeri dan kekadang di yayasan restu. Nak mulakan semula punyalah susah..ada saja halangan yang menjadikan sebab musabab untuk tidak hadir kekelas..

kononnya hari ini dan esok sudah set diminda hendak mulakan hadir kan diri kekelas. Tetiba teringat pula yang esok *Jumaat * akan ada penyewa nak masuk menginap dihomestay. Lama tak berkemas sesawang dan bersihkan kawasan homestay. Sejak sebelum puasa hari tu..sampai ke hari ini ky tak jengah2 pun. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja penyewanya. En. Papalah yang uruskan semuanya, dari mengemop..menyapu sampailah menukar cadar dan sarung bantal nya. Kerja ky cuma mendobi sahaja..hehe



Dua cadar baru untuk mengantikan cadar lama. Beli yang murah jer.

Nampaknya permintaan untuk perkhidmatan homestay sangat mengalakkan. Kami yang buat ala kadar sala ni pun sentiasa ada permintaan. Penyewa pula datangnya dari kalangan saudara mara jiran setaman dan kawan2 sahaja.
Alhamdhulillah..Ogos dan September ni dah fully booked.
Ada untungke bisnes homestay ?
kalau sewakan penuh lagi untung kut !!
Banyak sangat pertanyaan dan dah siap bagi jawapan pun...hihi
 Bagi kami bukan keuntungan sangat yang kami cari. Daripada rumah tu kosong pada setiap hujung minggu..kerana setiap hari/ pagi kami akan kesana..* masuk pejabat kalau rajin.. orang kerja sendiri macam kami ni gitulah..ikut mood rajin ke tidak nak masuk pejabat nan cenonit tu..hehehe * jadi lebih baik kami sewakan. Ada juga masyukk ckit...bleh buat beli jajan masa melancong nanti. Kami ambik sewa pun taklah mahal sangat. Alahai.. "rumah kami  kecil..retak seribu pulak tu ".. dah macam tajuk drama pulak..hahaha
RM 200 sehari semalam..apalah sangatkan. Kami tidak menghadkan berapa ramai panyewa nak duduk. Kelengkapan asas semua ada.. fully aircond 2 bilik tidur, ruang makan dan ruang tamu..* sebenarnya ada 3 bilik tìdur..tapi 1 bilik kami jadikan tempat simpanan barang kami yg masih ada di sitiu..*
Kalau nak diikutkan nilai rm memang tak boleh nak dibandingkan dengan kepenatan kami dgn urusan pembersihan dan urusan bil2 semua..tidak termasuk lagi ada barang2 yang rosak..
Jawapannya..
Sewa kan sepenuhnya lagi untung !
Seperti kami kata sebelumnya..bukan keuntungan yang kami cari..
Selebihnya..amal jariah kami membantu insan yang memerlukan dan memudahkan urusan mereka semasa mereka memerlukan..





7 comments :

  1. Tempat saya ni pun banyak yg buat homestay dibandingkan dari disewakan kak yon.Mungkin sebab jika disewakan walaupun lebih menguntungkan kadang kala merugikan juga bila banyak yang tipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. permintaan semangkin tinggi..terutama di musim cuti sekolah dan musim perayaan..

      Delete
  2. Tempat saya ni pun banyak yg buat homestay dibandingkan dari disewakan kak yon.Mungkin sebab jika disewakan walaupun lebih menguntungkan kadang kala merugikan juga bila banyak yang tipu.

    ReplyDelete
  3. Sekarang trend homestay.Senang dan murah jika dibandingkan klau menyewa dihotel.Boleh tinggal ramai2 dan Klau penyewa sediakan dapur boleh masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tarikan utama tu yg rmh yg boleh memasak..ada peti ais..dekat dgn kedai..

      Delete
  4. murah juga sewaan homestay KY ya...kalau nk bercuti ramai2 sekeluarga mmg elok sewa homestay je.

    ReplyDelete
  5. Kat mana homestay KY ni? Manalah tahu tersesat ke hihi....
    Best kan ada bisnes sendiri ni. seronok pulak membacanya KY. Tapi tulah modal pulak tak de hihi

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..