*

Friday, 5 August 2016

Halaman rumahku

Assalaamualaikum..
Salam sejahtera semua..

Jika suatu ketika dahulu halaman rumah ky dipenuhi dengan pokok bunga rose dan setiap pagi ky akan meluangkan masa hampir 2 jam untuk merumput, mengembur tanah,  membaja,  menyiram atau melakukan apa sahaja kerja bagi memastikan pokok-pokok hidup dengan subur dan berbunga dengan lebatnya. Semuanya ky lakukan kerana untuk mengisi masa lapang yang ada dan menjadikannya sebagai hobi semata..
Tapi kini semuanya sudah tiada lagi...
Selepas semua pokok rose dihalaman mati.. disebabkan kurangnya penjagaan..dan ky  tidak mampu lagi untuk meneruskan hobi tersebut..kerana tiada kudrat dan kekuatan fisikal pun sudah berkurang, manakala masa yg ada pula telah di agihkan kepada  aktiviti lain yang lebih memerlukan..
jadinya.. hanya pokok berbunga yang tidak memerlukan penjagaan rapi sahaja yang ky tanam. janji hasilnya tetap memuaskan. Tidaklah halamam rumah ky umpama padang jarak padang tekukur. Jadilahkan..buat menyejukkan pandangan mata tuan rumah  dan menyegarkan pemandangan di halaman rumah..



"rangoon creeper" ini ky beli sebelum bulan Ramadhan lepas. semasa ky beli pokoknya tidaklah besar sangat..harga pun sekitar 15rm - 20rm..ky tidak berapa ingat. selepas beberapa bulan ia membesar dengan cepat. pokok jenis menjalar ini ky letakkan di pergola yang dahulunya ky letakkan pokok rose..

tidak di ketahui identity pokok ini *tak sempat nak mengoogle.. menarik minat ky sewaktu berkunjung ke tapak semaian pokok di Sungai Buloh pagi semalam. Harga 15rm sepokok..takleh nego..huhu. pokok yang memerlukan cahaya matahari waktu pagi sahaja.. ky akan letakkan di bawah bumbung pakir kereta. sementara ini ky biarkan sahaja di atas bangku luar rumah sementara pokoknya stabil kerana baru berpindah pasu..


 

warna bunga bertukar dari purple cerah ke warna lebih gelap bila sudah matang.


  pokok ini pun belum di ketahui IDnya. ky ternampak di tapak semaian yang di tanam di dalam pasu besar..ia nampak merimbun  dan cantik. sangat sesuai di letakkan ditempat tedohan seperti di bawah bumbung pakir kereta. harga sekitar 10rm ke 20rm mengikut size pokok


 Pokok bunga kesidang atau kerak nasi..dulunya subur merimbun sampai senget pergola di halaman dapur dan rumah pun gelap tiada cahaya yang masuk. selepas ky tebang keseluruhan dahannya..ia semangkin merimbun dan menjalar semula diatas pergola tersebut. tak sabar menanti saat ia berbunga semula dan sangat rindukan harumannya..


Semasa membeli rumah yang ada kawasan/halaman yang sedikit luas dan agak sesuai bertanam tanaman 6 tahun lalu..ky berangan di sebelah tepi dan belakang rumah ky hendak jadikan taman/tanaman herba. nampaknya angan2 ky belum terlaksana. kerana kemahuan dan keinginan lain lebih penting dari angan2 itu. selepas 6 tahun berlalu barulah ky nak laksanakan angan2 ky itu menjadi kenyataan..heheh 


Pokok ulam "tengek burung" panggilan kebiasaan orang kita. lama dah mencari anak pokok  ulam ini. bila ternampak saja terus ky ambil tanpa tawar menawar harganya. 
ky dah lama mengamalkan makan ulam ini sejak kecil..kerana waktu itu arwah emak ky selalu mengajak ky ke kebun getah meneman arwah menebas semak samun di sekitar kebun getah. bila terjumpa pokok tengek burung ini yang tumbuh meliar dan sengaja arwah biarkan ia tumbuh dan membesar..arwah akan arahkan ky untuk memetik pucuknya. " nanti buleh buat ulam..pucuk ini sangat berkhasiat untuk masaalah dalaman wanita "..katanya
sepokok 15rm..


Pagi tadi juga ky tanam disebelah perdu pokok kemboja. pokok kemboja itu telah beberapa kali cuba dibuang..tapi tumbuh semula dan semangkin subur sehingga daun dan bunganya berteraburan di halaman jiran sebelah dan jiran belakang rumah..huhuh. pagi tadi telah di tebang keseluruhan dahan nya..nak kena beli racun pokok untuk mematikan akarnya pulak..


pokok kesum dah 3 kali tanam..semuanya tinggal arwah. harap2 kali ke4 ini menjadilah hendaknya. dah macam2 cara di buat..harapan tinggal haraapan..heheh

pokok bunga kantan..
anak pokok pemberian seorang kawan . dah tiga bulan rasanya ky tanam. tak sabar untuk melihat dia subur dan mengeluarkan hasilnya. tapi sesuai ke ky tanam di tempat yang kawasannya kering mcmtu ?


di sudut yang ada pokok cenonit tu ialah pokok lengkuas. harapan ky sama mcm pokok kantan juga. moga cpt mengeluarkan hasilnya. maklumlahkan..lengkuas juga salah satu bahan penting dalam masakan. kekadang nak guna sikit saja..bila beli terbanyaklah pulak..tak guna habis pun..jadi pembaziran kan..


hai.. pokok limau purut ni.. dah berapa tahun umurnya..tak besar2.. 
setakat masak nak guna sehelai dua boleh lah..banyak dah jasanya. dulu pokok ni ky letakkan di bahagian belakang rumah yg dapat cahaya sebelah petang sahaja. sekarang ky letakkan di halaman dapur tepi rumah pula. manalah tahu bila dapat cahaya matahari pagi dia akan hidup subur..


pokok belimbing buloh ni ky tanam dah lebih 2 tahun. hasilnya ???
errrmmmm...sampai ky kata kat dia "kalau kau tak berbuah jugak.aku akan tebang kau!
hahahha..

pernahlah dia berbunga beberapa kali..entah kenapa agaknya buah tak lekat. baru nak berputik dah gugur *tak nmpk kesan gugurnya atau di makan binatang..monyet memang banyak dan berkeliaran kat tepi2 rumah nie..
baru2 ni merasalah 2 kali petik buahnya sebanyak ini. ky blend jadikan jus..dikatakan boleh merawat tekanan darah tinggi..

itulah serba sedikit angan2 ky nak ada taman herba di belakang/tepi rumah..

bersambung di lain entry..tata!

30 comments :

  1. Assalamualaikum,
    cantiknya...sihat segarrr
    ambo pong suka tanam pokok dulu-dulu, sekarang dah jadi utan rimba. tak larat dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam..
      Sejuk persekitaran rumah..udara pun segar bila pokok banyak dihalamankan..

      Delete
  2. Cantek bunga2 yg kak yon tanam tu,harga pun taklah mahal kan di bandingkan bunga2 yg cantik tu.
    Saya pun ada tanam tenggek burung ,dah ber tahun2 ambil anak pokok dari kg ....baru tau berkhasiat utk wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah apa yg arwah mak akak kata..terutama masaalah keputihan..

      Delete
  3. Cantek bunga2 yg kak yon tanam tu,harga pun taklah mahal kan di bandingkan bunga2 yg cantik tu.
    Saya pun ada tanam tenggek burung ,dah ber tahun2 ambil anak pokok dari kg ....baru tau berkhasiat utk wanita.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya tanam pokok2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandang hijau di sekeliling rumah..sejuk je..

      Delete
  5. cantik2 KY, dah tak ada ye English Garden KY, tapi masih segar mata memandang.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. english garden akk dh tinggal kenangan.rasa payah nk mulakan balik. tanam bunga yg senang nak jaga aje Ana..

      Delete
  6. Assalamualaikum ky...apa khabar....samalah dgn kat rumah yan...pokok puding yan semua mati...balik raya aritu....sekarang yan majuk x nak tanam pokok bunga dulu....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..alhamdhulillah hari ini sihat..
      tengah musim panas nikan pokok nak kena siram selalau. masaalahnya selalu takde rumah..kesian pokok2 tu..:)

      Delete
  7. Wah, macam2 pokok ada.
    Pokok tenggek burung tu kalau dicantas, lagi banyak tumbuh pucuk muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..bangla di tapak semaian pun kata gitu. tapi sayang nk cantas..biar dia hidup dulu..

      Delete
  8. Seronok tengok pelbagai tanaman di laman rumah Kak Yon. Saya ni lagilah teruk, angan-angan aje memanjang, buatnya tak juga. Tapi saya memang teringin juga tau nak tanam pokok macam serai, cili padi, daun kesum, daun kunyit bagai tu. Asal nak aje boleh petik! Kalau pokoknya hiduplahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah hidup.tapi tulah kan..umpama hidup segan...
      sekurang2nya..setakat nak masak guna serai sebatang..daun limau selai..cili api 10 bijik.. bolehlah tebas je kat belakang rumah..hehe
      nak gi beli satu keja lagi..nak bersiap, nk stat keta..nak cari benda lain terbeli benda lain..belum lagi anak nk beli jajan..gst lagi..heheh
      banyak juga kopaknya nanti..
      ni statement makcik mendekot..hehehe

      Delete
  9. bestnya, kalaulah saya ada masa boleh buat cam kak yon

    ReplyDelete
    Replies
    1. ky pun kena adakan masa. tujuan utama nak keluarkan peloh..

      Delete
    2. oo samalah dengan mak saya. mesti cantik laman KY

      Delete
  10. Cantik kawasan rumah Yon. Pergola tu pun cantik. Dah tak mau tanam ros lagi ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih mala. tak daya nk tanam ros lagi. maintain mana yg ada sepokok dua jer..

      Delete
  11. Banyak tanaman herba KY senang nk berulam...pokok bunga dipergola pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye PI..nak mkn sepucuk dua boleh petik jer nanti. kat rmh pun tak ramai orang yg mkn..

      Delete
  12. Meriah rumah KY dgn pokok-pokok. Kakak suka rumah yg macam ini. Rasa fresh sangat:) Pokok tenggek burung tu kalau kat kg kakak banyak yg tumbuh sendiri KY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah Zakie..rmh arwah mak akk pun tumbuh sendiri sepokok. Akk tunggu juge kut2 ada anknya nak cabut bawa balik.nmpknya takde rezeki akk..rezeki tu milik tuan neseri tu..

      Delete
  13. menjadi sungguh laa tangan akk kita nii haiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah utk mkn sendiri sikit2..anies

      Delete
  14. KY...mak KY dah meninggal ke? Bila? Bukan ke hari tu dah ok katanya?
    Cantiklah bunga yg boleh berubah warna tu KY...Saya pun suka.
    Best kan ada pokok herba belakang rumah ke tepi rumah ke, sebab nak makan boleh cepat cepat petik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu sebelum raya lah Anom..:(:(
      alhamdhulillah..mudah segalanya.
      Sebenarnya lebih kpd nk keluarkan peloh..sambil2 tu boleh jimat poket kn makcik ni suka jalan2..bhahah

      Delete
  15. Salam kak yong.. Seronok tgk laman blog kak yong.. Byk bunga2an.. Mcm mak dan mak mertua lady.. Suka tanam pokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikum salam. Orng tahap warga emas ni memang rajin bercucuk tanam lady..hihih
      Selain dpt menikmati hasil,badan jadi sihat..inilah nikmat kesihatan yg Allah beri..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..