*

Friday, 17 June 2016

Sebuah Quran dan Sekotak Tamar

Assalamualaikum..
Salam ramadhan kareem..
 Alhamdhulillah.. selepas melepasi 10 ramadhan pertama dengan diberi kesihatan yang baik untuk beribadat..akak belum terfikir lagi  untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal. Semuga 20 lagi malam2 terakhir di beri juga kekuatan dan kesihatan yang baik. InsyaAllah..
Sahabat2 blogger macamana ?
Walau pun masih terauma dengan apa yang berlaku sebelum menyambut ramadhan..aktiviti di bulan ramadhan tetap berlaku seperti tahun2 lalu..Alhamdhulillah..
Ramadhan ini..disamping dengan berbagai ujian dan dugaan..ada kemanisannya di sebalik semua ujian dan dugaan itu..
Jika tidak kerana emak warded..akak tidak akan merasai nikmat bersedekah di bulan ramadhan di dalam ward dan dapat menyampaikan sendiri dan berbahagi tamar bersama nurse dan pesakit dan penjaga pesakit. Walaupun tamar itu pemberian dari abang sepupu akak untuk keperluan kami sekeluarga.. terlalu banyak rasanya dan akak mengambil inisiatif untuk berbahagi bersama orang lain..
akak percaya dalam rezeki kita..ada rezeki untuk orang lain..
 
 Tamar/kurma pemberian abang sepupu. Didalam sekotak besar ada beberapa kotak kecil. Akak agih2kan kepada anak2 dan saudara mara lain. Sempat juga akak agihkan di ward hospital Muar semasa menjaga emak sakit. Memanjangkan sedekah jariah abang sepupu akak.. Semuga beliau di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik..
 beliau juga telah menghadiahkan akak sebuah al Quran dengan tafsir sekali. Alhamdhulillah..hadiah sebuah harta yang tidak ternilai harganya..

Setelah lama tertanggoh..dapat menyambung semula bacaan bersama tafsirnya sekali. semuga KY beristiqomah sehingga khatam..
Aamiin..aamin..Ya Rob..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..