*

Monday, 18 April 2016

Seronoknya Melancong ke Italy part 1

Assalamualaikum..
Alahai..dah sebulan baru ada gerak hati nak  stori mori semasa kami melancong/bercuti ke Italy.
Nak dapatkan gerak hati tu bukannya senang. kena ada rasa senang hati..kena ada rasa berbunga2 dihati.. baru bersemarak rasa kasih dan sayang nak mencurahkan apa yang di rasa masa tu..heheh
Nak stori mori detail satu persatu kejadian semasa melancong tu tak dapek lah KY nak dedahkan. banyak yang dah terlupa dari yang teringat..semuanya bergantung pada gambar sebagai rujukan..hehehe


tarikh 11 Mac 2016 maka berangkatlah KY ke KLIA. Flight jam 7.30 mlm tapi jam 1pm KY dah terpacak kat sana. Sebabnya tersalah baca info..exited sangat ler tue. lagi pun curi Oya punya lunch hour. tak nak susah2kan yang lain. hari jumaatkan sibuk bagi sang lelaki..

sebelum tu..lagi sehari nak berangkat..tetiba teringat *ada citcat dlm group pasal insuran perjalanan. selama ini kemana2 KY pergi tak kisah pun bab insuran nie.. sbb semua travel agen yang KY sertai telah siapkan segalanya..*agaknyalah..sbb tak pernah tanya pun dan mereka pun tak pernah beritahu pasal insuran. kecuali pergi ke Turki pihak MAS ada meminta kami untuk membeli travel insuran..

alang-alang membeli kami beli untuk perjalanan  selama setahun. Nak cover untuk 2 perjalanan lagi..hihi


Emirates Airline menerbangkan kami ke Dubai dulu. kami lepak2 santai selama lebih kurang 5 jam  tertidur terus mendengkor . sebelum meneruskan penerbangan..kami makan2.. dapat kopon percuma beb!


 ahkak tahulah suami ahkak namanya Saleh..tapi kat sebelah tu md salleh..acener tu. minah salleh tu duk jauh mcm merajuk jer..boleh ke makcik nie mencelah...kihkihkih


bangun tidur gigih en. papa menarik beg tarik..bergilir2 untuk solat subuh..

di bilik solat wanita. sepecial kerusi solat ini..disediakan tempat utk sujud..
bilik bersih dan kemas..

meneruskan penerbangan  beberapa jam lagi untuk sampai kedestinasi seterusnya. kami terus ke Rome.
malangnya terpaksa delay ler pulak utk beberapa jam lagi. bilalah nak sampai niiii?
rungutan kecil kedengaran..huhuh

akhirnya terjejak juga kaki kami di bumi Italy..

dapat naik bas rasa seronoknya..boleh rihatkan badan..lelapkan mata..


mana boleh terlelap..mata meliar melihat pemandangan cantik dari dalam bas. 
ternampak anak sapelah nie ye..rajin sangat membaca. sambil tunggu lampu hijau menyala pun boleh lagi dia membaca. bolehlah jadi calon menantu terbaik abad ini..hiihhiih

ada berann..jadikan kami calon mak n pak mentua abad ini..garang weii...hahaha

olih kerana keletihan..kami tak ambil port pun kat mana tempat ni. tempat bersejarah di Italy. kalau tak silap UNESCO Heritage atau pun maaf jika tersilap..


Yang ni Trevi Fauntain.. tempat orang campak2 duit syiling tu. apa tujuan mencampak duit dalam perigi tu taklah makcik paham. terlebih duit kut. agak2 kalau dah banyak sangat duit tu..sedekah jer pada makcik nie..boleh makcik menyoping henbek LV..hihihi


  ambik gambo dari dalam bas.bangunan sejarah mereka..
singgah disatu outlet..tak pasti namanya apa. tak sempat nak mengusha..kaki  dah sakit..badan dah letih..yang ada di fikiran dapat mandi,  solat n bubumm. perghh.. nikmat tidur itu melebihi segalanya..




tempat landing baik punyaa..
tq Vreka travel & tour..lain kali macam nak ikut group yang uolls arrangekan..
the best!

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..