*

Tuesday, 19 April 2016

Seronoknya Melancong ke Italy part 2

Assalamualaikum..
Hari pertama dan hari kedua KY dah dedahkan. moh KY sembangkan hari ketiga pulak..
malam tu kami tidor senyenyak2nya. tersedar bila jam loceng berbunyi. saja nak bangun awal sikit nak masak untuk sarapan pagi. bukan takde sarapan kat hotel..tapi paham2 jerlah. lagi pun kena siap2 packing beg nak terus ckeckout hotel.

 Sarapan dengan bekalan yg di bawa. nasi putih lauk2 dari Brahim's. minuman air kopi panas 434 dalam tarmos..
stori apa yg KY bawak ada di sini.. 
 lepas sarapan pagi bersiap nak keluar bilik. memandangkan masih awal pagi..KY nak terjah juga restoran hotel tu..nak tengok juga apa yang boleh dimakan..hahaha
jus oren, buah buahan..roti putih..

 ada pulak sahabat sepelancungan yang belanja sambal bilis. waaahhh..sedapnya hingga tak terkata. kawan2..jika kita melancung ketempat yang susah nak carik makanan halal..diwajibkan membawa secukup2nya makanan..supaya kita tak kebelai * kata orang johor..semasa di sana..hehe
 

Alhamdhulillah..dapat kami mengaminkan doa yang dibacakan olih tour leader kami..sebelum kami meneruskan perjalanan menaiki bas..
kemana? ala makcik tak ingatlah. rasanya ke PISA dan PRATO..
Semasa Tour leader kami En. Firdaus dari Vreka travel n tour membacakan doa bermusafir, Allah hai..dah macam pergi Umrah pulak..terasa sebak dan syahdunya..huhuhu
banyak dah tempat KY pergi dan banyak tour agen yang KY sertai..inilah pertama kali tour leader membacakan doa bermusafir. Semuga Allah merahmati dan memberkati perjalanan dan pekerjaan kamu En. Firdaus..Aamin.
 
 singgah di satu RnR..memasing menunaikan hajat..sejuk..sejuk..gigil.
sempat berposing posing bersama adik-adik kesayangan hamba.
sila abaikan baju sejuk makcik tu ye..dah ghupe orang nak naik bulan. bukan apa.. makcik ni malas nak membeli pakaian sejuk baru..pakai ajelah  yg lama. maklum masa muda dulu terkurang selimnya..sekarang nie terkurang pulak gempalnya..hahaha

 orang kata menanam tebu di tepi bibir..makcik nie menanam pokok di tapak tangan..hihih

 kiranye adeler mat saleh ngajak teman berhijrah ke Itali nie..idok ler teman ndak!!
 atea.. mahal bebenor gaya hidup dema..kopi secawan ghupe gitu dekat nak 10 hingget. cawan kat ateh tu adeler 2 sudu banyaknya..dah macam minum ubat batok jer kedahnye..
teman nie polok tak boleh hidup kalau tanpa kopi. nak nak kopi 434..
kirim salam aje ler kat mat saleh tu..kihkihkih
 inilah Saleh sebenar..wajah kesayangan hamba sejak 44 tahun lalu.
 kawan..rakan..sahabat..teman sepermainan..teman sepergadohan..teman gosip2 dan macam2 lagi lah..hihihi



  menuju ke TOWER OF PISA



bangunan bersejarah menjadi kebanggan dan di kunjungi ribuan pelancung..


 ala toksahlah nak tolak bangunan condong tu..3.97 darjah kecondongan nya tau.. mampu ke nak tegakkan..hihi




 makanan tengahhari kami di restoran halal yang berdekatan..
 

 sementara menanti shuttle bas sampai sempatlah menyopping cenderahati.tak mampu nak menyopping banyak2..mehe kau kata..

 Allaahhuakbar!!
tak kira dimana atau apa pun sebabnya..solat wajib didirikan mengikut waktunya..














 pemandang dari dalam bas yang bergerak..
nak checkin hotel... mamam n bubum..
sambung esok pagi pulak..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..