*

Tuesday, 5 April 2016

Ole-Ole dari Jari Manis

Assalamualaikum..
Selamat hari selasa..harapan hari ini memberi sedikit keselesaan buat semua.
hujung minggu sibuk dengan kenduri kendara dan urusan keluarga. hari isnin dah tentu letih dan lesu untuk memulakan minggu baru. hari selasa barulah ada sedikit kelegaan dan rasa selesa..kena warm up untuk hari hari yang seterusnya..
 Pagi ini semangat KY nak berblog tetiba datang..tak tahu berapa lama boleh bertahan bergantung pada masa dan keadaan. tambahan pula sekarang ni KY sibuk dengan giliran menjaga bonda yang sudah uzur. kekangan masa bertambah berganda-ganda..ngeeee..

Semangat tu datang bila kiriman ole ole adinda maya ku Cik Jari Manis telah selamat KY terima. Punyalah lama menunggu ole-ole dari Jari Manis ini..rupa-rupanya ole-ole fridge Magnet  ini melekat pada dinding peti surat..hihih
JM.. terimakasih diatas pemberian ini. semuga JM sukses didalam kerjaya.
pembaca atau sesiapa sahaja yang terasa hendak melancong di alam maya atau mencari tips2 melancong..jom teroka blog JM. membacanya seolah-olah kita  melancong  bersama dengan beliau..

 Yon nama timangan semasa kecil. kakyon nama di alam maya. nama sebenar kakrose..hihihi


 walaupun kakyon pernah ke Korea..tapi tidak pula membeli ole-ole fridge magnet ini. nampak gayanya kenalah  menyimpan hasrat untuk ke Korea lagi..hehehe

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..