*

Wednesday, 13 April 2016

4 bulan dah baru nak publish entry

Assalamualaikum..
Dok membelek draff entry yang mana satu nak dipublishkan dahulu..
Kata hati..draff yang ini harus di dahulukan..kerana ini adalah saat kenangan terindah buat keluarga tersayang..
Majlis hari jadi cucu sulong ky yang ke 12 tahun. Diam tak diam dah masuk alam remaja cucu sulong ky ne..
Alhamdhulillah cucu ky ni.. Muhammad Hariz Dhani telah melepasi prasa kehidupannya sebagai kanak- kanak yang sangat sihat, baik dan manja. Taat dan patuh kepada mama dan papanya. Alhamdhulillah..beliau telah dapat melepasi pepereksaan  UPSR dengan jayanya dan kini beliau bersekolah di sebuah sekolah asrama penuh..sekolah menengah sains di Perak..
Majlis hari jadi ini di adakan pada 6 Dec lepas. dah 4 bulan berlalu baru nak publiskan entry ini..hihihi
Majlis ini untuk  kami anak beranak saja. Anas /Nora kata "buat kenangan untuk Dhani nanti..saat dimana dia meninggalkan zaman kanak- kanaknya"
Yelah..selepas ini bila dia sibuk belajar nanti..sedar tak sedar dia dah pun besar. Moment semasa dia dizaman kanak2  telah pun berlalu..huhuhu

Alhamdhulillah..semangkin hensem cucu wan. Melihat perawakannya yang tenang membuatkan perasaan hati ini sejuk dan tenang..

Buah hati mama papa dan adiknya.
kuat semangatnya meninggalkan adik yang saban malam menangis rindukanya. mereka berdua beradik sangat rapat..
tapi seminggu dua jer adik menangis...pastu ok dah..

Buah hati mak ucunya juga..

Inilah keluarga sederhana kami..

5 orang cucu dari 9 semuanya..

3 generasi. Sempat ke tidak melihat generasi ke 4..huhu

Anak menantu dan cucu..

suka sangat dengan kata-kata ini..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..