*

Wednesday, 9 March 2016

sambal jawa yang sedap

Assalamualaikum..

Kisahnya..resepi sambal jawa ni ky copy paste dari FB . Kredit untuk Amy Huszainie yang sudi share resepi ini. Serius.. sedap sangat tau!!
Walaupun ky ni keturunan jawa..tapi banyak resepi masakkan jawa yang ky tak berapa reti nak masak. Salah satu resepi nya inilah sambal jawa. mungkin emak ky tidak suka makan..jadi beliau langsung tidak pernah memasaknya..maka ky pun tak tahu akan kewujudannya sambal jawa ini..hehe


Bahan2 sambal jawa:
Ikan bilis goreng dulu
Bahan2 bertanda * utk di goreng
*Cili besar 6 biji
*Bawang merah 6 biji
*Bawang putih 6 ulas
*Cili padi 6-8 biji
*tomato 1/2 biji
Sedikit Belacan(tiada dlm gambar)
Limau kasturi 1-3 biji
Gula&garam-ikut keperluan
*bahan2 anggaran sendiri*

Tumbuk bahan2 goreng tadi.. kemudian masukkan ikan bilis utk di tumbuk sekali.. jangan tumbuk sampai hancur ya.. biar kasar2 baru sedap..

yang berminat selamat mencuba ye.. 

13 comments :

  1. Oh patut la kawan saya kawin dengan orang jawa, pernah jamu sambal ni, sedap. tetapi lebih hijau kut masa saya makan tu. boleh la cubakan KY, tambah selera baru :)

    ReplyDelete
  2. ooh..ini dipanggil sambal jawa..memang sedap tapi saya pernah buat, tiru kawan..tapi taruh ikan kembung goreng yg tak habis makan..makan dgn nasi panas2 dan ulam saja..

    ReplyDelete
  3. Sedap ni. Makan dengan nasi panas tak perlu lauk lain... :)

    ReplyDelete
  4. Kat tmpat saya panggil sambal totok ni kak yon....Memang sedap makan dengan nasi panas nak2 ada ulam...hmmm sedap

    ReplyDelete
  5. kecur air liur tengok sambal ni pagi-pagi

    ReplyDelete
  6. Kalau saya panggil Sambal Raden KY....mmg sedap tp nak buatnya malas haha....

    Gu nya apa tu KY....

    ReplyDelete
  7. Makan dengan nasi panas dengan smabal ni je dha cukup

    ReplyDelete
  8. Kalau saya panggil Sambal Raden KY....mmg sedap tp nak buatnya malas haha....

    Gu nya apa tu KY....

    ReplyDelete
  9. kalau famili saya panggil 'sambal ketuk' kak...memang mabeles sangat..kalau kat rumah saya ni buat cili padi lebih banyak dari cili hidup...kiteorang suka pedas :)

    ReplyDelete
  10. sedap nya... saya kadang2 guna udang kering gak .. :-)

    ReplyDelete
  11. sedap ni...kalau makan kt kedai sambal ni mmg minta lebih..nk wat tak rajin..

    ReplyDelete
  12. tengok dari kombinasi resepi tu macam sedap dah KY , cuma ana ni alah pedas sikit, gastrik kuta sekarang ni :)

    ReplyDelete
  13. byk kali aida da baca kat blog sambal jawa ni.
    lom pernah buat.
    lom pernah makan.
    hmmmmm menarik ni kakyon.
    baru jap tadi aida blend cili merah.
    if not, boleh kot buat. sebab cili merah nak kena goreng dulu ekk ?

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..