*

Tuesday, 1 March 2016

Periuk Nasi Untuk Travel

Assalamualaikum..

Ruangan ini bukan di taja ye..
Saja nak share apa yang ky ada dan memerlukannya pada minggu depan. 
Bersembang  dalam group wassap yang akan melancong ke Italy, dikatakan disana sangat susah mencari makanan halal. Jika ada pun makanannya dari restoran Pakistan dan Arab. Tak lalu rasanya jika selama 8 hari tu makan kebab jer. Maklum kami ni kan berselera kampung. 
Package yang kami sertai tidak menyediakan makan tengahhari dan makan malam. Jadi  kami kenalah buat persediaan sendiri.
Dikira-kira budget untuk makanan di sana pun tebal juga. RM 1K sorang. Rasanya banyak benda lain boleh di buat dengan RM sebanyak itu..hehe


At last dapat juga ky membeli periuk nasi  mini..selepas puas merayau kat semua shopping kompleks dan kedai electrik. Ada di jual di AEON BIG saja. Harga RM 95.90 termasuk GST. Ada juga jenama lain tapi lebih besar dan berat. Cukup untuk 2 orang makan. Kegunaannya untuk memasak nasi dan memanaskan lauk sekali harung bawa pergi berkelah..hihi
Di bekalkan sukatan beras 160ml. boleh masak sehingga 2.5 cups.




Cubaan pertama kali memasak nasi dan mengukus sayur.
menjadi..alhamdhulillah..
lepas ni nak mencari produk makanan segera yang boleh di bawak pulak..
sudah tentulah Brahim's..




33 comments :

  1. Baguslah KY. Kalau sediakan kat office kakak ni pun elok juga boleh guna selalu. Persediaan macam ini lebih berbaloi daripada membayar RM1K itu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel dan ringan jer zakie.

      Delete
  2. Kakcik pun dah mula terfikir hendak cari periuk kecil untuk bawa 'berjalan jauh' walaupun untuk tahun ini belum nampak lagi sejauh manalah hendak berjalan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya memang sesuai sangat di bawa kakchik kepanasannya pun tahan 4 jam.

      Delete
  3. WAH DH BUAT PERSIAPAN UNTUK KE ITALY PULA KY..NAMPAK PERIUK TU SESUAI DIBAWA KEMANA MANA TIKA TRVEL JAUH R DEKAT UTK KEMUDAHAN MEMASAK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maklumlah Paridah..perut ni dah tak boleh mkn makanan asing. nak nasi juga..hihi

      Delete
  4. Rasanya kalau digunakan untuk kat rumah pun ok gak kan ,boleh kukus sayur sekali tu

    ReplyDelete
  5. Bagus juga buat persiapan senang klau nak pergi jalan jauh. Kak Zai pun nak cari satu.Tq KY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah.. Zai pun selalu travelkan. lpas ni lupakan makan kat gerai bila travel.masak sendiri dah tentu terjamin kebersihannya.

      Delete
  6. Betul tu, kat sana mmg mahal makanan...dan mostly yg banyak kedai Arab / Pakistan..

    Akak boleh consider juga produk Rapid Cuisine...ianya produk kawan wife saya, saya rasa sedap..dan mudah..ianya prepack nasi beriani dgn pelbagai lauk, dalam packaging macam Brahim tu...tinggal panaskan aja....

    Cuba tgk di FB Rapid Cuisine..
    https://www.facebook.com/rapidcuisinemalaysia/?fref=ts

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Dr bagi info
      akak dah wassap tadi..insyaallah dia akan hantar kerumah petang ini..

      Delete
  7. Amboi Kak, dah menerai ye, tak sabau nak melancong sambil memasak, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miri tu ada produk nasi beryani Rapid Cuisine. akak dah oder. ptg ni juga nak menerai..hihi

      Delete
  8. Oh, jauh periuk nasi ni nak travel bersama tuannya ya, kak!

    Saya ni pantanglah tengok benda-benda mini macam ni. Berdebar-debar aje rasa dalam diri. Kat mana tadi akak kata akak jumpa periuk mini ni? Kat Aeonbig ya? Nanti saya nak terjah jugalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aeon ada..tapi harga mahal sikit..
      amboi mak..tak tahan mendengornya. tenok periuk dh berdebar..belum tengok isinya lagi...hihi

      Delete
  9. Baguslah kakyon..
    Tak payah jalan jauh pun boleh guna ni kakyon..

    Bila kakyon nak ke italy tu..
    Semoga gembira dgn percutian..
    Serta dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah minggu depan Yatie..
      aamiin

      Delete
  10. Pakchaq masa dok sorang di Kedah pakai periuk nasi kecik 11/2 pot beras je boleh masak.. tapi dah rosak..

    Makchaq pun x boleh tak makan nasik...
    Tapi x pernah lagi la pi mana2 yang tak dak nasik... kalau nak pi memang kena bawak periuk nasi jugak la kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehari dua tak mkn nasik takpe lagi. lebih seminggu mau lembik badan ni kakchaq..hehe

      Delete
  11. Kak Yon,

    Saya pernah tinggal di Itali selama hampir setahun. Tidak banyak pesanan saya. Cuma, kalau beli roti atau snek lihat pada label plastik. Kalau ada ditulis 'MAIALE' ia bermakna DAGING BABI. Kalau ditulis 'STRUTTO', ia bermakna LEMAK BABI. Awas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Pak Mail..berkongsi info.
      Bahaya juga jika tak faham bahasa dema ye..asal roti jer main bedal. tapi biasanya ky berhati-hati tentang makanan.. insyaAllah..

      Delete
  12. kena beli ni...thanks for info

    ReplyDelete
    Replies
    1. manalah tahukan..satu hari nanti nak guna..

      Delete
  13. selalu berangan nak mencarik yg gini2 jugak kak kalau berpeluang melancong ke luar negara nanti (berangan je dulu) selain bole masak ikut tekak bole gak berjimat...sebab kalau di kalikan dengan 5 orang ahli keluarga saya ni perbelanjaan makan2 tu memang bole bikin tersedak gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. melancong ke negara yg senang dpt makanan halal takpe Linda.tak jadi masaalah. ketempat yg agak susah ni kena buat persediaan.
      dpt berjimat juga..hehe

      Delete
  14. mudah untuk memasak.boleh cari juga satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang nak bawa kemana2..terutaama bila travel negara yang susah nak cari makanan halal..

      Delete
  15. KY ni kan asyik berjalan je tau.....nak ikut ar kalau cenggini hihi..
    Nampak besar kat gambo ni KY. Sebenarnya besar periuk nasi yg paling kecik kan KY...
    Dah....gilah soping Brahim kang lupa pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arr te..nk wat camne Nom..kaki ni gatai nak jln jer..hehe
      Kalo boleh borong..borong dgn pak brahim sekali..hari2 mkn nasi beryani..hihi

      Delete
  16. Bagus juga ni. Masak sendiri lagi baik sbb kita ni kalau tak makan nasi putih selama beberapa hari, otometik rasa mcm tak lengkap kehidupan. Rasa tak puas makan tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..betul tu. Sejak azali dah mkn nasik..mana boleh tinggal.lemah longlai nanti..hihi

      Delete
  17. tq kakyon for sharing.
    tak rugi la aida terjah sini.
    sgt bagus la plak. utk travelling kan.
    berkenan sgt la aida kat piuk nasi travel kakyon tu.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..