*

Tuesday, 22 March 2016

bubur sumsum dari dapur kakyon


 Assalaamualaikum..

Hurreyy! Bestnya dapat landing dalam  bilik rumah sendiri..menghirup udara segar aroma perfume semulajadi.. 😚😚

hah...apa?? Tak beli perfume dari Itali ??
No..no..no !
Mak cik tak beli perfume dari Itali..key !
Profumo d'Italia e molto costoso !

Letih balik dari berjalan- jalan meluaskan pemandangan belum pulih lagi.
Sejak balik dua hari lepas inilah menu pertama yang ky teringin nak masak dan makan. Sejak balik juga ky makan masakkan @ikattepi jer. ek eleh..tak letih pun memang pesen makan masakan @ikattepi..hihihi
Cuaca di luar sangat panas kan..memang sesuailah makan makanan yang boleh menyejukkan badan. Mentanglah baru balik dari tempat sejuk..jangan nak berfeeling sejuk sangatlah ky oiii..
Sebenarnya memang dah lama mengidam nak makan bubur sumsum ni. Di sebabkan kekangan masa.. ky melengah-lengahkan keinginan nak makan bubur sumsum ini. Lagi pun bukan ada siapa yang teringin nak makan. Cuma ky sorang jer yg makan.
apa kata ky belanja gambar dan resepi.. bubur sumsum dari dapur kakyon :)


Cara ky memasaknya..

200 g tepung beras
1 kotak kecil santan m&s
100 ml air
800-1000ml air
 didihkan air  bersama daun pandan yang di siat dan disimpulkan sampai mengelegak..

bancuh tepung bersama santan, 100ml air dan sedikit garam.

bila air dah mengelegak..tuangkan bancuhan tepung kedalam air panas, kecilkan api dapor sambil mengacau perlahan - lahan. Kacaulah sehingga adunan menjadi pekat dan likat.
dah masak masuk kedalam acuan yang di sukai..bolehlah hias mengikut kehendak hati sendiri..


Ky tak masak air gula seperti biasa. Cuma guna air gula melaka PEKAT keluaran DAPUR DESA yang dah sedia ada dalam botol. Senangkan ! Bubur sumsum ini boleh juga jika hendak di beri warna.. supaya boleh menambat lagi selera...tapi bagi ky lebih sukakan yang berwarna asli.
teringat pada emak ky..
bila badan terasa letih dan lemah..bubur sumsum ini lah menjadi penawarnya.







No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..