*

Friday, 26 February 2016

Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum

Salam jumaat semua..

Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi allah SWT hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu ".
( Hadis Riwayat Muslim )

Gambar ini KY ambil semasa pergi umrah  pada 16 - 27 January 2016 lalu.
Sementara menanti masuk waktu solat, di dalam Masjidilharam..anak-anak ini mengambil inisiatif membawakan  air zam-zam yang di masukkan dalam bekas seperti teko berwarna perak untuk di berikan kepada para jemaah yang memerlukannya. Ramai juga para jemaah yang ikhlas menghulur serial dua di atas usaha anak-anak ini.  kelihatannya mereka sangat ceria memberikan perkhidmatan tanpa meminta-minta balasan. waktu KY minta izin untuk mengambil gambar mereka..dengan rela hati mereka memberi kerjasama...




11 comments :

  1. Benar kakyon..
    Amalan dan takwa kita yg Allah lihat..

    Bagus niat mereka utk membantu jemaah lain jika kehausan..
    Dihulurkan secawan air ye Kakyon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tanya dulu baru dutuangkan air zama zam tu

      Delete
  2. Macam-macam cara org nak buat jariah ni KY
    Kalau tengok depan pintu masuk masjidilharam tu hatta dgn merpati pun ramai yg bersedekah. KY perasan tak banyak betul makanan ditabur buat burung-burng makan. Rindulah dgn sana KY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dah tak nampak pulak burung merpati di hadapan menara jam tu. dulu memang banyak.setiap hari mesti beli sepeket untuk d taburkan bagi burung makan. rindu suasana seperti dulu..

      Delete
  3. bertuah sungguh akak pernah sampai ke sini...saya blom lagi masih dalam perancangan...menunggu jemputan Allah...kenapa kalau bercerita bab Mekah hati tetiba jadi sayu...air mata merembas tanpa niat :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda..pertamakali ky jejakkan kaki ketanah suci pun dh lewat usia..dah umur 48 tahun. pada umur 50 baru dpt tunaikan haji..Alhamdhulillah.lepas tu plan nak pergi 5 tahun sekali..alhamdhulillah Allah mengizinkan..

      Delete
  4. SALAM JUMAAT KY...BENAR SEKALI N3 KY..SBB HATI KITA TIDAK BERWAJAH N XMUDAH DITAFSIR NIAT YG TERKANDUNG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kita tak dapat meneka maksud disebaliknya.cuma kita kena berbaik sangka. Allah juga yang maha mengatur dan maha mengetahuinya..

      Delete
  5. Masyaallah....entahkan diterima entahkan tidak amalan ku yg sedikit ni KY huhu....
    Alahai....rajinnya depa mencari pahala yer KY

    ReplyDelete
  6. kecil-kecil pun sudah pandai membuat kerja kearah kebaikkan

    ReplyDelete
  7. aida lom sampai lagi ke sana.
    terus berdoa setiap masa.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..