*

Monday, 1 February 2016

Macam - macam cerita

Assalaamualaikum..
Bismillahhirohmaanirrohiim

Apa khabar anak- anak, adik -adik, kakak-kakak dan  kawan-kawan semua..diharap semuanya sihat sejahtera hendaknya..
Nampaknya ky ni dah terkena sindrom bluurr. Banyak stori  nak share di sini..tapi nampak gayanya mcm bluurr jer. Tak tau nak mula dari mana dan tang mana..huh
Mood ni pun datang sbb tengah tunggu Mr Papa pergi bayar  cukai pintu dikaunter dalam bangunan MBSA. Sambil tunggu dalam kereta ky godek2 tab ni.
keluarlah macam-macam cerita
Seperti biasa setiap awal tahun segala urusan berkaitan rumah..cukai pintu..cukai tanah harus di selesaikan secepat mungkin. Biasanya ky yg pergi bayar..kali ni Mr Papa pula ambil alih...maklom kaki dah tak larat panjat tangga bangunan MBSA..tinggi sangat. Bayaran pun kami jelaskan setahun sekali gus..senang..

Selesai urusan ini nak ke pejabat Wawasan Sutera Bukit Raja Kelang pulak..nak hantarkan senarai nama2 peserta group rombongan pengantin yang àkan ke Pendang Kedah.

Meneruskan urusan ke bangunan MPSJ pula. Urusan cukai pintu dan cukai tanah juga. Ke rumah sewa di Bandar Kinrara Pucong pula.. melawat keadaan rumah sewa yang bermasaalah..Kena settlekan bayaran maintainance yang tertunggak..huhu. selalu orang berfikir..jika ada rumah sewa senang hidup..tinggal cume kutip duit sewa bulanan saja. Hakikatnya..yang ada rumah sewa sahaja yang tahu. Jika mahu di pendekkan akal, mahu rasanya jual saje rumah sewa tu..duitnya parking kat satu Tabung dan kutip hasil tahunan. Tak perlu pening kepala memikir dan menguruskannya. Tapi Tabung pun macam tak boleh di percayaai jer..

Alhamdhulillah..rumah sewa di Bukit Subang pula takde masaalah. Penyewa pun baik belaka. Macamana kata penyewa tu baik ? Yelah..tepat masanya duit masuk akaun. Ada kerosakan sikit2 dia repair sendiri. Kalau melibatkan kewangan sikit dia belikan dulu dan tolak duit sewa. Dia buat seperti rumah dia sendiri laa. Tak perlu kami susah2 kan diri berulang alik melawat kawasan. Bila dapat penyewa yang baik tak sampai hati pula nak minta naikkan sewa. Duduk dah 2 tahun..sepatutnya kena naikkan harga sikit.. tapi rasa  tak sampai hati pulak..
Tunggulah nanti apa keputusannya..
moga ky istiqomah dalam membuat segala keputusan..

21 comments :

  1. Semoga KY sehat2 selalu... banyak rumah banyak lah pintu yang kena cukai KY....

    Macam rumah bunda kat kampong baru 2 pintu .. dalam satu tapak tanah...bila cukup tahun nak fikirkan cukai pintunya lagi...cukai tanahnya lagi...biasalah tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. ada kata bidalan.."besor periuk..besorlah keraknya" tapi nasinya entah mana..hihi

      Delete
  2. Dulu saya maintain harga sewa sampai 4 thn. Sebab mcm ky juga. Penyewa baik. Tapi tak dapat nak simpan lagi. Kira2, macam lg bnyk keluar duit kalau simpan. Langsung kami jual, kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulanya Akak pun fikir gitu. Tapi memikirkan nanti akan jadi bahagian anak..simpan jerlah..

      Delete
  3. Alhamdulillah KY.. memang kadang-kadang nak menulis ni tak tahu bagaimana nak mula, bila dah dapat rentak yang sesuai In shaa Allah boleh teruskan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dtg idea membuak2..masa pulak takde /tak sempat.nmpk sangat dah kewargakemasaan makcik ni.Tapi masih berminat nk berkongsi cerita..hehe

      Delete
  4. Wa'alaikummussalam KY...

    Mudah2an ada jalan penyelesaian terhadap apa juga masalah yang dihadapi. :)

    ReplyDelete
  5. Saya belum selesaikan cukai pintu, cukai tanah dan semua bil dah sampai , masa nak gi bayar tu tak sempat lagi.. takut juga kena penalti lagi..

    Rumah sewa kat Bukit Subang tu dah 10 tahun penyewa duduk saya tak naikan sewa lagi kyon.. Dia bayar sewa pun bagus tak pernah mis dan lewat.. bila dia kata nak balik kampung.. jadi kena cari penyewa lain.. sekejap jer dapat kyon.. tapi kita naikan lah sikit..
    Saya sewa buat bayar lepas bayaran bulanan rumah dan maintenance jer kyon.

    Semoga kyon istiqomah dalam membuat keputusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dekat jer rmh sewa kita. Bukit Subang kawasan strategik.memang senang dpt penyewa.ky tak buat bankloan
      jadi sewakan murah jer. Ada org sewakan sampai 1k..huhu

      Delete
  6. saya tak penah sekali pon tolong bayo cukai2 ni kak...sume cik boss yg buat...yg penah bayo bil api air jelah tu pon dah lama cik boss tak mintak tolong...kalau dapat penyewa yg hati busuk tu memang bole buat gaduh...cam rumah sewa abang saya depa pi buat cam bengkel moto pulak dalam rumah...abis lantai dinding sume berminyak2 di buatnye...kong ajar sgt bila abang saya pi tegur dua tiga malam lepas tu depa lari pindah tempat lain...siap cabut segala pintu grill semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sewa kat bujang memang gitulah di buatnya.kekadang tengok orang juga.ky pernah dpt penyewa yg baru kawen..bila dia pindah rumah mcm tongkang pecah. Sib baik ada baki depositbuat upah indon bersihkan rumah. Pengotor ya amat!

      Delete
  7. Jangan naik sewa Yon...kesian kat penyewa tu..( hehee..terkenangkan duk rumah sewa 17 tahun..tuan rumah tak pernah sekali pun naik harga sewa ) Baik hati sungguh. Dah arwah kedua2nya. Alfatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiknya hati tuan rumah.17 tahun tu masa yg sangat lama Mala.Allah saja yg membalas budi baik arwah.
      Ky pun fikir gitu.kesian penyewa rmh akak tu baru kawen dpt anak kembar pulak tu. tentu kos hidup dia tinggi.tunggulah setahun dua lagi baru naikkan sewa

      Delete
  8. Saya pun ada banyak benda nak cerita dalam blog... tapi tak sempat2 lagi cerita dr thn lepas pun blm siap karang... hahahaha

    Alhamdulillah... saya pun dapat penyewa yang baik... byr advance sebulan...tak sampai hati nak naikkan sewa... kalau rosak sikit2 dia akan inform dan baiki sendiri dan tolak sewa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Nora, baca entry kawan mcm senang jer idea mereka. tapi bila kena tang kita..puas nak menyusun/mulakan ayat..asik tak kena jer..hehe

      alhamdhulillah..nora pun dpt penyewa baik ye. rezeki juga tu..

      Delete
  9. mmg susah kak Yon nak dpt penyewa yg jaga rumah sewa spt rumah sendiri..rezeki kak Yon dapat penyewa mcm tu

    ReplyDelete
  10. Untungla dpt penyewa yg b'timbang rasa, cam abg ngah cikna dpt penyewa ckp kurang ajar dh la sewa lmbt byr, bil api&air t'tunggak & paling kuang ajo bila dia lari malam sbb xdpt byr sewa 4bln b'turut, mkn blh plak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannya abang Cikna. biasanya kena ambil deposit sekurang-kurangnya 2 bulan, bila sebulan tak bayar notis suruh keluar rumah. baki sebulan lagi utk bil api air yg mungkin tertunggak dan munkin ada kerosakan dlm rumah

      Delete
  11. Bizi ek....
    KY, barulah betul mcm Tuan Tanah, bayar cukai sana sini, pas tu hujung bulan tengok akaun hihi....

    Bersyukur dpt penyewa yg baik cenggitukan KY tak sakit kepala. Nikmat tu KY

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..