*

Friday, 26 February 2016

Lombok day3 - 5

Assalamualaikum
Salam sabtu..

N3 sebelumnya..
Hari ketiga kami menaiki boat ke Gili Trawangan. Kali ini naik speed boat yang mengambil masa 20 minit saja untuk sampai. Naik speed boat ni sesuatu yang mencabar juga. Bagi kami makcik-makcik ni.. rasanya tulang rusuk ni bergesel-gesel antara satu sama lain. Kena pandai mengimbangi badan dengan hentakkan boat yang laju di atas gelombang. tapi seronok juga..
  Sebelum itu semasa dalam perjalanan kami singgah dulu di bukit Malimbu melihat pemandangan gunung ganang yang cantik..



tapi ini saja gambar yang sempat KY ambil..


dalam pada takut-takut tu..seronok juga naik speed boat..

Sampai di pulau..kami di tawarkan untuk menaiki boat kaca untuk melihat kehidupan laut, snorkeling dan melawat keliling pulau. Nampaknya tawaran macam menarik..tapi sayangnya semua itu di atas biaya sendiri..
takda siapa yang mahu !

Makanya kami pun melepak sekali lagi di pulau itu sambil menikmati tiupan angin laut. Tak boleh nak fokus ambil gambar..banyak sangat dugong bergelempangan berpesta..hahaha
Ada juga peserta yang pergi ke SPA untuk berurut. KY teringin nak naik kereta kuda mengililingi pulau itu dengan bayaran 150 ribu rupiah. Malangnya kereta kuda sudah habis di booked. Yang harganya 250 ribu rupiah adalah.. tak pasti kenapa harga berbeza-beza. agaknya itu strategik perniagaan mereka kot..

jalan-jalan sambil menikmati air avacado sangat lazat rasanya.
sepanjang berada di Lombok inilah air yang menjadi kegemaran kami.
alpokat nama di beri. rasa sekali nak minum lagi. di pulau ini harganya 20 ribu rupiah. di tanah besar harganya 10 ribu rupiah sahaja..



 dari duduk melepak baik kita jalan-jalan..kata en. papa.

Hari keempat kami ke kaki Gunung Rinjani sebelah utara Lombok. kononnya nak main air terjun  Sendang Gile. Perjalanan pun dah mengambil masa hampir setengah hari perjalanan untuk sampai kekaki gunung. Mana tak setengah harinya..bertolak pun dah pukul sembilan, singgah lagi di satu perhentian..menyaksikan/ memberi makan kera-kera di hutan. Gemok gedempol kera-kera tu.. terlebih makan gamaknya kut. * jangan tergelak pulak baca perkataan gedempol tu ye.. sebenarnya KY sendiri yang gelak menaip perkataan gedempol tu..hihih
agaknya inilah contoh perumpamaan..kera di hutan di suap-suapkan..anak kat rumah kurus kering tak makan..hihi
Orang Dewan Bahasa jangan marah ye..pepandai makcih ni tukar perumpamaan..


Selain kacang goreng..ada juga di jual kuih muih digerai tepi jalan. lepat ni..*nama sebenar tidak di ketahui..boleh dimakan begitu saja..juga menjadi makanan kera-kera.
lepat pulut berintikan pisang..

Bila sampai di kaki gunong..perut pun mulai berkeroncong. masa untuk makan..



Sebahagian menu yang sempat di fotoshoot. selebihnya terus shoot ke dalam perut.. 




 Selepas makan tengahari..menikmati pemandangan sekitarnya yang cantik.
Bercinta bila waktu nak solat. seperti biasa tempat solat ada...tapi semua tempat terbuka. tempat berwuduk terbuka. tempat solat bercampur antara lelaki dan perempuan.
nak tahu lebih-lebih? no komen..hihi
Olih kerana anak tangga ke air terjun itu dikatakan jumlahnya sebanyak 400 anak tangga..maka kami makcik-makcik ni..idok ler berani ikut serta. memasing nak jaga lutut katanya. Jika anda sayangkan diri anda.. jagalah lutut anda dulu..hehehe


dalam perjalanan pulang kami singgah di tepi pantai..melihat seketika matahari terbenam..

Hari terakhir kami sempat singgah di perkampungan Suku Sasak dan pusat pembuatan tembikar. Mulanya KY berhasrat juga membeli kraftangan tembikar untuk  dibuat ole-ole, tapi bila di beritahu yang salah satu bahan membuat tembikar itu adalah najis lembu..langsung terbantut hasrat hati KY. maka tiadalah ole-ole untuk di buat kenangan dari sana..


..yang ada.. hanyalah kenangan manis bersama en. papa dan kawan-kawan sahaja..
jumpa lagi di catatan percutian yang lain pula..insyaAllah..




15 comments :

  1. Cantiknya sunset tu..subhanallah.. Sy dan family pun gemar mkn angin.. Tp blm pernah sampai lg ke Lombok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kesempatan boleh berkunjung kesana ariana :)

      Delete
  2. Assalamualaikum KY...

    Sebenarnya kakcik ada keinginan untuk ke Lombok bila tengok kawan2 kongsikan keindahannya, tapi mungkin untuk tahun 2016 ini keinginan untuk bercuti ke luar negara terpaksa dipendam begitu sahaja...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kcik,
      Ky pulak banyak berjaln tahun 2016, sebahagiannya tiada dlm perancangan.bila kawan2 ajak dan dalam budjet yg sesuai boleh lah pergi..

      Delete
  3. cantik juga lombok tu ya n monyet2 kat situ gemok gedempol sbb xkurang mknnya...lama juga xdgr perkataan gedempol ni KY....heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang jln pemandangan pantainya sangat cantik.tak dpt nk ambil gmbr sbb dlm van. sebenarnya banyak tempat lagi yg cantik2 tak sempat kami lawati.rasanya lagi seronok jika kesana secara backpacker.boleh pilih tempat2 yg lebih menarik..

      Delete
  4. semua gamba nampak cantik2 kak...gambo pemandangan,makanan,bunga dan yg paling cantik sekali gambo sunset dan gambo kat sawah bawah sekali tu...comel je akak somi isteri :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Linda :)
      Gambar bawah sekali tu?
      Heh heh heh

      Delete
  5. Wah..... begitu romantik sekali Kakyon dengan En. Suami. Berpimpin-pimpin tangan pula....

    ReplyDelete
  6. Terasa teringin pulak tekak bunda tengok gambar lepat tu...

    ReplyDelete
  7. Kalau dulu orang selalu takut Lombok sbb satu ketika ramai anak gadis diculik dan dibawa ke Lombok. Sekarang sudah jadi tempat peranginan. Cantik pemandangan disana dan sesiapa yg suka aktiviti laut memang menyeronokan.

    ReplyDelete
  8. salam

    kalau dulu dengar aje lombok pasti teringat2 pasal anak gadis kita dibawak lari oleh orang tempatan ke sana...huhuhu

    ReplyDelete
  9. sunset mnjd pilihanku..hehe..cantik la view dia..

    ReplyDelete
  10. Cantiklah gambo bawah sekali tu. Buatlah gambo profile picture KY...

    Saya pernah gak naik speed boat sekali dulu masa gi Tioman ngan geng ofis. Memang seram masa. KY ni kira beranilah tau. Mesti melambung lambung kan KY...

    Banyak juga tempat yg boleh kita lawat kat Lombok ye rupanya KY....
    Untunglah KY dpt tengok kera gemuk gedempol, kat Malaysia, KY gi zoo pun belum tentukan hihi


    ReplyDelete
  11. aida memang gerun naik speedbot. sgt takut giler!!!
    and gambo yg last skali, i like la kakyon.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..