*

Wednesday, 24 February 2016

Lombok day 1 & 2

Assalaamualaikum..

Tiada dalam rancangan pun yang KY dan En. Papa akan ke Lombok. Semuanya gara-gara mendengar dan membaca review kawan- kawan di blog yang Lombok sangat best untuk di kunjungi. Pemandangan laut, pulau, pantai dan yang seangkatan dengannya sangat menarik dan cantik. Ada juga pemandangan yang sangat menyakitkan mata dan terpaksa tertengok juga..hahaha. Ia dikatakan tempat yang sangat cantik untuk aktiviti foto shoot dan sebagainya. Tapi bahan modelnya haruslah cantik juga...kalau jenis yang macam makcik-makcik ni..1000x shoot pun tak akan nampak cantik dan menjadi  cantik...hahaha
Maka bila KY di pelawa seorang kawan untuk turut serta ...KY dan En Papa pun ikut setuju nak kesana. Maklumlah menyertai rombongan kawan- kawan sebayakan..macam seronok juga nampak gayanya. Selalunya join grup yang berbagai pringkat usia...macam2 ragam kita boleh lihat. Bila join grup yang semuanya sebaya..ragamnya sama jer..hihih
 Selepas menjelajah selama 5 hari 4 malam..kesimpulannya yang KY boleh kata..ianya sesuai untuk orang muda-muda yang sukakan percutian yang mencabar keupayaan diri mereka. Bagi KY dan sebahagian ahli rombongan.. perjalanan ini  sangat memenatkan. 

Kami sampai pun dah lewat petang..sementara menunggu pemeriksaan kastam yang mengambil masa sangat lama sempat ler berberposing reramai..

Sampai pun dah malam..tiada aktiviti melainkan aktiviti makan dan tidur..

Dihari kedua..
perjalanan dari hotel di Sengigi/ Mataram ke pelabuhan Tanjung luar mengambil masa 2.5 jam. Naik van pulak yang keluasannya agak terhad, jika orang sebelah nak turun kita kena turun juga..jadinya penat turun naik van aje. Dengan jalan yang tak berapa nak rata dan tak berapa lurus memang sangat memenatkan. Lepas tu naik pulak boat kayu selama 30 minit untuk menyaksikan pemandangan pantai pink di daerah Jerowaru Lombok Timur yang di katakan cantik itu. Ada aktiviti snorkeling dan berenang..tapi makcik-makcik ni mana lah nak berenangkan.
Jadi masa yang ada dijadikan aktiviti melepak dan bergosip-gosip saja di pulau nan indah itu..hehe



merasa memegang  tapak sulaiman yang masih hidup..



ini bukan di tepi pantai ye..tapi sebuah beting di tengah laut iaitu sebuah pulau pasir yang terbentuk bila air laut surut. kami turun dari boat untuk mengabadikan kenangan bergambar..kalau nak mandi manda pun boleh..silakan..
satgi jadi dugong pulak..hehe

psttt..
catatan ini hanya catatan dan pandangan dan pengalaman peribadi KY saja ye. Lain orang lain pandangan dan pengalamannya. Maaf jika catatan ini kurang tepat pada pandangan orang lain..

16 comments :

  1. Cantik lautnya KY, pegi dengan kawan-kawan lebih meriahkan, kena naik bot kayu menjadi pengalaman yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airnya sangat jernih dan pasir yg cantik.ralit menyaksikan pemandangan yg segar lagi cantik..

      Delete
  2. jernih air laut nye kak mesti ikan lalu lalang pon bole nampak...lombok memang sgt terkenal sekarang ni kan kak..sana sini saya tengok ramai yg melancong ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada boat khas kalau nakbtengok ikan dan batu karangan laut.. tapi di luar package. Naik boat kayu tu pun boleh nmpk ikan dan karangan yg cantik..

      Delete
  3. Cantek biru lautnya.lombok ni masih lagi terjaga keindahan semulajadinya agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan lautnya yg cantik membiru sàngat mengasyikkan pandangan. Sayangnya.. pantainya di cemari mahklok yg menyakitkan pandangan mata..

      Delete
  4. Lombok yg cantik menarik viewnya...berani pegang tapak sulaiman kata org2 dulu2 binatang laut ni beracun n xboleh disentuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa boat tu berhenti di air yg cetek..nmpk banyak tapak sulaiman tu merayap atas pasir didasar air.pemandu boat tu berhenti tangkap 2 ekor..
      tak pula tahu ia tak boleh di pegang n beracun. Bila pegang dia dah kejong..dah mati kut..huhu

      Delete
  5. Replies
    1. Ye mala..sangat cantik..tenang n membiru..

      Delete
  6. Subahanallah..
    Memang cantiklah kakyon..
    Comel jer tengok tapak sulaiman tu..
    Berani kakyon pegang ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beranilah yati.. sbb dia dah keras..

      Delete
  7. Kikiki....saya tergelak gelak ni baca entri KY tau. Alah sebenarnya KY jer yg tak berani, cuba semua makcik yg pergi tu mandi confirm cantik pemandangan, mcm dugong dugong tgh berpesta hihi....

    Cantik rupanya pantai Lombok ni yer KY. .... Alah apa ada hal KY, SPA kan banyak kat KL ni, manjakan dirilah apa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenyataannya memang banyak dugong sedang berpesta. sakit mata memandang Anom..hihi

      memang cantik pantainya..tak sangup nak bercampur gaul dengan mereka. kesian yg lelaki-lelaki itu..huhu

      Delete
  8. Replies
    1. sayang nya ky tak dapat nak ambil gambar banyak2.

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..