Assalamualaikum..
Masih berkesah hal tanaman di halaman dapor rumah ky..
Ada bidalan mengatakan " macam kadok naik junjung " apa maknanya bidalan tersebut..kenalah kita cari sendiri ye..
Walaupun daun kaduk tidak diberi penghormatan sepertimana daun sireh yang di jadikan bahan utama dalam sesuatu majlis penting seperti pertunangan dan perkahwinan..daun kaduk tetap ada keistimewaan tersendiri. walaupun rupa paras mereka hampir sama..mereka tetap di bezakan olih adat yang di cipta olih manusia.
pokok kaduk yang ky tanam hidup subur di musim hujan..kerana ia memerlukan tanah yang lembab untuk hidup subur..
Petik beberapa helai..lalu di rebus dan minum airnya.. sebagai penawar penyakit kencing manis. cube google khasiatnya.
ky tahu khasiatnya..kerana emak ky selalu amalkan meminum air rebusan daun kaduk. kesannya.. emak ky tiada penyakit kencing manis walau pun sudah berusia 87 tahun.
Air rebusan di minum..daunnya boleh dibuat ulam.. makan dengan sambal belacan..perghh..sedap!
emak ky amalkan seminggu atau dua minggu sekali.
sekarang ky pula mengamalkannya..
tak salah mencubakan.. in sya Allah..
Ada khasiat yg bagus rupanya daun kaduk ni ye kak yon
ReplyDeleteada pelbagai khasiat Aryan..jika rajin boleh amalkan..
Deletebyk khasiatnya ya...sy x tau hehehe
ReplyDeleteye Anies..
DeleteZaman remaja kakcik di kampung dulu, kakcik suka makan kaduk rebus dengan sambal kelapa. Kena nasi panas memang sangat sedap... :)
ReplyDeletebuat kerabu pun sedap..
DeleteSaya tau daun kaduk boleh buat masak tapi saya tak kenal pun daun kaduk kak yon...sebab tak biasa makan sejak dulu .
ReplyDeleteserupa daun sireh..tapi menjalar di tanah..
Deletesusah nak cari daun ni sekarang..
ReplyDeleteyang tahu khasiatnya jer yg tanam kut..takut lama2 pupus..
DeleteDAUN KADUK NI HERBA YG BANYAK KHASIATNYA BAUNYA PUN HARUM...
ReplyDeleteye betul tu PI..cuma orang kita kurang mengamalkannya.orang thailand jadikan daun kaduk ni sebagai bahan utama menu makanan mereka..
DeleteUbat diabetes rupanya.
ReplyDeleteye Anis. setiap kali ky minum..asik nak kerumah kecil je..hehehe
DeleteYelah...rupa dia mcm sireh ek KY....bila KY ckp pasal khasiatnya tu, teringin pulak saya nak tanam daun kaduk ni KY....
ReplyDeleteDaun kaduk ni masak apa pun sedap Yon. Baru2 ni saya buat otak2. belum sempat nak posting lagi..makan mentah gitu pun sedap. Ni duk tengah nak buat sireh kaduk yang selalu org Thai makan tu...bahan dah beli..tapi malaslah pula...
ReplyDelete