*

Friday, 30 October 2015

pokok kucai

11 comments :
Assalamualaikum..
Sememangnya tak rugi jika kita berbakti pada tanah. tidak kisahlah pokok tanaman kita itu pokok yang hasilnya besar atau pun kecil. rasa macam satu kepuasan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. betapa seronoknya bila usaha yang kita lakukan membuahkan hasilnya.
Benih kucai ini ky dapat dari kawan yang tinggal bersebelahan taman dengan ky. dah kawan offer nak bagikan..akak pun ambil dan tanam. cepat jer suburnya..inilah pokok yang paling senang nak tanam.
sudah beberapa kali mengutip hasilnya..dengan cara memotong pada pangkal pohonnya. nanti daun baru akan tumbuh semula pada tempat yang kena potong. ky tak nampak pulak tanda tanda anak pokok baru akan muncul..jadi tak pasti cara nak membiakannya. kalaulah boleh di biakkan bolehlah ky tanam banyak2. bila mengutip hasilnya nanti boleh ky sedekahkan kepada kawan kawan sepengajian di masjid...semasa ada pengajian.

Daun kucai mempunyai khasiat seperti vitamin B, vitamin C, karotin dan boleh merawat masaalah wanita seperti keputihan dan sengugut. boleh juga merawat masaalah darah tinggi dan membantu melancarkan sistem pembuangan najis..

 hasil dari taman dapur ky..daun kucai ada 8 rumpun. jadilah dapatlah  juga dijadi salah satu bahan buat cekodok untuk sarapan pagi atau minum petang. Selamat duit 1 ringgit ky bersama gstnya.. heheh. Esok sebelum syuruk boleh masukkan dalam tabung sedekah subuh.. :)

 pangkal pohon selepas di potong..

basuh bersih dan keringkan..potong pendek simpan dalam bekas pelastik bertutup rapat. seminggu boleh tahan simpan dalam petisejuk..

 ky ada bertanya blogger  Normala Saad cara nak biakkan pokok kucai ni.
pokok kucai yang beliau tanam cukup subur..dan juga pokok pokok lain pun subur belaka. setiap kali bertandang  keblog beliau dan membaca setiap entry beliau..pasti membuat hati akak ini teruja nak bercucuk tanam..

baru semalam potong..petang ni dah tumbuh daun baru.belum sempat nak gemburkan tanah seperti apa yang disarankan Mala..

membega masakan orang

17 comments :
Assalaamualaikum..

En. Papa tetiba teringin nak makan ikan sembilang masak asam pedas diJeram ikan bakar.
katanya..masakan asam pedas kat situ sedap..
yelah kot sedap..kalau tak sedap...takkan dia puji macamtu..
ky ni memang tak makan ikan sembilang..atau ikan yang seangkatan dengannya..jadi tak tahu kesedapannya macamana..
sekali tu pergi..kedai tu tutuplah pulak. takde rezekilah nampaknya nak makan ikan sembilang masak asam pedas. daripada balik dengan perut kosong..kami singgah kat kedai sebelah yang sangat popular lah jugak...tapi tak berani nak sebut nama..kang tak pasal2 cari pasal..kena jaga  nama baik peniaga juga kan..bukan orang lain pun...orang kita juga.. 
akak pun mengode ikan sembilang masak asam pedas dan makanan lainnya..
bila makanan terhidang..nampak tak sabar en. papa nak makan. akak pun leka makan sampai tak perasan yang asam pedas tu macam tak berusik jer. bila di tanya...katanya cuba awak rasa...
ermmm......kurang garam dan......... rupanya..
" takpe..kita boleh bawak balik..nanti saya begakan dia..hihihi



 bukan satu tapi dua tau.. terpaksa bega nak bagi sesedap rasa...
tambah garam, asam, ladahitam dan daun kelsum..pergh baru ada nik mat makan asam pedas. ky makan kuahnya aje. yang isi ikan tu depa 2 beranaklah yang makan.
pepandai jer ky membega resepi/masakan orang kan. tak kisahlah tu..apapa pun masakan dari belanga dapur sendiri juga yang sedap..hehehe

Wednesday, 28 October 2015

Terkenang Nostalgia Lama

14 comments :
Assalamualaikum..
Pepagi terkenang nostalgia lama :) 
Hari ini balik ke rumah lama@17..
Kemas2 apa yang patut..tukar cadar..sapu sampah..mop lantai..susun pinggan mangkok yg bersepah kat dapor..
Opps! apa yang akak nak cerita ni? itu kan kerja biasa seorang suri rumah..hahaha
Begini ceritanya..rumah kami yang lama@17 tu kami dah jadikan homestay..
 Sejak bila ye?
 Sejak beberapa bulan lepas..
Mulanya tidak lah kami bercadang hendak dijadikan homestay..memandangkan cucu sulung akak transit dari sekolah kebangsaan kesekolah Agama dari rumah tu dan juga kami jadikan salah sebuah bilik sebagai pejabat kami.
 Tapi diatas pertanyaan/permintaan ramai orang..maka kami akur juga..kerana rezeki itu  tidak harus di tolak.. :)
 Sambil berkemas..jengahlah juga pejabat kami yang suam2 kuku tu. file berselerak..tulisan pun hampir tidak boleh dibaca lagi..* ke mata kami ni yang dah rabun..hihi. Kertas catitan dah jadi sarang tikus..anai-anai pun bermaharajalela.. File tahun 2006 pun masih tidak berusik/berkemas. Peralatan dah ketingalan zaman. Nampak sangat pejabat ni dah di mamah usia..sama dengan tuannya..huhu. Diam tak diam sudah 20 tahun lebih nama syarikat akak ni bertahta dalam senarai SSM ..hehehe..
Untuk mencari sedikit kecerian dalam pejabat ini..akak cadangkan kepada En.Papa untuk mengantikan semua benda yang dah uzur dalam pejabat ini kepada yang baru. walaupun hanya sesekali sahaja dalam sebulan kami masuk pejabat..mungkin selepas ini semangat baru bercambah dan berusaha lebih lagi..dan sesiapa yang bakal mengantikan tempat ini akan terus bersemamgat meneruskan  perniagaan keluarga.
" buatlah ikut suka "..katanya..hihi 
Jadinya..tengahari tadi pergilah shopping for my SOHO. Selepas 20 tahun lebih..harus kena ada sedikit penambahan/ perubahan...
 

Semasa tengah shopping peralatan tulis
tetiba akak teringat masa buka Taska/Tadika dulu..pada sekitar tahun 92-93. Taska/Tadika itu akak beli dari penguasaha bukan melayu yang mengalami masaalah kewangan. Masa tu Taska/Tadika kebanyakkannya di miliki olih bukan melayu. walaupun begitu.. ramai kanak2 melayu di hantar kesitu kerana sudah tiada pilihan lain buat ibu bapa kerana mereka terpaksa berkerja. Bila mereka dapat tahu yang akak akan mengambil alih Taska/Tadika tersebut..semua ibubapa melayu sangat mengalu2kan akak..kerana mereka merasakan lebih selamat dan terjamin dalam soal makan minum anak-anak mereka..
Untung bersih akak dapat selepas di tolak sewa bangunan, semua bil, gaji 2 orang guru dan seorang pembantu ialah RM1800 sebulan. Lepasan U pun belum tentu dapat gaji sebanyak itu..pada masa itulah.
 Tapi.. akak cuma dapat mengendalikan selama 6 bulan saja. Terpaksa akak jual kepada guru yg akak lantik untuk mengajar di situ. Akak akur dengan undang-undang kerajaan bahawa pemilik Taska/Tadika wajib kena ada sekurang-kurangnya sijil SPM. ;(
Boleh jer kalau akak nak buat secara curi- curi haram..ramai yang buat cam tu, tapi akak bukanlah jenis orang sebegitu. jika berlaku sesuatu mampukah akak nak bertanggung jawab ke atasnya segalanya. moral ceritanya..buatlah bisnes yang tidak menyalahi undang2..supaya rezeki itu nikmat dan berkat. Ada sambungannya lagi..

Wednesday, 21 October 2015

Happy Birthday Aydin

14 comments :
Assalamualaikum..
Selepas hampir 3 minggu tidak berjumpa..kami pergi menjemput Aydin balik kerumah kami. Selepas sesi pujuk memujuk..barulah Aydin setuju  mengikut kami balik. happy nampaknya dia tidak macam selalu rasa berat hati nak ikut kami.dapat pula mainan kesukaannya yang Uminya belikan, tak sempat sampai rumah dah tak sabar2 nak main..


Sebenarnya birthday ke3 tahun Aydin pada 6 Oktober lapas. Disebabkan Aydin tidak bersama kami..jadi sambutan birthday dia kami adakan lewat sedikit. kebetulan minggu itu sepupu sepupu Aydin semua ada berkumpul di rumah ..jadi kami raikan juga sambutan harilahirnya secara spontan saja..

 mulanya aydin malu2..lepas sepupu sepupu nyanyikan lagu besday..dia naik semangat nak tiup lilin dan potong kek..


majlis di adakan secara spontan..buatkan Aydin rasa malu2 pulak.




 keesokkannya..Aydin menuntut janji dari Uminya..nakkan hadiah hari jadi.
demi anak nan seorang ini..Umi ambil cuti n bawa kami jalan2 sekali. menjelajah kepelusuk rak mainan di toyrus..hanya satu yang di cari dan di mahukannya..
" i want firetruck only " katanya..

 selepas jumpa apa yang di mahukannya..melekat terus dia kat situ. tak nampak yang lain dah..

walaupun tengok tengok benda yang lain juga..bila di tanya mahuke mainan tu..terus dia jawab.. " Umi..I want fire truck only " sejuk hati Wannya mendengarnya..
 selesai menyopping mainan..singgah pula kat playground dalam bangunan nie.
melayan kerenah dan nak tahu apa yang diminatnya..
 

 macam minat main masak2 pula..hihih


berminat juga jadi tokey supermaket..
kena aje gayanya dia berjualan..hihihi



 semua jenis sayuran yang ada di supermarket itu dapat disebut dan di hafalnya..


semasa di dalam kedai mainan..ky nampak beberapa kali dia mengulang lihat dirak playdoh sambil membelek2.bila di tanya..dia tetap tidak mahukannya. Ky rasa kasihan pula..jadi ky belikan juga. belum sempat sampai rumah playdoh itulah yang jadi mainan dulu....
Happy birthday Aydin Naufal Raiz..semuga kamu sentiasa sihat walafiat dan dalam pemeliharaan Allah swt..membesar sebagai insan yang solleh dan berjasa kepada kedua ibu bapa..Agama, bangsa dan negara. kami semua sayangkan kamu..muaaah..

Friday, 16 October 2015

sedekah hari jumaat

18 comments :
Assalamualaikum..

Sedekah pada hari apa pun tak penting. Namun..khusus pada hari Jumaat..Allah akan  memberi lebih ganjaran pahalanya..apalagi pada hari Jumaat merupakan hari yang utama dalam Islam..
nasi lemak bungkus dan air sirap pandan buat jemaah surau/masjid di tempat akak hari ini..
 
“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab. Bila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan berdoa kepada Allah nescaya akan dikabulkan…” (Muttafaqun ‘Alaih)

“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)
“Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya." (HR Ibnu Khuzaimah, Mauquf Shahih). Wallahu'alam.
 

Thursday, 15 October 2015

kisah buah jambu batu

15 comments :
Assalamualaikum..

Sesuatu yang nampak tawar dan hambar kalau pandai membega dan mengadunkannya semula.. pasti akan menjadi lebih baik, cantik dan menarik..


Kisahnya..buah jambu batu ini pemberian dari seorang kawan. Buahnya belum masak dan masih muda.. rasanya pun masih kelat. Tergolek2 kat dapur takde siapa nak makan. Rupanya pun dah lebam birat. Akak dah angkat bekas plastiknya dan nak buang jer dalam tong sampah..tetiba terasa sayang pulak. Rasa membazir saja dan seolah tidak menghargai pemberian orang. Akak teringat bahawa perbuatan membazir itu di sukai syaiton..nauzubillah.. jadi akak simpan semula dan sambil akak memasak akak memikir gaya mana akak nak buat buah jambu ini supaya sedap di makan.
Selepas di kupas kulit yang nampak hodoh dan lebam birat tu..akak racik kecik- kecik, kiranya boleh ngap untuk sekali suap. akak masukkan dalam bekas yang ada petutup..bubuh sedikit jus limau nipis, garam, gula dan cili flakes. tutup bekas dan goncang biar semua bahan sekata..perasakan secukup rasa..dah siap untuk di makan..

begitu juga dengan kehidupan..sekiranya sudah merasai tawar dan hambar..carilah sesuatu kaedah yang boleh membuatkan kehidupan menjadi ceria dan bersinar semula..insyaAllah..
wallahuaklam..

bantulah mereka

14 comments :
Assalamualaikum..
mari..kita bantu mereka...


membaca kelohan mereka rasa simpati pula
apa rasanya jika anak- anak atau saudara mara kita berada ditempat mereka
rasa tak sampai hati pula dengan setakat berdoa dan melihat saja
marilah kita saling membantu seadanya dan semampunya kita..
mari..kita bantu mereka..

Tuesday, 13 October 2015

bila sakit lutut

13 comments :
Assalaamualaikum..

Alhamdhulillah...genap usia akak 60 tahun pada bulan februari lepas.. akak terus mengidap sakit lutut. mulanya rasa lengoh dan kebas..sapu minyak panas hilanglah seminggu dua...kemudian sakit lagi..sapu lagi sakitnya hilang..kemudian sakitnya berulang2. sampai satu tahap akak rasa lutut akak bengkak dan berat untuk di angkat  tapi tak bengkak pun..
sakit yang teramat sangat bila di bengkokkan..kalau duduk terpaksa berlunjur..bila berdiri susah nak duduk. pergi juga berurut..tapi takde kesannya..lagi bertambah sakit adalah..
waktu kemuncaknya kesakitan ini bila masuk bulan ramadhan. Ya Allah sakitnya..hanya Allah yang tahu..
sepanjang bulan ramadhan itu bercutilah akak dari menjalankan aktiviti seperti biasa. solat terawikh pun dapat dilakukan di rumah saja..
doktor ada nasihatkan..suruh turunkan berat badan. alhamdhulillah..berkat berpuasa..adalah berkurang sakitnya dan berat badan pun dah turun kan..

ubat ini recomended dari doktor.kena makan selama 3 bulan baru nampak kesannya. ini baru kotak kedua..

 Masa jumpa doktor..dia  kata akak ni mengidap penyakit arthrithis. bila akak tanya cara rawatan..dia kata kalau akak bersedia nak buat pembedahan..akak akan di rujuk untuk pergi kehospital. yang ini buat akak seriau. biarlah dulu..akak cari alternatif lain untuk sembuhkan sakit lutut ni..
Bila akak google..banyak rupanya kaedah untuk hilangkan sakit lutut ni. salah satu kaedah yang paling murah..makan kaki ayam dan makan buah kabung. Alhamdhulillah..adalah kurang sakitnya. nak kata sembuh sepenuhnya tidaklah..mungkin kena ambil masa yang lama agaknya..


Berusaha en. papa mencarikan buah kabung. Di Shah Alam ni tak tahu ada dijual di mana. Kebetulan masa pergi Terengganu kami mencari nya di pasar Payang. ada banyak di jual di sana. harga sekilo dah siap macam dalam gambar tu RM8 sahaja. 
Buah ini dah macam pil bagi akak..setiap hari akak akan kunyah 3 - 4 biji..naik muak dah. tapi demi sebuah kesejahteraan dan kesihatan akak rela jadikannya sebagai amalan harian..

Monday, 12 October 2015

Al-fatihah

18 comments :
Assalamualaikum..

Tetiba terasa rindu nak menulis sesuatu diblog..
Banyak perkara sebenarnya yang akak nak kongsikan cerita..tapi tak tahu nak mulakan dari mana..

Yang paling akak hendak kongsikan bersama ialah tentang berita kesedihan dalam keluarga akak.
Tarikh 7/9/15 selepas maghrib adalah hari kami adik beradik menerima perkhabaran bahawa ayahnda kami telah menghembuskan nafas terakhirnya dan kembali kepangkuan Penciptanya. Kembalinya ayahnda kami ke rahmatullah dalam keadaan arwah dan kami adik beradik bersedia dan redha di atas ketentuannya. Arwah ayahnda kami berusia 90 tahun dan agak lama terlantar sakit atas faktor usia. Semuga arwah ayahnda akak di berikan tempat dan mendapat shafaat yang terbaik disisi Penciptanya dan ditempatkan bersama insan2 yang soleh dan beriman dan menjadi penghuni syurga..aamiin.

 Alfatihah..
 
 Aamiin.