*

Wednesday, 22 July 2015

raya 2015

17 comments :
Assalamualaikum..
Salam Aidil Fitri..maaf zahir dan batin..
Di FB..di Whatsap maupun di blog..kebanyakkanya upload gambar berkisah tentang sambutan Aidilfitri. Sambutannya pun lebih kurang sama jer bagi semua orang.
alamak terlalu bz untuk menaip semua kisah dan tauladan  kejadian, maka.. jom KY belanja tengok sebahagian video kejadian hari raya pertama di rumah KY bersama anak dan cucu. Mana gambar yang tak menarik dan nampak pelik tu..sila abaikanlah ye..hihi



Tuesday, 7 July 2015

entry santai ke Ikea

26 comments :
Assalamualaikum..
entry bersantai-santai..
Selesai sudah kerja2 menjahit langsir. bukan jahit berpesen pun..cuma jahit lurus dan jahit tape dia. tapi itulah.. dah warga emas ni kan..buat kerja pun slow n lambat jadi..hihi Ambil masa 5-6 hari juga nak siapkan langsir kat ruang tamu ni yang cuma ada 6 buah tingkap. tingkap lain di bilik, di ruang family dan dapur, guna saja langsir lama yang masih elok walau pun dah dekat 5 tahun usianya. Masa beli mula pindah sampai saat ni..ky recyclekan saja. nasib baik ukuran tingkap dan sliding door sama size nya..jadi ky tukar2kan saja.
 Menyahut seruan supaya berjimat cermat. kalau tak nanti.. tak balik kampung pulak akak..sbb budget dah habis ke langsir..hihihi


Selesai menjahit berkemas pula. menyusun segala balang botol  tupperware tipuware segala bagai. terpandang pulak bekas kedap udara yang ky beli di Ikea sebulan lepas. kekonon nak buat bekas kueh raya. tapi bila fikir2 balik macam membazir saje beli benda ni.. sedangkan ky telah membeli corelle snapeware semasa bercuti ke Langkawi musim cuti sekolah lepas.
Memandangkan belum sampai 100 hari KY membelinya..yakni jangka masa yang di bolehkan untuk menukar barang yang di beli sekiranya tidak sesuai atau apa2 ajelah..maka ky pergi memulangkan semula ke Ikea dan Ikea akan membuat refund..
refund di buat melalui akaun kredit kad.

 
 Tetiba teringat semenjak ky mula menjadi ahli family Ikea..ky belum pernah meredeem point yang terkumpul..dengan bersemangatnya ky pun meredeem. sekali  redeem dapatlah voucher berjumlah rm105..alhamdhulillah...
 tak tau lagi nak beli apa..kena fikir2. Rasanya nak simpan dulu..boleh shopping dalam tempoh 3 bulan. kalau terlupa..melahulah jawabnya..
 




Monday, 6 July 2015

mesin jahit

18 comments :
Assalamualaikum..
Hendak menaip  entry ini dari minggu lepas lagi..tapi tertangguh aje..
waktu en.papa meneman  ky sedang menjahit langsir sementara menanti waktu berbuka puasa..tetiba en. Papa  bertanya.." agaknya siapa yang mencipta mesin jahit ini ye?
ky jawab..nantilah kita google ye! 
Selama ini tak pernah pun ambil tahu siapa yang mencipta mesin jahit ini. sejak mula kenal mesin jahit..masa tu umur ky 13 tahun.. ky dah pandai jahit baju sendiri. masa tu emak yang potongkan baju kurung dan ky tolong jahit cantumkan dan sehingga sekarang tak pernah terfikir nak tahu siapa penciptanya..



ini jawapan en.google..
nak detail kenalah google sendiri yek..:)
ringkasnya..
Elias Howe dilahirkan di Kota Spencer, diwilayah Massachusetts, Amerika Syarikat pada tarikh 9 Julai 1819. Beliau berkerja di sebuah kilang fabric bila berusia 16 tahun.
Idea tercipta mesin jahit itu  muncul ketika Elias Howe sedang memerhati isterinya sedang menjahit. Elias Howe berpikir mengenai sebuah alat yang dapat meniru gerakan jari tangan dan lengan ketika orang sedang menjahit. Dia terus memikirkan idea bagaimana hal tersebut boleh terjadi hingga Elias Howe kemudian tertidur keletihan memikirkan mengenai idea mesin jahit itu hingga terbawa kemimpinya. Dalam mimpinya ia melihat dirinya ditusuk menggunakan tombak oleh seorang kanibal dimana hujung tombak kanibal tersebut dijadikan sebuah inspirasi dalam menciptakan bentuk jarum dari mesin ciptaannya.

 
Elias Howe..

mesin jahit pertama. sekali pandang sama mcm mesin getah keping..hihi

Dari situ, ia kemudian menyalurkan ideanya untuk membuat mesin jahit ciptaanya. Selama lima tahun beliau bekerja keras untuk merealisasikan mimpi tersebut. namun mesin jahit ciptaannya tidak dapat berfungsi dengan baik seperti apa yang di harapkan.
 Hingga pada tahun 1844, Mesin jahit buatannya yang kedua berhasil membuat lubang jarum  berada diujung jarum seperti yang kita lihat sekarang ini. Mesin jahit buatannya ini mampu menjahit 250 jengkal permenit..

Wednesday, 1 July 2015

harga minyak naik lagi..

22 comments :
Assalamualaikum..
Nampaknya tidak ada apa pun yang mampu kita buat apabila harga minyak naik lagi..
Apa yang kita mampu hanya lah bersungut, merungut dan apa-apa ntah lagi..
Walau pun naik seposen atau beberapa sen..akan ada impaknya kepada benda-benda keperluan harian lain..
Tapi kehidupan dan perjalanan kena diteruskan..
Mahu atau tidak, kita kena hadapi juga. Tidak boleh berkeloh kesah. Mungkin ini  takdir yang sudah di tentukan olihNya..
Bagi KY yang terlibat dalam perniagaan pengangkutan ini..memanglah terasa sangat bila ada kenaikan harga minyak. Walau pun kenaikan cuma seposen, bila di kumpul selama sebulan..ia sudah melibatkan kos yang agak tinggi, belum lagi termasuk kos penyelengaraan yang sudah tentu naik juga..sedangkan pendapatan syarikat tetap sama. Sejak beberapa kali kenaikan harga minyak beberapa tahun lalu.. puas juga kami mengadjust sana sini untuk mencukupi keperluan syarikat. untuk kenaikan kali ini..kami terpaksa menyusun semula kewangan kami bagi mencukupi keperluan bersama.

bagaimana untuk mencukupi..
- bilangan pekerja tetap sama
- gaji pekerja tak boleh dikurangkan 
- KWSP dan SOCSO tetap bayar sama
- roadtax insurance tetap bayar sama
- Petrol *dari segi liter pengunaan sama tapi kos bertambah
- bonus tetap sama
Jadi di mana nak dapat peruntukan untuk menampung kos yang akan bertambah nanti?

Adakah elaun untuk diri sendiri terpaksa di kurangkan?
Nak kurangkan bagaimana? keperluan asas yang sedia ada kena juga diteruskan..
- rumah
- kereta
tetap kena bayar sama
Yang boleh dikurangkan..hanyalah perbelanjaan peribadi..seperti bil api, bil air dan bil talipon dan perbelanjaan rumah..
Say no to shoping moping and jalan2 cari makan..
jadi redha sajalah dengan rezeki yang Allah sudah tentukan begitu..

Pssst..sib baik pejabat dalam rumah dan semua kenderaan sudah takde hutang. kalau tidak haru juga..