*

Friday, 4 December 2015

Kisah Seorang Yang tidak Tahu Membaca AlQuran

Assalamualaikum..
Salam jumaat..
ky share kisah ini dari FB..semuga menjadi tauladan kepada kita semua.


Dipetik dari FB Zun Nurain

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA KE MENJULANG LANGIT.

1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu.

2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.

3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.

4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.

5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

7. Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.

8. Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

9. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

10. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

11. Ia akan duduk dan membelek al-Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.

12. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”

“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“

“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.

13. Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

14. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.

15. Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.

Share kan cerita ini supaya kebaikan daripadanya dapat dimanfaat kepada kita semua.

15 comments :

  1. Insaf.. moga kita dpt melapangkan lebih banyak masa kita utk mendekati al Quran..

    ReplyDelete
  2. Kakak percaya siapa pun akan tersentuh hati bila membaca entri KY ini.

    ReplyDelete
  3. Saya pun ada baca ni FB.. kakyon
    Insaf saya ni yg selalu alpa..
    Betapa sayang nya dia pada Al Quran..
    Ini kita yg tahu membaca.. kan.. kakyon..

    ReplyDelete
  4. Saya dah terbaca juga cerita ini kat FB .
    Itulah kan kita tak boleh menilai orang dari zahirnya saja.Hatinya lebih mulia dan ada kesungguhan untuk kearah kebaikan akhiratnya

    ReplyDelete
  5. terima kasih share cerita ni, banyak pengajarannya

    ReplyDelete
  6. wow! nice story.. tapi cerita ni mungkin akan diambik sebagai "sandaran hujah" untuk orang yang tak pandai membaca alquran dan tak mahu belajar langsung untuk membaca al quran.

    Sama seperti kisah seorang pelacur yang masuk syurga dengan hanya bagi minum air kepada seekor anjing.. Cerita tu ramai orang yang "jahil" dan tak nak solat / tak nak bertaubat mengambilnya sebagai sandaran hujah,kononya kalau pelacur pun boleh masuk syurga, apatah lagi kita ni manusia yang bukan pelacur, just bagi anjing minum jer... huhuhuhu.. (saya dah selalu dengar golongan2 yang "jahil" atau "sombong" ni berkata2 macam ni, dieorang bagi alasan macam ni sebab dieorang memang tak nak berusaha untuk mencari iman & hidayah tu)..

    ReplyDelete
  7. setiap seseorang ada kelebihannya sendiri di sisi Allah...semoga kita diampuni segenap dosa n kesalahan justeru mndpt redha-Nya.

    ReplyDelete
  8. bayangkan kalau kita amalkan membacanya setiap hari, setiap malam...
    melihat Al Quran itu sendiri berpahala....Subhanallah

    ReplyDelete
  9. Touching.. bergenang air mata Mrs. A membacanya.

    ReplyDelete
  10. saya dah pernah baca kisah ini kak...memang sangat menyentuh hati dan jiwa saya...

    ReplyDelete
  11. Sangat tersentuh...harap kita semua jangan tinggalkan Quran bila2 masa luangkan untuk membaca dan memahami isi kandungannya.

    ReplyDelete
  12. penah jg terbaca.... rasa malu pd diri sendiri

    ReplyDelete
  13. subhanallah....kita yg pandai baca ni nk tgk alquran sehari pun susah..aduh insaf!

    ReplyDelete
  14. sebak baca entri ni....rasa macam malu sangat2

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..