*

Tuesday, 1 December 2015

Kembara ke Banda Aceh Day1 Part1

Assalamualaikum..
Alhamdhulillah..perjalanan ky ke Banda Aceh bersama TH Travel berjalan lancar seperti di rancang.
 Jam 10 pagi semua peserta dah terpacak kat ruang menunggu setelah selesai urusan pasport dan mengambil bagasi.Tour guide pula dah sedia menunggu dengan bas yang akan membawa kami seramai 21 0rang termasuk tour leader dari TH Travel. masuk  jer dalam bas makanan ringan disediakan..tapi kami masih kenyang lagi..kerana dalam flight tadi kami dah sarapan pagi. ky makan nasi dagang dan en. papa makan nasi ayam penyet. semua di tanggung TH Travel.
kami di bawa kedistinasi pertama yang jauhnya 34km dari airport ke tanah perkuburan yang menempatkan mangsa tsunami seramai 46,178 orang mangsa. tapak tanah KUBURAN MASSAL menjadi tempat bersejarah dan kenangan buat waris yang tinggal akibat bencana alam tsunami pada tarikh 26 Dec 2004.

di belakang papan tanda itulah jenazah di semadikan beramai-ramai.sebuah kubur tanpa batu nisan
 

mendengar penerangan dari pak Karim *disebelah peserta berbaju biru kanan sekali.. mangsa adalah penduduk setempat. kuburan ini adalah salah satu daripada banyak lagi kuburan di tempat lain.

 sebahagian dari peserta TH travel..


kami ke satu perkampungan *tidak mencatat nama tempat.. dimana
 salah satu boat nelayan yang tersadai di atas sebuah rumah akibat di bawa arus deras tsunami sejauh lebih 5km dari pantai..
kami mendengar penerangan dari bapak * nama tak ingat..tentang kisah tsunami di kampung ini. beliau salah seorang yang terselamat semasa kejadian. boat kayu inilah yang telah menyelamatkan seramai 59 orang penduduk kampung tersebut dari dihanyutkan arus deras.katanya..pemilik rumah dimana tempat boat nelayan tersadai ini baru sahaja meninggal dunia beberapa tahun lalu..dan arwah telah mewakafkan tanah dan rumah ini sebagai tapak kesan sejarah.
 menurut bapak *nama tak ingat..penduduk setempat mengalu2kan kedatangan pelancong  kerana melalui pelanconganlah mereka mendapat sumber kewangan untuk membaikpulih persekitaran..
 
senarai nama-nama mangsa tertera di atas kain pemidang ini..kesemuanya 982 orang mangsa penduduk setempat. menurut kata Pak Karim..selepas tsunami penduduk Aceh yang kini sudah hampir mencapai 5 juta orang terdiri dari kalangan orang-orang muda semuanya..

makcik bertudung biru menceritakan beliau selamat dan hanya tinggal sehelai sepinggang dan sebatang kara. semua ahli keluarga menjadi mangsa korban tsunami..

makcik ini juga tinggal sebatang kara. kebanyakkan yang terselamat kerana pada masa itu mereka berada di luar kawasan tempat tinggal mereka. Melihat keadaan mereka..hati jadi sebak..apalah yang boleh mereka lakukan tanpa orang tersayang disisi mereka...huhu

sempatlah ky membuat sijil sambil menderma. lihatlah ky ni peserta keberapa ?
baru yang ke10890 ?

selesai lawatan sebelah pagi kami
makan tengah hari di restoran tempatan. satu hidangan untuk 4 orang makan. Bersama TH Travel masa makan dan makanannya memang yang terbaik.

jus avacado..jus durian belanda dan jus-jus lainnya semuanya fresh.


Selesai makan kami menuju ke masjid Oman. Selepas tsunami masjid ini dibaik pulih dan di biayai sepenuhnya olih kerajaan Oman. Sebab itulah masjid Oman ini di berikan namanya. kami  solat zohor disini.
 part ni terlupa nak ambik gambar..jadi pinjam gambaar cik google..


sepanjang berada di sini selama 4 hari 3 malam kami menginap di Hotel bertaraf 4 bintang.. HERMES PALACE HOTEL..
kami checkin kebilik dan berehat sekejap sementara menunggu waktu untuk menyambung lawatan disebelah petang pula..
 





24 comments :

  1. Alhamdulillah. Sudah sampai KY ke sana menjejaki sejaeah dan peristiwa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdhulillah..semuga serba sedikit sumbangan kami meringankan sedikit bebanan mereka..

      Delete
  2. Amboi! dah sampai ke Aceh pulak... jangan lupa member sini ekk... nanti bawa ole2 tau... hehe... semoga selamat dan enjoy semua nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai sana tiada terfikir untuk bershopping pun Bunda..kerana bila melihat setiap kotak tabung yg perlu di isi..hati jadi sebak..

      Delete
  3. kesian nya sampai hilang saudara mara..mesti susah dioarng nak lupakan semuanya..Lagi2 setiap hari diaorang dok bercerita benda yang sama pada pelancong yang datang..mungkin juga diaorang dah biasa..kan?/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajah mereka tidak nampak walau sedikit pun kecerian. mungkin mereka dah lali tak rasa apape pun..

      Delete
  4. Tentunya sayu pada yang mendengar penceritaan mereka yang menghadapi sendiri pengalaman itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yg mendengar terasa sebak dan sayu..tapi pada mereka akak nmpk mcm biasa takde apa berlaku..

      Delete
  5. dah selamat sampai Aceh ya sambil melawat tinggalan tsunami yg sgt menginsafkan kejadiannya...hati2 jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdhulillah..melihat tempat kejadian dan penceritaan memang terasa insaf. tapi selagi namanya manusia..mereka cepat lupa peringatan yang Allah sudah tunjukkan..

      Delete
  6. moga penduduk aceh terus tabah...kehilangan orang2 yg tersayang bukan nye sesuatu yg mudah untuk di hadapi...apatah lagi bila peringkat umur cam makcik2 tu...beruntung kak yon dah sampai ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sedihnya warga tua yang masih ada di kg2 tinggal sendirian dalam rumah yg di bena semula olih penaja..

      Delete
  7. Masih segar terbayang tsunami di Aceh dulu..., macamana lah pula mangsa2 yang terselamat ini mengharungi hari2 dengan kenangan tersebut. Tambah2 yang tinggal sebatang kara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ky terbayangkan apalah yg diaorang makan tidor dan fikirkan pada tahun2 awal selepas bencana itu..huhu

      Delete
  8. tabahnya mereka meneruskan kehidupan tanpa ahli keluarga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terbayangkan kalau kita yang kena..

      Delete
  9. Banyak tempat sejarah kat Acheh ni kan..jus avocado tu memnag sedappp Salam kenal n follow sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejarah berkaitan dengan tsunami..sedih sebak dan sayu jer yg ada..huhuh

      Delete
  10. SA bercita-cita nak ke sini...masih dalam wishlist entah bila termakbul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah..niat yang baik akan cpt termakbol..

      Delete
  11. wpn dah lbh 10 thn tp kesan tsunami masih bergelora di hati mereka...

    wah hermes pun ada hotel ke kak? ;-)

    ReplyDelete
  12. Hotel tu dah selesa sangat dah tu KY.....patutlah terlambat, tertidur yeh hihi....

    ReplyDelete
  13. bestnya aunty yon...wishlist alin gak nak ke situ

    ReplyDelete
  14. syukur rezeki kak yon dapat jejak kaki ke sana

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..