*

Saturday, 5 December 2015

Kembara di Banda Aceh Day2 Part2

Assalamualaikum..

 meneruskan perjalanan kembara naik bas lagi..
ikutkan jadual kami akan kerumah anak-anak yatim. tapi disebabkan ada sesuatu hal yang perumahan tersebut tidak menerima tetamu pada hari itu..kami menuju ke destinasi seterusnya. 

hasrat peserta untuk menyampaikan sendiri sumbangan tidak kesampaian. kami kumpulkan kesemua sumbangan dan menyerahkan kepada tour guide kami Pak Iwan untuk menyerahkannya bagi pihak kami..


inilah gambar yang tersebar dialam maya. sebuah kubah masjid yang beratnya 80 tan terdampar di tengah sawah. jarak jauhnya dari tempat asal sejauh 5km..


 inilah realiti nya..yang ky lihat sendiri dan mendengar cerita dari penduduk setempat yang selamat dalam bencana tersebut..
 asalnya masjid itu terletak di sebalik bukit itu. penduduk setempat pun berasa pelik dan hairan bagaimana khubah boleh sampai ke kawasan sawah sedangkan air tidak menengelami bukit itu. ada yang berandaian mungkin kubah itu di bawa arus melalui celah-celah bukit itu..
naskah Quran yang di jumpai..
 

bergambar kenangan..



Menurut juru cakap tempat ini kalau tak silap INTAN namanya..dalam keluarga beliau hanya beliau dan suaminya yang terselamat..kerana waktu kejadian beliau ke hospital kerana melahirkan anak sulong beliau..

INTAN bertudung pink. sedang memberi penerangan semasa dan selepas kejadian bencana tsunami.jalam masuk ke kawasan ini tidaklah jauh sangat. boleh saja kalu nak berjalan kaki. tapi penduduk setempat menyediakan perkhidmatan motor sewa.


nampak berderet moto kat gambar atas tu kan? ini lah kegunaannya..
sumber mata pencarian penduduk setempat. motor untuk di sewa..ikut suka nak bayar berapa. menyewa sambil menderma.


 ke pantai ULEE-LHEEU.. tak reti nak menyebutnya. makan jagung bakar dan minum air kelapa muda sambil menghadap pantai..

 Datang pemuzik jalanan.mereka menyanyi lagu yang tak pernah di dengar. kedengarannya sangat fresh lagu2 itu. budak2 muda minta lagu2 TEGAR..ky tak tau pun lagu TEGAR tu camna bunyinya. tapi sayangnya.. mereka tak tahu dan tak pernah dengar katanya..sedangkan penyayi TEGAR tu sangat popular di indonesia dan Malaysia. lalu ky minta mereka nyanyikan lagu2 lama nyayian Broery..itu pun mereka tak tahu..huhuhu
aduhhh..sempitnya dunia mereka..

makan jagung dengan air kelapa jerlah jawabnya..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..